Saturday, January 1, 2011

FAIZAL YUSOP - PELAKON DAN X HUSBAND NANA MENINGGAL DUNIA.

pelakon, Faizal Yusof, bekas suami Siti Nordiana, telah menghembuskan nafas terakhirnya di ‎​Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, akibat serangan jantung, sekitar 2.30 petang tadi. (01.01.2011). Bersama-sama kita sedekah Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman dan diberikan keampunan dan rahmat dariNya. setiap yg hidup pasti akan mati.. takziah kepada keluarga Allahyarham..
Oleh FERIDE HIKMET ATAK PETALING JAYA: Pelakon Faizal Yusof telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pagi Sabtu. Menurut bekas isterinya, Siti Nordiana, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pelakon drama Tiramisu itu pengsan di rumah Faizal. "Saya dan isteri Faizal terus membawanya ke Hospital Pusrawi dan dia dimasukkan ke wad ICU. Keadannya pada ketika itu sudah kritikal," katanya yang dihubungi mStar Online, Sabtu. Jenazah masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumah Faizal di Sentul petang nanti.

4 comments:

AiDa AzRyN said...

Al-Fatihah

iffah imani said...

al-fatihah

armouris said...

takziah dan al-fatihah! info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi

ayucinta said...

amin..Semoga rohnya dicucuri rahmat..