Monday, February 28, 2011

DIET PUNYA PASAL.

Assalamualaikum..adoii susah sangat aku nak curi time nak hupdate ini blog.Ni pun aku tinggal kejap barang2 customer yang tengah packing.Nasib hubby aku baik hati seperti biasa barang yang kena wrap die tolong wrapkan..tq sayang.. Berbalik pada diet dan kenapa aku perlu diet pernah distorykan di entry ini.So tadi lepas je solat maghrib aku dan hubby pergi tesco.Dan dalam fikiranku bermacam yang aku nak beli untuk proses diet aku ni.Dan inilah hasilnya.Rasanya dah 3 hari aku tak makan nasi malam.Tapi semalam aku da tak tahan aku suruh hubby aku beli koteow goreng.Makanla aku dengan lahapnye seperti tak jumpa makanan 3 bulan.Ishh baru 3 hari ni.Malam ni balik dari tesco aku singgah makan bihun sup.Tapi yang penting aku tak makan nasi malam.Haaa..disebabkan aku tak makan nasi malam juga tadi aku timbang turun 1kg.ohhh..rasa berbaloi juga aku tak makan.Kalau 6 hari 1kg lagi..9 hari..wahh berjayakah aku mengikut cakap doktor yang menyuruh aku menurunkan berat badan sebanyak 15kg??kita tunggu dan lihat..Bile lapar je kan mesti aku cakap kat hubby.."Abanggg ayu lapaqla..nak makan nasi boleh?"hubby aku mesti cakap.."Nak baby tak?"..uhhh..terus terbantut aku nak makan nasi bila dengar kata2 hubbyku.
Cabaran di ofis pun banyak juga tau.Pagi tadi seperti biasa aku breakfast dan aku ambik 1 senduk nasi je.kemudian ikan goreng,sambal belacan dan sayur kubis.Telan air liur je tengok ayam masak kicap dan sambal tu.Air seperti biasa air epal tanpa gula.Then tengahari tadi kakak ofis aku ajak pergi kantin die nak beli ape yang ada.Pi je kantin aduhhh nasi goreng dalam bekas tengah panas.Nakkk..sabar2..tengok cikgu2 berebut ambik nasi goreng tu..telan air liur lagii..
Susu Dutch Lady Low Fat.High Calcium Milk.Dulukan tak suka minum susu.Tapi sekarang kenala suka.Nak baby tak??
Dulupun aku tak suka makan chesedale ni.Kalau boleh yang diperbuat dari susu aku tak suka.Tapi sekarang kenala suka juga.Nak baby tak?hehe..Sedap tau makan dengan roti gardinier. Nestum..Yeayy ni aku suka.Dari kecil mak aku suka bagi makan ni.Sedappp..makan nestum dengan Susu tadi.Nyum..nyum.. Ok buah epal hijau paling best.Malam2 kalau aku lapar je aku akan makan buah epal ni sampai tido.Lagi bagus minum air epal hijau tanpa gula.Lagi cepat turun berat badan tau. Dan yang akhir pemberi semangat dekat aku.Bila aku nak makan nasi je mesti dia cakap nak baby tak??Ala abangg sekali je ni nak makannn... Awat abang buat gigi macam tu??Ngejek ye.. Dibawah ni aku bagi sedikit tips Cara Diet Yang Betul.
1. Ambil Protein yang Cukup
~ Tubuh anda secara puratanya memerlukan 30 gram protein dalam sehari.
~ Antara makanan berprotein yang boleh diambil - daging, susu, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.
2. Elak Perut daripada Lapar
~ Rasa lapar mungkin disebabkan faktor psikologi seperti tekanan atau stress.
~ Jika begitu, anda boleh atasi rasa lapar tersebut dengan memakan buah-buahan seperti epal.

Buah epal - thundafunda.com

3. Usah abaikan Lemak
~ Bila berdiet, saya yakin ramai di antara anda seboleh-bolehnya mengelak pengambilan makanan yang berlemak.
~ Tapi, tubuh anda perlukan air, karbohidrat, lemak yang sedikit, mineral, serat dan vitamin.
~ Jadi, tubuh anda sememangnya memerlukan lemak. Cuma pastikan kuantiti lemak yang diambil adalah terkawal.
~ Ambillah juga jenis lemak yang baik seperti kekacang dan minyak zaitun.
~ Lemak tetap diperlukan kerana ia berfungsi menjaga otot dalam tubuh anda.
~ Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.

IRINE NADIA >> TQ YUNK DA DAPAT VCO.

Last week aku ada oder VCO dari si cantik ni.sape lagi kalau bukan IRINE NADIA MARCELLO. Awal tu aku tengok2 je..ish nak cuba ke tak ye.nak cuba ke tak..nak cuba ke tak..last2 aku inbox irine dan die kate masih ada.So aku pun oder.Dan semalam aku tak datang ofis dan member aku cakap ada barang sampai.Buka2 wahh VCO..da makan da sebiji..tinggal lagi sebiji.Kepada korang yang tak tahu lagi ape itu VCO atau VIRGIN COCONUT OIL jom kite baca khasiat2nta dibawah. VCO ni Virgin Coconut Oil, sejenis suplement utk kulit yang mana ianya sangat-sangat bagus utk dapatkan kulit yg sihat n cntek...sebab tak semua org boleh maintain dengan produk muka yg mahal-mahal kan. Kalau korang nak tau, aku nih jenis yang PMS tidak teratur. Means, memang kejap-kejap datang lambat, kejap-kejap datang cepat. Bila time PMS yang datang lambat tuh la, aku tak suka. Yerlaa..semua perempuan mesti risau kan bila benda-benda macam tuh jadi. So, sekarang, PMS aku memang betol-betol teratur. Puas hati sangat-sangat :) So,aku memang suggest supaya maintain dengan VCO je...bukan utk kulit sahaja,malah untuk kesihatan n kecantikan dalaman kita skali...boleh baca kat sini...hanya rm39.90 sahaja...http://www.catalyst2u.net/index-1.html.
Antara kebaikan VCO ni selain daripada yang aku ceritakan kat atas ni :)
  • Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
  • Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
  • Melindungi tubuh daripada kanser.
Product VCO nih jugak amat digalakkan bagi wanita yang ingin hamil kerana VCO nih membantu mengatasi kesuburan wanita. INFO dari BLOG IRINE NADIA. Aku nak bagi testimoni aku baru je makan..So nanti2la bile aku rasa ada perubahan aku cube citer disini ye..:)

Friday, February 25, 2011

KENA MAKAN NI TIAP2 HARI.

Assalamualaikum.. Pagi ni dengan penuh semangat ayu bangun dan kejut hubby.Jeng2..dari hari rabu lagi ayu da discuss dengan hubby nak pergi klinik pakar puteri.So bile da cuti hari ni ayu pun pergi dan jumpa doktor.Actually tak sakit demam ape pun.Tapi seperti yang korang sedia maklum ayu dan hubby teringin sangat baby.Da nak masuk 2 tahun da perkahwinan kami.Mungkin masih belum ada rezeki dari ALLAH S.W.T tapi kami berdua tak pernah putus asa dan terus mencuba.Berubat kampung dah pergi.Tapi masalah pulak jadi.Bahan yang nak direbus untuk diminum tidak cukup.Yela kan..sekarang ni susah sikit nak cari jantung pisang tanduk.Ada yang kata pisang tanduk tak de jantung.Gimana?? Then bile pegi ofis member2 ofis suruh pergi je klinik pakar puteri.Ayu pun plan nak pergi ditambah pulak dengar sorang kakak kat ofis ni 4 tahun x de anak lepas tu bila pergi je pakar puteri ambik darah segala,ulang alik hospital kakak tu pun dapat baby.Lagila semangat ayu nak pergi.
Berdebar jugak nak jumpak doktor ni.Nasibla doktor ni lembut je..Aku pun cerita segalanya kat doktor dan buat scan aku pun diberi ubat bagi period jalan dengan elok.Dan yang paling penting dan mencabar ayu sekarang ni kan ayu kena turunkan berat badan sebanyak 14kg..waduhhh sungguh banyak tu..Bagaimana dan macam mana ni?Nafsu makanku sungguh kuat.Takkan nak makan epal hijau hari2..Pernahla makan epal hijau 3 hari berat aku turun 4 kg..tapi disebabkan nafsu makan yang kuat berat naik kembali..Ubat ni la ayu kena makan.Setiap hari sehingga habis.
Ape fungsi kertas bulat pink tu?Actually yang pink tu adelah hari yang kite kena mula makan dan bila habis satu pusingan makan period akan datang.Macam ayu mula hari ni Jumaat dan last hari Khamis.
Ada jugak budak ni...CAKKKK.. Comel takkk??Ni la anak ayu..eh2..anak saudara hubby..Dari kecik tau ayu pergi tengok die.Dari die baby tapak kaki besar ibu jari sampai sekarang dan 7 bulan.Comel sanggattt...
IKLAN : Dapatkan SHAWLS BEADS BAYTI di SHAWLSAYUCINTA.

RIBBON SHAWLS MACAM IRINE NADIA.

Salam irine yang comel..akak nak ambik gambar ni boleh?? Irine : boleh kak..Lebih kurang le..Comelkan IRINE ni..tak payahla ayu nak tanye korang kenal ke tak.Mestila korang kenal.Irine akak letak gambar ni sebab nak bagitahu customer Ribbon Shawls macam Irine pakai ni..bolehkan..kan..Nanti akk bagi free satu shawls macam ni.Nak tak??Kepada korang yang berminat Ribbon Shawls macam IRINE pakai ni bolehla ke blogshop AYU ek.SHAWLSAYUCINTA
Salah satu contoh RIBBON SHAWLS yang terdapat di Shaawlsayucinta. Untuk makluman kalau nak tempah untuk bertunang,akad nikah dan sebagainya bolehla emailkan ke ayu_cinta2003@yahoo.com

Thursday, February 24, 2011

H I J A U E P A L.

Assalamualaikum.. Hijau epal...hari batik sedunia..Hari khamis katakan.Seperti biasa sambil hubby bawa kete ayu snap2 gambar.Almaklumla bile je balik keje muka mesti pucat.Budak malas.macam ni la.Lepas je solat kat ofis da malas nak touchup2.Lagi2 hari khamis balik pukul 3.30..bape jam sangatla ayu duk kat ofis tu.So muka ayu nampakla pucat. Actually balik rumah tadi buka je blog ni ayu baca komen dekat entry yang tajuk ape ek.Alamak entry sendiri buat sendiri lupa.Emmm..x pela..adelah entry tu.Rupanye ade yang macam marah2 ayu.Suruh ayu jadi diri sendirila dan sebagainye.Its ok.Ayu terima dengan hati yang terbuka.Tapi disini entry tu tak de ape maknanye.Sekadar entry biasa2 aje.So ayu tak la ambik hati sangat.Tanx kepada cik ANON yang komen dan bace.Tapi untuk kebaikan semua ayu delete je la entry tu. Dan hari ni juga ada sedikit berita sedih dari ofis.Kesian cikgu Nadia.Emm tak pela cikgu.Sabarla.Lelaki memang macam tu.Bila da ade yang lain mulala nak marah2 kite.Bile bercinta dengan yang baru kentut yang busuk pun jadi wangi.Tak pe cikgu..teruskan hidup.Kami semua kan ade.Lagipun cikgu cantik dan bekerjaya so ape yang nak dihairankan.Petik sekali 10 mari.GOGOGO cikgu.Bila je dengar cerita cikgu Nadia tadi terus ayu jadi sedih dan takut.Serta merta teringat hubby.Ya Allah jauhila Aku dan Suamiku perkara yang tidak diingini.Aminnn.. Okla..Ayu da mengantuk da ni..Minta diri dulu ye..Permisi..
Ini muka budak gemok.
Nak tanya..nak tanya sape nak shawls ni??yeayy silala ke blogshop ayu.hehehe...

Wednesday, February 23, 2011

OPS! JANGAN BACA..

Janganla bace..guna nada manja sikit..hehehe..jangan baca..sebenarnye aku tak tau nak tulis ape..sebab tu aku kate jangan baca..so janganla baca..
Nak shawls macam HELIZA Comel ni pakai tak??haa..jomla klik blogshop ayu.Klik SINI ok..

Tuesday, February 22, 2011

BOOTH SHAWLSAYUCINTA DI UUM.

Salam allz..wah da pukul 10.30 malam..ok..actually gambar2 dibawah ni gambar biase2 je..saje aku nak upload..First time aku buka booth ni..So aku xcited giler.Semua perasaan ade.Lagi 2 hari nak buka booth tido tak lena,makan tak lalu..kalao seminggu mau kurus aku macam ni.Booth ni aku buka sempena hari konvokesyen di UUM.Aku pun tak plan nak buka booth dalam masa terdekat ni sbb booth ni aku apply last year bulan 11 tak silap aku.Tapi disebabkan banjir besar masa tu konvo di UUM dibatalkan.So konvo yang baru lepas ni adalah konvo ganti.Pihak UUM kol aku pun da last minute.Kalut juga aku n hubby.Hari Jumaat aku,hubby,mak n adik2ku p tengok tapa.Nak tahu juga besar mane.boleh tahan besar.Barang aku pun tak banyak untuk muatkan 1 khemah ni.Then aku balik dan malam tu pegi balik UUM sebab nak hantar meja dan siap2kan shawls.Boleh tahan jugak jauhnye UUM dengan rumahku.Lebih kurang 1 jam setengah.Pas tu bile da siap2 pukul 12 balik.Esok pukul 4 pagi da bangun sebab nak siap2kan booth.Yerla takkan nak tinggal barang macam tu je.So pepagi buta aku,hubby n 2 orang adikku siapkan booth.Aduh penatnye hanya tuhan yang tahu.Dan Alhamdulillah mendapat sambutan jugak.Ramai jugak yang beli shawls dan inner.Sukeee...aku suruh hubbyku simpan je duit berniaga tu sebab aku sayang nak guna.YErla bukan senang tau nak berniaga macam ni.Kalau tanya aku lebih baik bisnes online.Tapi semua ini aku ambik sebagai satu pengalaman berharga.Dan kalau ade lagi konvo2 di IPTA dan IPTS berdekatan Insyaallah aku akan pergi.So kepada korang yang sudi nak jemput aku untuk buka booth dan sebagainya contactla aku.hehhee...
Dorang ni dari Pattani Thailang.Borong inner awning habis..TQ...
Si gemoks dan adik2nya.
Pilih inner tu kak..
Si gemoks dan bannernye..
Pagi2 buta susun barang.. Balik je terus lena..Ops aku cuti tau..hik3...

10 KEMALANGAN PALING MAHAL

10 kemalangan paling mahal
10. Titanic
USD$150 Juta
Pada jam 11:40 malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. Dalam cubaan mengelak aisberg berkenaan, bahagian kanan kapal tergeser pada aisberg lalu air memasuki bahagian bawah hadapan kapal. Selepas pemeriksaan oleh pegawai kapal Thomas Andrews, bot penyelamat diturunkan kerana Titanic dijangka karam. Pada 2:20 pagi 15 April, Titanic ka
ram di Lautan Atlantik bersama 1,517 orang mangsa.
9. Lori Tangki vs Jambatan
USD$358 Juta
Pada 26 Ogos 2004, sebuah kereta bertembung dengan sebuah trak tangki yang membawa 32,000 liter minyak di Wiehltal Bridge, Jerman.
Lori tangki ini melanggar penghadang jalan dan jatuh 100 kaki ke bawah dan menyebabkan
berlakunya satu letupan besar dan api yang memusnahkan sebahagian jambatan. Kos pembaikan jambatan tersebut ilah 32 juta euro manakala untuk menggantikannya ialah sebanyak 250 juta euro.
8. Metro Link Crash
USD$500 Juta
Kemalangan ini berlaku pada 4:22 petang, 12 September 2008 di daerah Chatsworth, Los Angeles. Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Kecuaian jurutera Metrolink dianggap sebagai punca kemalangan berlaku. Seramai 26 orang terbunuh manakala 135 yang lain tercedera. Kerugian dari kemalangan ini adalah disebabkan saman yang difailkan oleh mangsa ke atas syarikat Metrolink.
7. B-2 Bomber Crash
USD$1.4 Bilion
Pada 23 Februari 2008, pesawat pengebom B-2 telah terhempas sebaik sahaja berlepas dari Andersen Air Force Base di Guam. The Spirit of Kansas pernah diterbangkan selama 5,176 jam.Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. B-2 musnah sepenuhnya menyebabkan kerugian sebanyak USD$1.4 bilion kerana setiap pesawat ini bernilai USD$2.1 bilion (1997).
6. Exxon Valdez
USD$2.5 Bilion
Tumpahan minyak Exxon Valdez berlaku di Prince William Sound, Alaska, pada 23 Mac 1989. Ia merupakan salah satu kemusnahan alam sekitar dilakukan manusia yang berlaku di lautan. Kapal milik syarikat ini telah menumpahkan lebih kurang 40 juta liter petroleum ke dalam laut dengan melibatkan kawasan seluas 3,400 km persegi. Kerugian sebanyak USD$2.5 bilion ini merupakan ganti rugi yang perlu dibayar syarikat berkenaan kepada bandar Anchorage yang menerima padah dari tumpahan minyak tersebut. Jumlah asal kerugian sebelum beberapa rayuan Valdez ialah USD$5 bilion.
5. Piper Alpha Oil Rig
USD$3.4 Bilion
Pelantar ini mula beroperasi pada 1976 sebagai pelantar minyak dan kemudian menjadi pelantar gas. Letupan dan kebakaran yang berlaku pada 6 Julai 1988 ini telah membunuh 167 orang manakala 59 yang lain terselamat. Sehingga kini ia masih dianggap sebagai tragedi pelantar minyak yang paling teruk di dunia.
4. Challenger Explosion
USD$5.5 Bilion
Letupan kapal angkasa Challenger berlaku pada 28 Januari 1986, 73 saat selepas ia berlepas dan menyebabkan kematian tujuh orang krewnya. Ramai yang menyaksikan kemalangan ini secara langsung kerana antara krew yang menyertai Challenger ialah Christa McAuliffe, ahli pertama Teacher in Space Project.
3. Prestige Oil Spill
USD$12 Bilion
Prestige yang merupakan kapal tangki minyak telah karam pada 2002 di persisir Galician dan menyebabkan tumpahan minyak yang sangat teruk. Tumpahan ini telah mencemarkan beribu-ribu kilometer persisiran pantai dan lebih seribu pantai di persisiran Sepanyol dan Perancis. Ia juga merupakan bencana alam sekitar yang paling teruk di Sepanyol. Ketika kejadian, kapal ini membawa 77,033 tan metrik dua jenis minyak yang berbeza gred.
. Space Shuttle Columbia
USD$13 Bilion
Kapal angkasa Columbia meletup di angkasa Texas pada 1 Februari 2003 ketika cuba memasuki semula atmosfera Bumi selepas menamatkan misinya. Tujuh orang krew kapal ini terbunuh. Kemalangan ini disebabkan oleh ‘foam insulation’ yang tertanggal dari tangki luaran Columbia semasa ia dilancarkan.
1. Chernobyl
USD$200 Bilion
Tragedi Chernobyl ialah kemalangan reaktor nuklear yang berlaku pada 26 April 1986 di Chernobyl Nuclear Power Plant di Ukraine. Kebanyakan kematian yang berlaku disebabkan oleh kesan radiasi. Walaupun hanya 56 orang yang terbunuh ketika letupan ini namun lebih 800,000 orang terdedah kepada radiasi yang menyebabkan pelbagai gangguan kesihatan. 100,000 lagi menjadi mangsa kanser maut akibat kesan radiasi berkenan. Tragedi ini juga menyebabkan bandar Pripyat yang berdekatan stesyen ini terpaksa dikosongkan.

Sunday, February 20, 2011

INILAH MASJID DATUK SITI NURHALIZA & DATUK K.

Orang Sungai Petani boleh tersenyum riang apabila Masjid Al-Khalidiah sudah siap dibina dan sedia untuk diguna pakai untuk program-program keagamaan atau kemasyarakatan. Masjid Al-Khalidiah yang bernilai RM1.7 juta ini dibiayai sepenuhnya oleh Datuk Siti Nurhaliza & Datuk Seri Khalid, atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Khalid, memaklumkan bahawa dia semenjak kecil memang menyimpan impian untuk membina sebuah masjid & bersyukur apabila impian tersebut menjadi kenyataan. Sebuah majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berlangsung semalam.

Sementara itu, Siti Nurhaliza dalam laman twitter menyatakan, ‘Alhamdullilah ,tercapai sudah impian kami berdua Dan semoga Allah memberkati..Amin

Masjid Al-Khalidiah ini boleh dikunjungi di lokasi Kampung Permatang Pasir, Kedah Darul Aman. Layankan gambar eksklusif majid Al-Khalidiah selepas ini. Dan, kali ini Siti Nurhaliza muncul lengkap bertudung litup, NICE!

INFO : OH BULAN

Wednesday, February 16, 2011

KENA TANGKAP KHALWAT.

Kena tangkap khalwat.Sanggup buat pelbagai helah sebab nak mengelak daripada ditangkap.Paper semalam siap keluar dekat muka depan lagi.Adoii apela nak jadi zaman sekarang ni.Yang best tu pagi ni aku dengar radia pasangan polis pulak kena tangkap khalwat.Haii polis pun kena tangkap.Ops biasala nafsukan tak kenal siape.

Sempena sambutan VD 2 hari lepas maka ramaila yang kena tangkap.Apela yang bangang sangat nak sambut2 VD ni.Semuanya nak tiru,nak ciplak,nak ikut cara barat.Kembalilah ke pangkal jalan wahai saudara2ku.Lebih baikla malam tu kite sama2 selawat dan berzikir ke atas Nabi Muhammad SAW daripada pergi berasmaradana dengan lelaki dan wanita yang bukan mahram.Harapkan nafsu memang.Tak tahula kenapa aku terlalu emosi.Aku geram.Ada tu dalam berita di TV9 siap letak baju dalam atas kepala lelaki tu.Ada sorang perempuan hanya berselimut saja bila pintu diketuk.Yang bestu tu semua pompuan2 tu pakai tudung.Emmm...

Okla..aku malas nak emosianal lagi da..Aku nak sambung promote blog aku,..hahahha...da..

Tuesday, February 15, 2011

KESIAN TWITTER.:(

Salam Maulidur Rasul diucapkan kepada semua rakan blogger yang dikasihi dan disayangi.. Disini aku nak ajak semua rakan2ku yang ada TWITTER..jomla FOLLOW aku.. @ShawlsAYUCINTA.Sedih sebab x de orang nak tweet2 dengan aku..hehehe... Sila2la ye follow..Sayang korangg..agagagaa....

Monday, February 14, 2011

GILA GAMBAQ dan PETUA HAID TIDAK TERATUR.

Gila gambaq betoi minah sorang ni.tapi maafla guna bb je snap gambaq..ekekek..x berapa nak clear.ada senget ada tegak tapi sengetla yang banyak..ishh entry aku yang ni pulun pulakkan..Macam entry umoq 12 tahun je.huhuhu..idea2..Okla..aku nak bagi sikit info dan petua pasal sakit puan/penyakit-penyakit wanita dan bersalin.Jom usha2.. HAID TIDAK TERATUR : Minumlah air rebusan pokok Kemangi/Selasih atau minum air teh yang bercampur dengan kapur sireh atau ambil 3 biji limau purut,11 biji bunga cengkih dan tawas sebesar jari telunjuk,rebuslah bahan2 tersebut sehingga mendidih.Setelah sejuk minum airnya sebanyak 3 kali sehari ketika haid datang. SAKIT SEMASA HAID : Minum rendaman daun pokok kemunting cina yang berbunga putih. Itu saja untuk hari ini.Semoga kite bertemu lagi dalam petua2 yang lain pula..:)
Muka pucat sebab aku tak suka mekap.lagipun memang tak cantik so buat ape nak bagi cantik..kankankan..