Sunday, January 30, 2011

THIS IS MY CARD..:)

MEowww..alamak da pukul 10.40 malam ar..citer aku Survivor da nak start..jeng2..Sape nak kad aku??sape nak boleh je aku bagi.Tapi sapela yang nak kan kad aku ni.Aku nk ucapkan tq to Wawa sebab sudi buat kad aku.Sangat comel dan bersesuaian dengan tema blogshop aku.Warna pink.
Syukur sangat2 sebab contest aku berjalan dengan lancar.Ada 3 orang sponsor yang sudi nak sponsor hadiah dekat aku.Selain korang menang wang tunai korang juga akn dapat shawls dan beberapa lagi hadiah dari sponsor2 aku.Nak tahu ape?tungguuuu..Kepada korang yang nak join masih sempat lagi sebab tarikh tutup contest pada 28 feb 2011.So cepat2la join...
klik facebook ShawlsAYUCINTA dan hantarkan gambar korang ke fanpage S.A.C.Senangkan...

Thursday, January 27, 2011

GAMBAR NORA DANISH DAN JEJAI BERCUTI DI JEPUN.WOW..

WOWwwoww...kan bagus kalau depa ni berbaik..padan muka Fasha..patutla putus cinta.Kalau aku tengok gambar2 ni pun aku jeles..ekekeke...malasla nak cakap banyak dan banyak.jomla layan pic bawah ni..

Tuesday, January 25, 2011

ISH2..TK SANGKA PENYANYI SYELLA MCM NI..

Baru terbaca Harian Metro sebentar tadi mengenai gambar Syella Kamaruddin yang seksi di atas. Sila jangan marah Syella kerana dia hanya memakai baju mengikut kesesuaian majlis. Baju yang dipakai di atas adalah untuk majlis hari jadi di sebuah pusat karaoke. Mungkin trend artis kita kalau pergi sambut hari jadi pakai baju nampak buah dada kot. Memang itu foto saya. Saya bukan hipokrit dan begitulah gaya saya berfesyen, tapi tak sangka boleh mengundang kontroversi hingga saya dituduh sengaja nak tayang payudara. Waktu itu saya bersama beberapa rakan, termasuk juga artis lain, menghadiri majlis hari jadi di sebuah pusat karaoke di ibu kota. Jadi saya berpakaian mengikut kesesuaian majlis yang diadakan. Saya tahu ada orang ambil kesempatan buat perkara ini (edar foto) untuk memburuk-burukkan nama saya. Tak sangka, walaupun lama tidak terbabit dalam industri hiburan, masih ada yang mahu mengaitkan saya dengan kontroversi. Entahnya korang nie. Biarlah dia nak pakai baju tayang payudara dia tue. Bukan senang dia nak pakai baju macam tue. Kena tunggu ada majlis parti hari jadi baru dia dapat pakai. Kalau majlis lain, mungkin Syella akan pakai baju kurung pulak. Dah namanya parti hari jadi, kenalah buat parti tayang payu dara sikit. Tak gitu? Kepada Syella, teruskan usaha anda untuk memakai baju mengikut kesesuaian majlis. Jangan kisah orang kata apa. Muaahahahah ~~
________________________________________
Maaf aku copy n paste je sebab komputer opis aku ni masalah negara cikit.Tapi aku tak sangka pulak SYELLA ni boleh jadi macam ni.Masa aku kenal dia menyanyi dulu tak dela macam ni.Ingat dia alim ke ape.Emmm..perubahan masa menjadi seseorang itupun berubah.

FASHA DAN JEJAI SAH PUTUS.

Bercinta sememangnya mengasyikkan. Tetapi perpisahan yang berlaku sememangnya akan memedihkan jiwa raga. Akhirnya, sah yang hubungan cinta Jejai dan Fasha Sandha sudah putus . Siap keluar muka depan Harian Metro lagi. Takziah kami ucapkan kepada mereka berdua. Nampaknya hajat untuk ke jinjang pelamin tidak kesampaian jua. Kata Jejai:- “Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam. Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka. Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha. Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip. “Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis. “Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya. Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan. “Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya. Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu. Abang Nara tak tahu nak cakap apa nie. Terkesima sudah. Mesti Fasha kecewa ditinggalkan Jejai. Kesian pulak kat Fasha. Apa-apa pun harap Fasha tabah. Kredit
BEAUTIFULNARA.COM

Monday, January 24, 2011

CONTEST HIJAB FASHIONISTA.JOIN SEKARANG.HADIAH MENARIK.

Salam semua..aku ada buat contest 'HIJAB FASHIONISTA STYLE' Khas untuk korang semua.Semua boleh join.Syarat dan hadiah ada dibawah.Cuba tengok ek.Ajakla kawan2 yang lain masuk..:)
Jom ramai2 hantarkan penyertaan anda ke Facebook Shawls@AYUCINTA.

Sunday, January 23, 2011

Wanita lumpuh selepas kena 'ciuman cinta' di leher

Wanita lumpuh selepas kena 'ciuman cinta' di leher AUCKLAND - Seorang wanita berusia 44 tahun lumpuh buat seketika selepas dia dicium pasangannya di bahagian leher, lapor sebuah akhbar semalam. Dia lumpuh di bahagian lengan kiri semasa menonton televisyen. Doktor-doktor yang memeriksanya bingung mengenai punca dia diserang strok sehinggalah mereka mendapati terdapat tanda ciuman cinta di bahagian lehernya sekali gus meleraikan misteri serangan strok itu. Wanita itu kemudian memberitahu doktor bahawa dia dicium beberapa hari sebelum diserang strok. Seorang doktor, Teddy Wu dari Hospital Middlemore di Auckland berkata: "Disebabkan ia merupakan ciuman cinta, terdapat sedutan yang kuat. Menurutnya, terdapat darah beku di dalam arteri di tempat sedutan itu dibuat. Dia berkata, darah beku tersebut tidak dapat bergerak menyebabkan strok itu berlaku. Wanita itu pulih selepas dirawat dengan ubat antibekuan. - Agensi

FACEBOOK PUNCA CERAI.BETUL KE?

Facebook punca cerai LONDON: Laman sosial Internet, Facebook didakwa menjadi punca kepada peningkatan kes perceraian apabila semakin ramai suami atau isteri ditangkap berkelakuan curang dalam laman itu. Seorang peguam memberitahu akhbar The Sun demikian mengenai bagaimana kes yang diuruskannya sejak sembilan bulan lalu membabitkan Facebook. Menurutnya, pengguna yang sudah berkahwin terdedah untuk menipu pasangan mereka apabila berkenalan dengan pengguna lain dalam laman sosial itu. Mesej berbau seks dan gambar kekasih baru selepas perceraian digunakan oleh bekas suami atau isteri dalam prosiding perceraian. Kini, peguam menasihatkan pasangan yang bertelingkah supaya berhenti menggunakan Facebook dan laman lain seperfti Second Life, Illicit Encounters dan Friends Reunited sehingga prosiding perceraian masing-masing berakhir. Emma Patel dari Syarikat Guaman Hart Scales & Hodges di Dorking, Surrey berkata, pihaknya menangani 30 kes perceraian sejak Mei lalu dan semuanya membabitkan Facebook. Katanya: “Suami isteri yang curiga terhadap pasangan masing-masing menggunakan laman itu untuk mengintip dan mencari bukti kelakuan curang pasangan mereka. “Penemuan bukti itu akan membawa kepada peceraian,” katanya. Emma juga berkata, beliau sering memberi amaran kepada pasangan yang bertelingkah supaya mengelak daripada menggunakan laman itu selagi kes perceraian mereka belum berakhir. - The Sun

KOLEKSI KASUT DATO' SITI NURHALIZA

Assalamualaikum semua..Wahh lama juga aku tak hupdate ini blog..bZla sejak dua tiga empat menjak ni.huhuhu..Actually baru hari ni aku berkesempatan nak buka Beautifulnara.Com.Seperti biasa BC ada story yang hot dan terkini dan salah satunya yang entry ni la.Mesti korang teringin nak tengok koleksi kasut Dato Sitikan.Aku pun sama.Kasut apa yang beliau pakai dan apa2lah yang Siti pakai.So hari ni aku tunjukkan antara koleksi kasut Siti.Cantik2 jugakkan kasut2nye.Gambar kredit to Beautifulnara.com.

Monday, January 17, 2011

JARI MANA DISYARIATKAN MEMAKAI CINCIN?

Jawapan pada soalan tersebut adalah bertepatan dengan kandungan antara 13 nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali, sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad SAW.Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali, kalau memakai cincin pakailah di jari manis dan jari kelingking.Jangan sesekali memakai cincin di jari tengah (hantu) dan jari telunjuk.Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Luth as. Nasihat Rasulullah ini adalah untuk semua, tidak kira lelaki mahupun wanita.Adalah sesuatu yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam.Memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi SAW, Pahalah milik kita.

Sunday, January 16, 2011

HANA TAJIMA STYLE : TUTORIAL 2.

Assalamualaikum.. Seperti yang aku janjikan aku nak buat entry cara2 memakai shawls Hana Tajima.So malam ni aku update ek.Tapi macam tak sama sangat
Step 1 : Pakai inner @ anak tudung yang bersesuaian dengan anda. Step 2 : Seperti biasa pakai shawls dengan sebelah panjang dan sebelah pendek.
Step 3&4 : Pinkan di bahagian tepi shawls.Lebih elok dan kemas gunakan jarum.Jarakkan sedikit bila anda hendak pink ditepi.Baik-baik cucuk ek.
Step 5 : Setelah anda siap pin dibahagian tepi,letakkan shawls yang pendek tadi ke belakang seperti dalam gambar. Step 6 : Bahagian yang panjang tadi sebelum anda lilit ke belakang anda perlulah twist seperti dalam gambar.Kemudian anda bolehla lilit ke belakang dan tarik ke depan.ops!jangan lilit atas kepala ek.lilit je kat leher.
Step 7 :Bila da tarik tadi jadilah macam gambar di atas.Actually da siap da.Cumaaa...jom tengok di bawah.
Eh ni gambar Hana ni..Bawah lagi..
Step 8 : Untuk lebih kemas anda bolehla pinkan dibawah seperti dalam gambar.Kemas2kan sikit bahagian bawah tu.
Step 9 : Da Siapppp..Senangkannn..hehhee..
Yeayyyy...haaa kepada korang yang nak inner ke shawls ke macam di atas bolehla klik ShawlsAYUCINTA ek.Selamat Mencuba.

HANA TAJIMA STYLE : TUTORIAL.

Lalalaa...Actually aku suka sangat style Hana Tajima pakai shawls.So pagi2 yang nak masuk tengah hari ni aku pun try2la tutorial Hana Tajima ni.So far ok takla susah sangat.Kalau korang nak tengok aku punya tutorial style Hana Tajima ni tunggu next entry ek.Kat bawah ni tutorial dari Hana Tajima sendiri yang aku share dari YOUTUBE.
IKLAN SEBENTAR BERSAMA KIT KAT : Kepada korang yang nak shawls ala Hana Tajima bolehla klik ShawlsAYUCINTA ek. SELAMAT MENCUBA! PEMINAT SHAWLS BOLEH KLIK FACEBOOK KAMI SUKA PAKAI SHAWLS.

KAMI SUKA PAKAI SHAWLS.KLIK SINI.

Kepada semua peminat-peminat shawls ape kata kita klik LIKE dekat FACEBOOK Kami Suka Pakai Shawls.Dekat sini bolehla kita bertukar-tukar pendapat dan cara penggayaan shawls.Selain tu kita boleh juga tahu blogshop-blogshop mana yang jual shawls yang best2..

Saturday, January 15, 2011

MIA SARA SANGAT COMEL OK.

MIAAA SAARRAAAA...COMEL SANGAT....JOMLA LAYAN GAMBAR2 MIA DIBAWAH NI. SEMUA GAMBAR NI AKU AMBIK DARI FACEBOOK2NYE.BANYAK SANGAT FB MIA.TAK TAU YANG MANE MIA ORI..ekekek...