Thursday, December 22, 2011

HASIL DARI TENGOK SEMANIS KURMA TADI.BAHAGIAKAH TANPA ZURIAT.SHARING IS CARING.

Assalamualaikum..
Emm tadi korang tengok tak Semanis Kurma??Tajuknya bagi aku sangat menarik.Bahagiakah Tanpa Zuriat.Telinga dengar jari menaip petua2 yang diberi oleh ustazah dan ustaz.Aku teruja sangat nak dengar.2012 bermakna dah 3 tahun kami berkahwin.Aku tahu masih ramai lagi yang berkahwin tak de anak.Masih ramai lagi yang kawen lama dari aku tapi x de anak.Aku tahu semua tu.Hati manusia lain2.

Ok berbalik pada Semanis Kurma..banyak tips yang aku salin dan ada juga tak sempat nak salin.uwaaa..aku paling suka bila ustazah siti nor bahyah sampaikan sajak arab.begitu mendalam maksudnya.


Emm kat bawah ni adalah sikit yang sempat aku catat..Kalau salah bagitahu ek.

Rajinlah membaca ayat2 seperti berikut :

Surah al imran ayat 38
Surah maryam ayat 4-6

Syarat Mengambil anak angkat:
Diambil sebelum 2 tahun
Baby perlu menyusu ibu angkat 5 kali kenyang
Masalah bin.haram binkan anak angkat kpd ayah angkat
Dgn nasihat doctor boleh cari ubat diharuskan utk keluarkan susu
Sekiranya anak angkat lelaki diberi menyusu kpd kakak belah perempuan
Sekiranya anak lelaki bg menyusu kakak belah lelaki

Tips :
Rajin minum air suam dgn madu lebah asli
Doa nabi zakaria
Rajin membaca surah al waqiah
Surah al mulk selepas maghrib
Banyakkan bersedekah kpd bayi2 yg baru lahir.

Doa:
1-Surah al anbiyaa ayat 89
2-Surah Mariam –Ayat 5
3-Surah Al saffat –Ayat 100
4-Surah Mariam – Ayat 10

Oklah..Insyaallah suatu hari nanti kita akan mendapat apa yang diinginkan.Banyakkan Istiqfar salah satu cara untuk mendapatkan zuriat.Ingatlah DOA adalah ubat paling mujarab untuk memperoleh sesuatu perkara.

Semoga Allah SWT memberi sinar kebahagiaan kepada aku dan suami serta rakan2 yang lain.Insyaallah.

Tuesday, December 20, 2011

TQ LOVE BUNGA SUDI PAKAI SHAWLS DARI SHAWLS@AYUCINTA

Assalamualaikum..
Sorrila hari ni aku post gambar je banyak.Kalau x nak tengok x pe..kite x kisah..Gambar2 kat bawah ni bukan gambar aku tapi gambar seorang gadis comel yang sudi memakai shawls dari Shawls@Ayucinta.Terima kasih kepada bunga.

Suatu hari tu sajala tergerak nak msg dengan si bunga ni.Nak suruh dia pakai shawls ni.Tak sangka pulak si bunga ni sudi.Yelah bunga ni kan ramai peminat.Sekali dia post gambar kt fb confirm ramai yang like.Tak percaya??tryla tengok FB bunga.Klik SINI.

Kepada sesiapa yang sudi nak pakai shawls dari sac bagitaula..hihi..
 Shawls yang ni memang sangat cantik dan comel.Shawls ribbon 3 layer.Actually dah tak banyak dah stok ni.Kalau korang nak tengok boleh je klik SINI..
Bolehla tengok2 kalau tak beli..:)
 Yang ni shawls paling hot..Bagi akula..Aku up je kat blog terus ramai yang book.Tapi yang sedih stok tak banyak pulak kat supplier.Shawls polkadot ni dari material cotton.Sebab tu ramai yang minat.Aku pun berkenan.Satgi aku nak p tengokla kat supplier..Kalau ada bolehla korang oder.

 Cantikkan si bunga ni pakai shawls sateen inspired hana tajima.Niqob..betul x aku eja..Shawls ni dari material sateen.Walaupun musim hana tajima aku rasa dah berlalu tapi shawls sateen ni masih ada dijual diblogshop sac.boleh dibeli secara borong atau retail.Klik saja SINI.


Shawls berikutnya Shawls Putery.Bunga pakai shawls ni dah jadi macam puteri.Terdapat beads yang sangat cantik di shawls ni.Kalau korang nak tengok lebih jelas shawls ni bolehla klik SINI. 

 Yang ni shawls paling murah.Hanya RM10 je aku jual.SALES.Banyak lagi shawls yang aku SALE kat link ni.Semua shawls di SINI semua RM10..murah gilaakannn..Mana nak dapat..hanya di Shawls@AYUCINTA tau..klik SINI

 Yang ni bukan Bunga..Ini budak demok..Namanya Ayu..
Actually dah lama aku tak jual Hijab Express macam ni.So bila aku p nak ambik shawls dekat supplier aku nampak banyak sangat hijab express yang cantik dan comel.Rambang mata aku dibuatnya.Semuanya comel dan warna yang sangat cantik.Jomla tengok dan kalau nak beli bolehla isi form kat blog ayu.
Klik SINI.
 Banyak design untuk hijab express ni.Dari material lycra high quality.Awning dari material cotton dan ada juga dari silk.
 Kepada korang semua jemputla ke blogshop aku ek.
I like warna merah ni...

Thursday, December 15, 2011

JANIN 15 MINGGU HIDUP??HEBATNYA KEKUASAAN ALLAH SWT.

Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu? Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”…. Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah. Selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan? SUBHANALLAH..begitulah ye rupa baby kite yang baru berusia 15 minggu dalam perut.Dah lengkap semuanya..

Thursday, December 1, 2011

TERIMA KASIH HARIAN METRO!!

Assalamualaikum..
Korang ape cerite??dah lama rasanya aku x hupdate blog ni..buka je nak hupdate malas..Actually aku nak ucapkan terima kasih kepada surat khabar no 1 negara Harian Metro sebab sudi menempek gambar dan story pasal Shawls@Ayucinta.Tak sangka pulak akhirnya impian aku selama ni tercapai..Dan impian itu menjadi kenyataan dikala aku menyambut hari jadi aku yang ke 27..iaitu tanggal 25 nov 2011..
Dan hari tu jugak aku dan satu oficce pergi rombongan ke Kelantan..Riuhla satu bas tu bila dorang semua tengok muka aku..last2 aku msg my hubby "Abg..boleh x beli paper metro lagi satu..yang ni da lunyai"..
Alhamdulillah di atas peluang yang diberikan ini..
Aku jugak nak ucapkan terima kasih pada model aku yang comel ni Ezmaliza Ezrik dan MUA kami iaitu kawan pada ezma ILI DALILA..
Ehh..nanti kite photoshoot lagi ek..:)
Dan paling tak lupa terima kasih pada wartawan harian metro iaitu kak aida..tq ek kak..
kepada korang yang x beli harian metro ni bolehla bacanye di SINI ek..

Tuesday, November 8, 2011

MENGAPA JUTAWAN SENDAYU TINGGI PAKAI PURDAH?

Terkejut jugak dengar tajuk gosip ‘ Saya pakai purdah BUKAN kerana alim’ . wah, ini ayat spekulasi . Bukan kah kalau pakai purdah tu kerana alim??

Haa, tapi bila dah baca kenyataan Rozita Ibrahim jutawan Sendayu Tinggi ni, barulah kami paham tentang konsep pakai purdah yg sebenarnya. Sedih pon ada baca kenyataan Puan Rozita ni, memang benar-benar beri ikhtibar buat kaum wanita, especially yang dah naik tinggi berjaya kaya raya. Bukan senang tau nak jadi kaya harta, tapi bila dah kaya, lagi susah mau jaga akidah kita.

Cuba korang baca ….memang sentap. Tapi pastikan bos korang takde kat belakang, sebab panjang artikel ni. Pastu sesapa yang agak-agak sensitip tu sediakan lah tisu sehelai dua ya~ Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana . Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup. Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang. Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah. Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu. Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia. Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk. Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini. Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan. Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual. Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat. Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan. “Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ . Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya? Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini. Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi. Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya. Dipetik dari emel..

Sunday, November 6, 2011

INSAF MELIHAT PENDERITAAN KAK SABARIAH.

Assalamualaikum..
Salam Aidiladha aku ucapkan kepada seluruh pembaca blog ini.Sambutan raya aku sempena Aidiladha ni disambuat dalam kesederhanaan..
Pagi tadi aku,suami dan ahli keluarga suami aku pergi melawat sepupu mereka yang terlantar sakit.Aku rasa insaf dan sebak melihat keadaa kak sabariah dan anaknya.
tahun lepas masa anaknya baru terlibat dalam kemalangan dialah yang jaga,salin lampin,cuci mata dan segalanya.Masa tu kak sabariah masih sihat walaupun menghidap barah.Masih boleh berjalan dan kuat.Tapi hari ini aku pergi hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku.Kedua2nya terlantar di atas tilam.Si abang menyuap buah epal ke dalam mulut adiknya.Si ayah menyiapkan minuman utk kami walaupun tidak diminta.Si ibu terlantar sakit disebabkan lumpuh paras pinggang hingga kaki.
Mengingat kembali peristiwa anaknya masa aku pergi tahun lepas anak kak sabariah iaitu gee keluar lepas berbuka puasa utk sambut 31 ogos di alor setar..tak silap motor 125 yang ditunggang baru dibeli..Tak sampai 5 minit die keluar rumah dia excident dengan sebuah kereta.Dekat je dengan rumah.Dia cedera parah..tangan patah..tulang paha patah..mata hilang kedua2nya.Masa aku p tengok tahun lepas kak sabariah cuci mata dia..Ya Allah sakitnya..Masa tu dia meronta2 sambil tangan diikat..Aku tahu betapa sakitnya dia bila kak sabariah cuci mata tu.
Dan hari ni lebih kurang 2 tahun aku p luka2 dia da kering dan dia pun da faham apa yang orang cakap.cuma kaki dan tangan saja masih diikat sebab tak nak dia tergolek ke tempat lain.Sebab dia tak boleh duduk.Kak sabariah yang terbaring disebelahnya hanya boleh bercakap.Masa aku p tadi dia meronta2 bila abang dia lambat suapkan dia buah..dia menjerit2..Kak sabariah suruh dia mengucap dan dia mengucap sampai habis.Masa tu aku sebak sangat.
Dan kini suami kak sabariah terpaksa berhenti kerja untuk menjaga kedua2nya kerana semua anak lelakinya yang lain bekerja di luar.Begitu tabah hati seorang bapa dan suami.
"Kak sabariah..walaupun ayu baru je menjadi sepupu kak sabariah sebab baru 2 tahun ayu berkahwin dengan suami ayu tapi ayu rindukan kak sabariah bersembang macam tahun lepas ayu pergi.Masa tu kak sabariah masih boleh berjalan,bersembang dan bergelak ketawa dengan kami.Hari ni ayu pergi kak sabariah dah terlantar sakit dan tak macam dulu.Semoga kak sabariah,suami dan anak2 yang lain tabah menerima ujian ini.Allah sayangkan kak sabariah dan keluarga.Sebab itulah kak sabariah terpilih untuk ujian ini.Semoga kak sabariah dapat melawan penyakitnya dan sihat seperti dulu.Semoga kak sabariah dapat menjaga anaknya gee seperti dulu.."
YA ALLAH..
KAU BERILAH KEKUATAN KEPADA KELUARGA INI..
SEMOGA MEREKA MENERIMA UJIANMU INI DENGAN PENUH KETABAHN..
Semalam tak silap ada masuk tv9..tapi aku tak sempat nak tengok..
Orang ramai yang ingin membantu keluarga Radzi boleh menghulurkan sumbangan dengan menghubunginya di 012-5979138.
Dibawah ni petikan yang aku ambik dari Utusan Malaysia 3 november 2011 :
Radzi Abdul sabar melayan keperluan isterinya yang menderita barah payudara sementara anaknya, Mohd. Azwandi, 25, (belakang) menyuap makanan kepada Nor Hafizi ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Teluk Talipon, Kuala Kedah, Kedah, semalam.

ALOR SETAR 2 Nov. - Seorang bapa yang tinggal di Kampung Teluk Talipon, Kuala Kedah di sini kehilangan mata pencarian setelah berhenti kerja sejak dua bulan lalu untuk menjaga isteri dan anaknya yang terlantar sakit.

Radzi Abdul, 58, yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak lagi boleh bekerja kerana terpaksa menjaga isterinya, Sabariah Saari, 50, yang menghidap barah payudara manakala anak bongsunya, Nor Hafizi Abd. Aziz, 20, lumpuh kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya tahun lalu.

Radzi yang dahulunya memperoleh gaji RM700 sebulan mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana tiada siapa yang boleh menjaga dan menguruskan keperluan harian isteri dan anaknya itu.

"Isteri saya menghidap barah payudara tahap empat sejak lima tahun lalu dan dia tidak boleh bergerak kerana rasa terlalu sakit sejak September lalu.

"Anak bongsu pula lumpuh, buta kedua-dua belah mata, tidak mampu bercakap dan hanya boleh minum susu serta nasi lembik sahaja. Jadi saya terpaksa berhenti kerja sebab kena jaga mereka berdua sepenuh masa," katanya ketika ditemui di rumah mereka di kampung tersebut, di sini, hari ini.

Menurutnya, setiap hari dia akan memasak nasi, menyalin lampin pakai buang anaknya, memandikan dan menyuapkan makanan untuk mereka.

"Pendapatan yang ada cukup untuk kami sekeluarga dan saya beli barang dengan menggunakan wang pencen isteri serta duit simpanan yang semakin sedikit sekarang," katanya sambil menambah isterinya dahulu pernah bekerja di sebuah kilang dan wang pencen yang diterima ialah RM300 sebulan.

Dia memberitahu, anaknya yang lumpuh turut mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun masih tidak mencukupi.

Katanya, dia mempunyai lima anak dan Nor Hafizi adalah anak bongsunya.

Dalam pada itu, seorang jiran, Sabariah Hamid, 46, berkata, dia sedih dengan keadaan sahabatnya yang terlantar itu dan berharap ada pihak yang sudi membantu.

"Dulu Sabariah masih boleh berjalan dan dia yang menguruskan anaknya lumpuh ini. Namun sejak dia terlantar sakit, semua tugas menjaga rumah tangga diambil alih oleh suaminya.

"Saya juga miskin seperti mereka dan hanya mampu melawat keluarga ini setiap hari. Jadi saya harap pihak yang berkenaan boleh menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada keluarga ini," ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga Radzi boleh menghulurkan sumbangan dengan menghubunginya di 012-5979138.

Thursday, November 3, 2011

BERKALI-KALI TEST AKHIRNYA POSITIF HAMIL.

Assalamualaikum...Wahh si cantik ni da hamil..tahniahh..baca story kat bawah ni pun dah tahu nia tak sabar nak pregnant macam aku.

Bukan sekali dua aktres cantik dari seberang, Nia Ramadhani menguji kehamilannya dan setiap kali itulah keputusannya selau negatif lantas mengundang rasa hampa pada dirinya. Berkat sabar dan doa yang tidak pernah putus, Nia akhirnya dianugerahkan khabar gembira apabila hasil keputusan pada alat uji kehamilan mengesahkan dia kini berbadan dua.

“Saya mula menyedari yang saya sudah 2 minggu lewat datang bulan dan lepas itu baru teringat memeriksanya menggunakan alat uji kehamilan. Ikutkan rasa hati memang sudah malas, sebab sebelum ini, pernah beberapa kali buat pregnancy testnamun hasilnya selalu menghampakan,” ujar bintang sinetron ‘Alisa’ ini.

Nia turut menceritakan bagaimana dia terkejut saat alat penguji kehamilan itu menunjukkan keputusan positif hamil. Selepas itu Nia dan suaminya Ardie Bakrie segera membuat pemeriksaan di hospital dan doktor mengesahkan Nia sudah hamil sembilan minggu.“Sejujurnya kami berdua (dan suami) memang sudah lama menantikan ketibaan cahayamata kerana ini memang impian kami selama ini,” jelas Nia yang nyta teruja dengan kehamilannya.

Seperti ibu hamil muda yang lain, Nia masih mengalami simptom pening dan muntah. Namun Nia nekad untuk tidak terlalu mengambil preskripsi ubat muntah yang diberikan oleh doktor dan hanya makan bila perlu sahaja.

INFO : OH BULAN

Bila turn aku pulak..Insyaallah kalau ada rezeki adalakan..Sabar menanti dan menunggu.

Wednesday, November 2, 2011

FIDA IBRAHIM CANTIK BERTUDUNG.TAPI ITU DULU.SEKARANG..

Assalamualaikum...
Actually aku tak tau nak buat entry ape..sambil aku update status kat fb aku aku pn bw la frenz kat fb tu..hati terdetik nak tengok si fida ibrahim..ala ex mamat sepah tu..sambil2 wall die aku pun tengok gambar..suka tengok gambar fida ni..orang cantik pakai ape pun cantik..Tapi sejak akhir2 ni aku tengok fida pakai tudung suka nampak leher.Leher tu kan aurat wanita.Tapi x pela..maybe si fida ni nak bergaya.Sekarang ni kan musim fesyen bertudung.Yang tak pakai tudung pun tibe2 bertudung.Alhamdulillah lah dorang da berubah.Tapi biar ikhlas.Bukan sekadar berfesyen semata2 untuk memakai tudung..Ataupun nak dapatkan publisiti.Contoh artis yang aku rasa macam hipokrit dan nak dapatkan publisiti murahan ialah Wan Norazlin.Ingat lagi masa kes video dia tu.Masa dia nak naik balik lepas banyak masalah yang menimpa dia pakai tudung..Tup..tup..bila da mula berlakon balik dia mula buka tudung..Awal tu macam aku kesian jugak kat dia ni tapi lepas je tertengok drama dia tak pakai tudung terus jadi meluat..
wna640
Hope lepas ni fida pakai tudung macam dulu..Comel dan cantik saja.Tak gitu??
Jangan terlalu mengejar populariti sebab fida dari awal memakai tudung dan jugak menjadi ikon kepada gadis2 remaja diluar sana yang tak pakai tudung.
Macam ni kan cantikk...
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
Ni ex fida..Si mamat sepah dan ex nye sape tu..adda ek..
Elokla si fida tu tinggal kan mamat ni..

Tuesday, November 1, 2011

TAHUKAH ANDA POKOK HIASAN INI BERACUN.WAJIB BACA SUPAYA TIDAK MENYESAL DI KEMUDIAN HARI.

Photobucket

Pernah tengok tak pokok keladi hiasan seperti di atas? Tak sangka pula rupa-rupanya pokok ini begitu berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian sekiranya kanak-kanak termakan daun pokok ini. Awas! Harap pembaca IzoBlog.com berhati-hati semua.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Selain itu ia juga senang tumbuh berdasarkan iklim negara ini. Daunnya yang besar dan hijau; menyebabkan ianya selalu diletak di kawasan taman awam.

Photobucket

Tanaman Oleander atau Nerium Oleander dianggap sebagai tanaman paling beracun di dunia. Karena seluruh bahagian pokoknya mengandungi racun dan terdiri dari beberapa jenis racun. Tapi racun yang paling berbahaya adalah oleandrin dan neriine yang boleh berkesan kuat pada jantung.
Meski demikian tanaman ini sering digunakan sebagai pokok hiasan taman dan berasal dari daerah mediteranian dengan tinggi mencapai 1,8-5,4 meter.
Jka menelan daun yang mengandung racun ini akan menimbulkan gejala cirit birit, muntah, sakit perut kuat, mengantuk, pening, denyut jantung tidak teratur serta kematian. Jika mangsa sempat ditolong sebelum 24 jam, maka peluang untuk selamatnya tinggi. Biasanya mangsa akan dipaksa untuk muntah dengan menekan perutnya atau menelan arang aktif untuk menyerap racun.

Sunday, October 30, 2011

BENCINYAA...eee..

ADuss..bencinyaaa tengok personal blog aku ni..uwaa..sapela yang sudi buat personal blog aku bagi cun dan cantik sikit..Dah tak de mood nak update..nak delete je la senang...ok BYee..
Pendek je entry sbb x de mood..:(

Friday, October 28, 2011

CARA MENGENALI PERNIAGAAN YANG MENGGUNAKAN PELARIS.

Assalamualaikum..dikesempatan ini aku nak share satu benda dengan korang iaitu nak tau sesuatu restoran tu guna pelaris ke tidak..Actually zaman sekarang ni ramai yang tak percaya dengan pelaris2 ni..tapi kita kenala beringat bahawa semua manusia kat dunia ni ada sifat dan sikap cemburu..Jadi kite kenala berhati2...Ditambah pulak kalau kita berniaga tak kiralah berniaga ape sekalipun..Pasti ada yang cemburu dengan kita..So untuk melariskan produk perniagaan mereka,mereka menggunakan pelaris..
So jom kita ambil tips dibawah untuk mengetahui sesuatu kedai tersebut guna pelaris atau tidak..
CARA MENGENALI PERNIAGAAN YANG MENGGUNAKAN PELARIS Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar) Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut. Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :- 1) Al-Fatihah. 2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari. Ia berdasarkan hadith : قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي ) Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

Monday, October 24, 2011

AKHIRNYA AKU FAHAM JUGAK KIRA WAKTU SUBUR.MAI BACA NI.

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..setelah beberapa lama aku pening kepala kira waktu subur akhirnya aku terjumpa satu blog yang aku rasa ajar kite lebih tepat cara nak tahu waktu subur.Hasil perkiraan aku banyak kali di kalendar sebelum aku jumpa blog ni betul cuma x confirm je..Then bila aku buat hasil calculate akhirnye confirm betul.Yang last month pun betul..tapi tak da rezeki lagi so aku akan usaha lagi.Insyaallah..Sebelum ni aku pernah buat entry pasal kitaran haid dan waktu subur di SINI.Dan hari ni jomla kite calculate waktu subur kite kat SINI.Nak tau lebih lanjut macam mana nak calculate jom tengok gambar kat bawah ni..
KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS
KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS.
Penerangan yang lebih terperinci ni aku peroleh dari blog PAKAR HOW TO.
Aku da buat dan siap print lagi..Kan senang kat bawah tu dah ada siap waktu subur kite untuk next month..So selamat mencuba ek.
Sharela ramai2..

Tuesday, October 11, 2011

CARA MANDI WAJIB YANG BETUL DAN SAH.

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur. Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara: Pertama : Niat. Kedua : Menghilangkan najis pada badan. Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam. Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah). Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh. Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].

‎*Sesiapa yg nak share silakan. Tak perlu mintak izin dah sebab mmg sy nak share dgn semua Sahabat pun.

Monday, October 3, 2011

KORANG PERNAH TENGOK PROSES ANAK TERJADI?JOM TENGOK NI.

Assalamualaikum..
Tadi kat fb aku begitu teruja dan terharu melihat kejadian seorang anak bermula dari proses persenyawaan hinggalah terjadinya anak tersebut.Subhanallah betapa hebatNYA kuasaMU YA Allah.Aku kagum akan kebesaranmu.
Aku try search kat youtube tapi tak de pulak.Kemudian aku jumpa video ni.Yang ni video dari Indonesia.Lebih kurang sama macam video yang aku tengok kt fb tapi yang ni tak la detail sangat macam dalam fb tu.Tapi best tengok video ni.Kite boleh belajar dan tahu bagaimana seorang anak terjadi bermula dari awal proses hinggala proses melahirkan.
Kalau korang rasa nak anak macam aku bolehla tengok video di atas.
hari ni mood aku marah dekat perempuan yang bertopengkan syaitan.Dalam berita pukul 8 tadi bagitau dia dah buang anak yang dia lahir dari tingkat 2 sebuah flat kat selayang.Tak guna sungguh.Ini bukannye binatang lagi.Ni dah syaitan.Binatang pun sayangkan anak.Kenapala terjadi seperti ni.Kalau tak nak sekalipun p la bagi kat orang.Ramai sangat yang nak anak.Pernah pegawai kat opis aku bagitau.Dia tanya aku "Nak tau x kenapa orang tak kawen senang je beranak dan tak sakit??"aku kata tak tau.then pegawai aku cakap.."depa tak rasa sakit sebab tak ada dosa yang akan terhapus ketika melahirkan anak.Sebab mereka da buat zina.Kalau yang kawen akan rasa sakit sebab sakit tula yang menghapuskan dosa2 kecil kita."Bila aku fikir balik betul jugak.Patutla depa ni senang je beranak.Lepas tu buang..eee..geramnya akuu..
Okla..aku nak minum air jap bagi sejuk sikit..

Thursday, September 29, 2011

HOW TO WEAR A HIJAB LIKE DIAN PELANGI..JOM TENGOK!

Assalamualaikum..
Fenomena gadis2 yang memakai tudung kembali menjadi ikutan.Selepas yuna,maria elena dan hana tajima kini fenomena dian pelangi pulak yang muncul.Kepada korang yang suka ikut trend dorang ni mesti nak ikut style dian pulak.Style dian ni tak susah sangat.Hanya mengguna scarf 4 segi u allz..Lepas ni ramai pulak yang jual scarf 4 segi termasukla aku.hehe..yela..nak jual sesuatu barang tu pun kena tengok pada trend jugak.Kalau dulu tudung bawal jadi trend,kemudian shawls printed,shawls sateen,pashmina dan kini kembali pada scarf 4 segi.
Okla..kepada yang nak pakai scarf 4 segi ni korang juga boleh bergaya tau..jom tengok dian pelangi ajar korang cara nak pakai scarf macam dia.
1. what you need: a headscarf, a head-fitted inner for headscarf, a pendant-pin, and a needle
2. fold the headscarf and wear it as usual. don't forget to wear the head-fitted inner before
3. pull the left side to the right side, close to the inner
4. pin it
5. and it will be look like this
6. pull the rest to the back side
7. and pin it to the inner, avoiding the visible neck and hair
8. and for the right side, just let it flow
9. or you can put it on the left side to make it more neat Selamat mencuba...
Nantikan aku update scarf 4 segi untuk korang bergaya seperti dian ya.
ikhsan dari blog dian.