Saturday, October 30, 2010

RINA SALLEH & IKA RADIUSITE.

Salam allz..hari ni sabtu..bosan sangat kat rumah ni.Hubby i keje so terpaksala sendirian dirumah.nasib baik adik i ada kat rumah.boleh juga sembang2 dengan dia...lepas je habis packing barang customer aku pun relax je sambil tengok tv..tup2 plupp alamak karan pulak x de..adoii..da panas da ni..uwaaa...nasib baikla lappy aku masih ada bar..kalo tak lagi la bosan..ni da nak dekat sejam da ni..masih x de lagi..emmm...
Berbalik pada tajuk..sekarang ni i terlalu teruja dengan 2 nama di atas.Boleh menjadi ikon i walaupun i rasa umur i lebih tua dari 2 wanita di atas.Rina Salleh..sape yang tidak kenal beliau bermakna korang bukanla celik it..huhu..jangan marah ye..sebenarnya rina salleh ni cukup popular dikalangan warga fb dan blogger.Beliau juga seorang bussinesswoman tau.menjual pelbagai jenis tudung di online shop.wahhh i sungguh berbangga bila ada wanita melayu yang cekal,tabah dan kuat sepertinya.lemah lembut je orangnye..cehh macam i penah jumpa pulakkan..opss..i teringin tau nak jumpa rina tapi apakan daya..tengok dari jauh la ye..
Semalam sekali lagi nama beliau disebut2 sebab beliau menang GADIS MELAYU musim Ke 3.Seperti yang i jangka dari awal.Memang beliau layak menang dan menang.i teruja lagi buat kali yang keberapa entah..hik3..
RINA SALLEH
Yang kedua ni sape yang tidak kenal dengan Ika Radiusite.Sangat popular ok..mengalahkan artis gitu.Ika ni sangat cantik ok.kecil molek je orangnye.I pernah la jumpa dia masa i keje kat kl dulu.Tapi jumpa pun dekat tempat ambik barang kat supplier so x dela nak sembang lebih2.i pun malu time tu..yela jumpa orang cantik dan comel tu.
Sekarang ni beliau sangat berjaya dengan bisnes shawlsnye.boleh bayang hari2 masuk banyak.Tahniah ika..Sejak dia masuk paper metro awal tahun lepas sampaila sekarang ni beliau sangat berjaya.Sekarang ni pun beliau dalam proses nak buka butik kat rawang.Tengok dear..jangan sangka berniaga dalam online shop x boleh success tau..Ika sebagai contoh..So i pun ingin berjaya sepertinya.Alhamdulillah sekarang ni pun permintaan makin bertambah untuk produk i di blogshop shawlsayucinta.Hope one day i akan success seperti ika..
IKA RADIUSITE
Kesimpulannya 2 wanita (anak muda) hebat ini telah berjaya dalam bidang masing2 dan memberi inspirasi kepada anak2 muda yang lain.Yang masih tercari2 arah hidup..
Semoga Success Selalu kepada anda berdua..

Wednesday, October 13, 2010

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam, "Silakan masuk" Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik.. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa. Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik. Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa.. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "! Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina". Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

Tuesday, October 12, 2010

PETUA PERUT BUNCIT

Perut anda buncit? Ukuran badan anda mungkin ok tapi bahagian perut membonjol ke depan. Nak bergaya pon susah. Cubalah petua ni: Elakkan minum air sambil makan makanan berat seperti nasi dan steak. Minum air setelah selesai makan. Seelok-eloknya minum air setengah jam atau 3 jam kemudiannya. info : 101 PETUA.

Datuk Siti Nurhaliza ketiak basah & Petua bersihkan bulu ketiak dan putihkannya.

Gambar berikut adalah gambar terbaru Datuk Siti Nurhaliza. Aku rasa minggu ni adalah minggu ketiak basah seMalaysia sebab baru-baru ni gambar Rosyam Noor yang basah ketiak. Kali ni giliran Datuk Siti Nurhaliza pula. He Hee.. Lepas ni boleh la Datuk Siti Nurhaliza jadi model atau duta produk deodorant kan?
INFO DARI : skycrewz.net ops!!maaf ye kalau ade yg terasa dengan posting di atas..sebenarnye ketiak kita basah atau cepat berpeluh mungkin kerana terdapat bulu yang dipanggil bulu ketiak..Disebabkan hormon yang tidak teratur juga boleh menyebabkan peluh yang terjadi.Jadi dikesempatan ini aku nak bagila petua Bersihkan bulu dan putihkan ketiak.Sebelum ni aku da pernah bagikan..Tapi tak salah kalau aku nak bagi lagi sekali..Jom kita cuba : 1.Salah satu cara untuk memutihkan ketiak yang hitam adalah dengan menggunakan limau nipis dan kapur sirih. Caranya ialah dengan memerahkan sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu. 2.Manakala untuk membersihkan bulu ketiak, campurkan setengah camca teh kapur dengan sebiji limau nipis. Lumurkan campuran tadi pada ketiak selepas mandi setiap malam. Lakukannya selama seminggu. Satu lagi cara ialah dengan mengambil debu atau habuk yang terdapat pada kundur. Gunakannya untuk disapu pada ketiak dan biarkan seketika tanpa dicuci. Lakukan sehingga bulu ketiak gugur dengan sendiri.

Saturday, October 9, 2010

SITI NURHALIZA NAIK KERETA FERARI..

Acara majlis SimplySiti baru-baru yang lepas, memang banyak kejutan, tidak dari penampilan Siti, Aksi Ezlynn dan yang terkini Siti menaiki kereta Ferrai model baru yang harganya mencecah RM1.2 Juta yang didatangkan khas oleh syarikat permotoran Naza. Mungkin hanya sebagai promosi untuk kereta berkenaan sahaja. Dengan warna kemerahan kepada Siti dan Ferrari menampakkan keserasian yang menarik. Tapi yang tak bestnya, bukan Datuk K pula yang pandu.
INFORMASI DARI : IZYAN.COM

AYU & FAREEDA.

Salam semua... Rajin sungguh aku update blog sekarang ni ye.Boleh dikatakan sehari 2 or 3 update..hik3..ni sebab aku ada mood..buat aku x de mood jangan harap aku nak update..nak buka blog ni pun malas.. Haa siang tadi aku pegi jalan2 dengan hubby..jalan2 sambil cuci mata..jalan2 depan Gulatis dekat star prade tu aku nampak Tudung Fareeda..Wahhh aku teruja jugak tengok..Aku pun masuk dan pilih2 tudung fareeda..sebenarnye aku beli pun ada sebab juga..ekeke..aku teringin nak masuk Pencarian Model Fareeda paper KOSMO tu..tapi aku ni x cantik..rupa pun tak ada..dalam gambar lain luaran lain..tapi insyaallah..aku nak try tengok..mana tahu ada rezeki..ekeke...betul x??Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia...ha sape nak jawab..lalala...abaikan story diatas ye.. So time nak beli ni ya allah punyala susah nak pilih..banyak sangat warna..murah pun murah..semalam aku ada tengok 1 blogshop..dia jual untuk shawls macam yang aku beli ni sehelai rm110...aku beli kat situ rm100 utk 2 helai dengan harga sehelai rm58..Wahhh bestnye..ape lagi aku pun ambikla 2 helai..warna pink dan warna biru.**tak sabar nak pakai ni pergi opis.hik3.. Then dalam keta tanpa kesabaran yang minimum aku pun tukar pakai shawls tu..salin dalam keta je..hahaha...then snap2 pix..hubby aku gelak je tengok gelagat aku..lawakkan.. Balik je rumah terus snap gambar...hahaha..best sangat tau pakai..murah pun murah.. Jomla tengok gambar dibawah..hik3..
Budak gemok.. Dalam kereta..ekeke..sempat tu salin..

Thursday, October 7, 2010

SAPE NAK INNER COTTON & PLAIN COTTON JERSI...

Salam sayang2 semua..How r u 2day??hope fine like me..but today im not well becoz last nite my lil brother tell me my dad was feever n go to hospital wif my mom..ohh...today i want go to my mum house n i think i want to stay this nite...
ok2 berbalik pada tajuk..semalam jugak aku da restock inner cotton tau..banyak sangat warna..so bolehla pilih bagi korang yang berminat dengan inner cotton ni..sebab selalunya bila aku restock je inner cotton ni cepat je habis..alhamdulillah..so kpd korang yang berminat nak beli boleh la klik INNER.. PLAIN SHAWLS
Aku jugak da update plain shawls jersi tau..warna yang sangat cantik.korang boleh beli retail dan borong..yang pastinya harga sangatla murah dan berpatutan..pakai pun best dan tak panas..tak percaya??cubala..:)
OKLA..MACAM2 LAGI SHAWLS/TUDUNG DISINI..JANGAN LUPA KLIK YE.. SHAWLSAYUCINTA

Monday, October 4, 2010

RUMAHTANGGA RITA RUDAINI DAH RETAK?

Selepas lebih dua tahun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar dengan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak yang dibina atas dasar cinta mula goyah. Bukan soal orang ketiga atau kecurangan menjadi punca, tetapi sebaliknya Rita mendakwa ia banyak disebabkan mulut dan campur tangan individu tertentu terutama keluarga mentua.

"Tidak cukup mengaibkan dan memalukan saya selama ini, apa lagi mereka inginkan? Selama ini, saya tidak pernah membalas kenyataan dikeluarkan. Saya mendiamkan diri kerana ingin menjaga maruah dan air muka suami, tetapi saya tidak mampu bersabar lagi,” Kata Rita.
Difahamkan Aidil sudah lama tidak pulang menjenguk Rita dan anaknya, Airit Rayyan Rizkin. Malah ketika Aidilfitri baru-baru ini pun, mereka meraikannya bersama keluarga masing-masing tidak seperti tahun sebelumnya. Sumber yang rapat dengan Rita berkata, akibatnya pelakon itu semakin tertekan dan bingung kerana tidak tahu punca kesalahannya. Bagaimanapun, Rita enggan mengulas perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Cerita saya kurang ajar, halang suami pulang ke rumah keluarga dan suka mengongkong suami memang keterlaluan. Dulu, suami pernah dihalau keluarga, tetapi diterima semula selepas dua minggu dipulaukan. Sejak itu, suami tidak pernah berenggang dengan keluarga, malah Aidilfitri tahun ini turut disambut bersama keluarganya. Saya tidak pernah kecil hati dan menghalang suami pulang ke rumah keluarganya, malah setiap hari pasti suami menjenguk ibu bapanya
"Jujurnya, kami tidak pernah berbaik. Namun, saya tidak menyimpan dendam dan berharap masih ada jalan perdamaian, nampaknya keadaan semakin berkecamuk. Walaupun keluarga saya pernah dimaki, mereka masih berharap saya berbaik dengan keluarga mentua. Mereka tidak mahu perbalahan kami berpanjangan walaupun keluarga mentua sering mengeluarkan kenyataan keterlaluan di akhbar. Bagaimanapun, tidak sampai dua hari, anak saya, Airit Rayyan dilarikan suami untuk bertemu keluarganya ketika saya bekerja,” tambahnya. -Bharian

1 Tahun , 4 Bulan , 3 Minggu

Salam semua..Hari ni rasa mengantuk sangat..aduhhh...kenapa ye..tadi lunch aku da tido..sedar2 bangun pukul 2..biarlah tak makan dan tak minum..janji boley tido..apala nak jadi dengan aku ni..Actually aku tengah update printed shawls terbaru..tapi lambat gile..so sambil2 aku update tu apalah salahnye aku update personal blog aku ni.. 1 tahun 4 bulan 3 minggu - Itulah usia perkahwinanku..Dah setahun masa berlalu pejam celik pejam celik da setahun aku jadi isteri.Alhamdulillah..Aku bahagia dengan kehidupan ku sekarang.Tipulah kalau cakap tak gaduh ke ape ke..tapi gaduh2 manjala..lepas gaduh2 baik balik..Adat berkahwinla..Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Jom aku flashback balik macam mana aku kenal hubby kesayanganku ni..Actually aku kenal die masa umur 17 tahun tahun 2001.Masa tu first time aku keluar dengan member baik aku syeeda (sebelum ni aku tak pernah keluar tau dgn member2.kalau nak keluar mesti keluar dgn mak aku..Alasan aku kalau nak keluar mesti nak pegi popular beli buku..haha..last2 mak aku mesti kata jom p dgn mak..ala..tak dapatla nak keluar dengan member2..)Aku pun mintak izin dengan mak cakap nak keluar dengan syeeda.Mak bagi sebab syeeda datang ambik dengan motor betul2 depan rumah.Tupun mak pesan balik awal. Sampai je kat Pacific Alor Setar tak sangka aku syeeda jumpa member dia lebih kurang 5 orang jugak yang kesemuanya lelaki..Ohh tidak..untuk pengetahuan semua aku tidak pernah bersekolah campur dengan lelaki..Ya..melainkan tadika..Sekolah rendah aku di SK SULTANAH ASMA..Menengah di SMK SULTANAH BAHIYAH.Kedua2 sekolah tu tak ade lelaki.Dan keluar dengan syeeda ni first time aku jumpa laki..Punyala gabra masa tu.Actually syeeda keluar jumpa member2 dia tu pun ada keje..So masa dekat medan makan masa syeeda jumpa member dia aku pun duk sorang2 seribu bahasa.Aku x kalih langsung belah lelaki2 itu.Dan tiba-tiba..cehwah suspen pulak..Seorang lelaki datang kepadaku..Haii..Aku senyum..budak laki tu cakap lagi..Ada member nak kawan..Aku senyum..dan aku tengok seorang jejaka yang kt tepi meja tu sengih2 kat aku..Oh...hensem jugak..hahha..Aku cakap kawanla..Dan bila habis je perjumpaan tu time nak balik tu dia bagi no fun..Aku nak bagi time tu aku pun tak da henset.. Balik je rumah ohh tak boleh tido..dan bermula detik itu lelaki tersebut pun rajin mengirim surat kat aku..tapi..da tapi..surat tu bukan di pos dekat rumah aku tapi di pos ke rumah syeeda..sebabnya aku takut mak n abah aku buka dan baca..Kami berutus surat dan telefon sampaila aku habis SPM. Akhirnya kami terputus hubungan bila aku masuk Politekni..Ala bukan jauhpun poli tu..aku dapat POLIMAS je..tapi kami jarang berutus surt seperti selalu..Bila masuk belajar ni biasala..mesti ada jugak keinginan hati nak ada bf kt situ..So masa sem 1 aku pun dapatla bf di sana..Dan aku dah tak tahu apa cite budak laki tu..Aku bahagia di Poli sebab ada bf masa tu..Sampaila tahun 2005 aku sambung diploma dekat POLITEKNIK PD...Aku masih kapel dengan BF aku..kirenya da lebih 5 tahunla kami kapel.. Tahun 2006 keluar poli dan grade semua kami pun dapat keje.Bf aku keje di penang dan aku di kedah..Masa tu aku da malas nak kapel..Entahla maybe salah aku sebab cepat bosan..ish2..tapi sekarang da tak bosan tau..hik3..sambung cite..sampaila aku dan bf aku break..mcm mana boleh break ni..biarlah rahsia..nyanyi lagu siti nurhaliza ya.. 5 tahun kapel akhirnya kami berpisah..oh sungguh sadis masa tu..Bayangkan aku sanggup nak jumpa bf aku tu dari kedah aku naik bas..aku nak sambung balik hubungan tu tapi die da tak nak..Sejam je aku jumpa dia kat butterwoth then aku balik sambil airmata jatuh dipipi..aku betul2 kecewa..ohhh...beginikah hebatnya penangan bila putus cinta?? Dan aku cakap dalam hati aku da tak nak bercinta dan berkapel..Tup2 time aku keja kat belia dan sukan aku ada kapel dengan sorang mamat ni..Aku punyalah setia bagai..sanggup beli apa saja dekat dia..tup2 dia kecewakan aku..eee..inilah makhluk halus yang paling aku benci..jahat sejhatnya..Harap ja mengaji tinggi sampai negara arab tapi penipu...Dan sejak itu aku dah tak percaya pada laki..Aku anggap laki semua penipu dan cuma nak ambik kesempatan kat aku.Aku benci dan benci.. Aku menangis sepanjang minggu..sepanjang bulan..aku berfikir sapela yang nak kawan dan kawen dengan aku..Aku da tak nak bercinta..Sampai satu hari aku cakap dekat mak aku..Kalau ada sapa yang masuk mak terima jela..Ayu malas nak kawan.. Aku solat dan berdoa hari2..hingga suatu malam tu aku betul2 nangis..teresak2 meminta pertolongan tuhan..Malam tu aku mimpi seseorang datang bagi bunga dekat aku..sungguh sweet dan aku kenal lelaki itu..aku sungguh bahagia dalam mimpi tu.. Bila esok menjelma..pagi2 lagi aku da kol member aku tanya ada tak no lelaki itu..aduhh dia cakap da tak de..aku pun cari dan cari tapi tak juga jumpa..akhirnya aku menyerah kalah dan kata biarla maybe x de jodoh aku nak jumpa dengan dia.. Satu malam aku balik dari keje..then dapat satu sms..tutut..hai kenal x??aku balas..sape ni??takkan x kenal ni....ha??aku sungguh terkejut..Ya Allah..AKu tak sangka kau yang msg aku..Selama ni aku mencari dirimu..tiba2 kau yang msg mencari aku..Oh Tuhan Terima kasih kerana kau memakbulkan doaku..Dan malam tu aku tak tido sebab msg dengan dia..Dalam hati aku berkata..ajakla aku jumpa..ajakla aku jumpa..tup2 dpt msg..hari sabtu ni mau x kita jumpa..ha...tunggu lagi...kalau nak tahu..masa aku mula msg dengan dia aku menangis..sebab aku tak sangka orang yang aku cari selama ni msg aku.... Hari sabtu aku tunggu penuh debar sebab dia nak datang ambik aku dekat rumah..Dia nak mintak izin keluar dekat mak n abah aku..Ohh tak sangka aku dia sudah berani..Dan kami pun keluar...Sepanjang dalam kereta tu aku diam seribu bahasa..Hanya tuhan yang tahu betapa berdebarnya aku.. Dan minggu berikutnya dia nak jemput aku pergi jumpa mak dia..dia datang rumah dan ambik aku..Sungguh takku sangka mak dia berkenan dekat aku..Akhirnya selepas 7 tahun menghilang 2 minggu berjumpa kembali tanggal 10.10.2009 kami pun bertunang.Oh begitu cepatkan..sungguh tak sangka lelaki yang aku maksudkan adalah lelaki first yang aku keluar dengan member aku masa umur aku 17 tahun...dan tanggal 6.6.2009 kami pun disatukan. Begitulah cerita perkenalan aku dengan suami kesayanganku.. Ramai yang cakap kenal baru sekejap da kawen tak menjamin kebahagiaan..Tapi bagi aku tidak sama sekali..Aku rasa lagi seronok bila jadi macam ni..Jodoh pertemuan ditangan tuhan..Siapa sangka lelaki yang aku mimpi dn cari selama ini dah menjadi milik aku.Aku sangat sayangkan dia..Walaupun perkenalan kami cuma sekejap tapi kini aku bahagia disampingnya.Bercinta selepas kahwin lagi seronok dari bercinta bagai nak rak sebelum kawen..Korang pernah tak jadi situasi seperti aku..Story2la sikit..

Sunday, October 3, 2010

SITI NURHALIZA BUAT RAWATAN PENYUBURAN

Penyanyi nombor 1 negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengaku melakukan kaedah rawatan penyuburan secara akupuntur bagi mendapatkan anak.Siti Nurhaliza berkata, kaedah rawatan tersebut dilakukan secara kebetulan ketika dia dan suaminya Datuk K bercuti di London sebelum menunaikan umrah di Mekah pada ogos lalu. "Saya akui buat rawatan penyuburan tetapi secara akupuntur dan meminum beberapa herba untuk penyuburan tetapi bukan menjalani rawatan persenyawaan tabung uji atau IVF atau melalui pemanian berhadas (IUI) seperti didakwa.Ia hanyalah kebetulan dan bukanlah dirancang kerana kami ke sana adalah sebagai meraikan ulang tahun perkahwinan keempat kami."ujarnya ketika ditemui semasa pelancaran lipstik terbaru Simplysity,Khamis.-MSTAR-