Tuesday, February 22, 2011

10 KEMALANGAN PALING MAHAL

10 kemalangan paling mahal
10. Titanic
USD$150 Juta
Pada jam 11:40 malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. Dalam cubaan mengelak aisberg berkenaan, bahagian kanan kapal tergeser pada aisberg lalu air memasuki bahagian bawah hadapan kapal. Selepas pemeriksaan oleh pegawai kapal Thomas Andrews, bot penyelamat diturunkan kerana Titanic dijangka karam. Pada 2:20 pagi 15 April, Titanic ka
ram di Lautan Atlantik bersama 1,517 orang mangsa.
9. Lori Tangki vs Jambatan
USD$358 Juta
Pada 26 Ogos 2004, sebuah kereta bertembung dengan sebuah trak tangki yang membawa 32,000 liter minyak di Wiehltal Bridge, Jerman.
Lori tangki ini melanggar penghadang jalan dan jatuh 100 kaki ke bawah dan menyebabkan
berlakunya satu letupan besar dan api yang memusnahkan sebahagian jambatan. Kos pembaikan jambatan tersebut ilah 32 juta euro manakala untuk menggantikannya ialah sebanyak 250 juta euro.
8. Metro Link Crash
USD$500 Juta
Kemalangan ini berlaku pada 4:22 petang, 12 September 2008 di daerah Chatsworth, Los Angeles. Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Kecuaian jurutera Metrolink dianggap sebagai punca kemalangan berlaku. Seramai 26 orang terbunuh manakala 135 yang lain tercedera. Kerugian dari kemalangan ini adalah disebabkan saman yang difailkan oleh mangsa ke atas syarikat Metrolink.
7. B-2 Bomber Crash
USD$1.4 Bilion
Pada 23 Februari 2008, pesawat pengebom B-2 telah terhempas sebaik sahaja berlepas dari Andersen Air Force Base di Guam. The Spirit of Kansas pernah diterbangkan selama 5,176 jam.Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. B-2 musnah sepenuhnya menyebabkan kerugian sebanyak USD$1.4 bilion kerana setiap pesawat ini bernilai USD$2.1 bilion (1997).
6. Exxon Valdez
USD$2.5 Bilion
Tumpahan minyak Exxon Valdez berlaku di Prince William Sound, Alaska, pada 23 Mac 1989. Ia merupakan salah satu kemusnahan alam sekitar dilakukan manusia yang berlaku di lautan. Kapal milik syarikat ini telah menumpahkan lebih kurang 40 juta liter petroleum ke dalam laut dengan melibatkan kawasan seluas 3,400 km persegi. Kerugian sebanyak USD$2.5 bilion ini merupakan ganti rugi yang perlu dibayar syarikat berkenaan kepada bandar Anchorage yang menerima padah dari tumpahan minyak tersebut. Jumlah asal kerugian sebelum beberapa rayuan Valdez ialah USD$5 bilion.
5. Piper Alpha Oil Rig
USD$3.4 Bilion
Pelantar ini mula beroperasi pada 1976 sebagai pelantar minyak dan kemudian menjadi pelantar gas. Letupan dan kebakaran yang berlaku pada 6 Julai 1988 ini telah membunuh 167 orang manakala 59 yang lain terselamat. Sehingga kini ia masih dianggap sebagai tragedi pelantar minyak yang paling teruk di dunia.
4. Challenger Explosion
USD$5.5 Bilion
Letupan kapal angkasa Challenger berlaku pada 28 Januari 1986, 73 saat selepas ia berlepas dan menyebabkan kematian tujuh orang krewnya. Ramai yang menyaksikan kemalangan ini secara langsung kerana antara krew yang menyertai Challenger ialah Christa McAuliffe, ahli pertama Teacher in Space Project.
3. Prestige Oil Spill
USD$12 Bilion
Prestige yang merupakan kapal tangki minyak telah karam pada 2002 di persisir Galician dan menyebabkan tumpahan minyak yang sangat teruk. Tumpahan ini telah mencemarkan beribu-ribu kilometer persisiran pantai dan lebih seribu pantai di persisiran Sepanyol dan Perancis. Ia juga merupakan bencana alam sekitar yang paling teruk di Sepanyol. Ketika kejadian, kapal ini membawa 77,033 tan metrik dua jenis minyak yang berbeza gred.
. Space Shuttle Columbia
USD$13 Bilion
Kapal angkasa Columbia meletup di angkasa Texas pada 1 Februari 2003 ketika cuba memasuki semula atmosfera Bumi selepas menamatkan misinya. Tujuh orang krew kapal ini terbunuh. Kemalangan ini disebabkan oleh ‘foam insulation’ yang tertanggal dari tangki luaran Columbia semasa ia dilancarkan.
1. Chernobyl
USD$200 Bilion
Tragedi Chernobyl ialah kemalangan reaktor nuklear yang berlaku pada 26 April 1986 di Chernobyl Nuclear Power Plant di Ukraine. Kebanyakan kematian yang berlaku disebabkan oleh kesan radiasi. Walaupun hanya 56 orang yang terbunuh ketika letupan ini namun lebih 800,000 orang terdedah kepada radiasi yang menyebabkan pelbagai gangguan kesihatan. 100,000 lagi menjadi mangsa kanser maut akibat kesan radiasi berkenan. Tragedi ini juga menyebabkan bandar Pripyat yang berdekatan stesyen ini terpaksa dikosongkan.

3 comments:

Cute Mommy said...

thnx for de info..
nape gambar yg ke-6 dgn gambar yg last sekali same?

aDieyZa said...

info yg menarik!!

sufie_purplepink said...

piper alpha & chernobyl. sufie familiar dgn 2 accident 2. sbb adew bljr kat kelas. wah~~~ rajin nye akak baca bahan2 mcm 2. bgus2. klu sufie, klu x krna sbb kelas,msti x tau psl bnda ni. huhu~