Wednesday, December 29, 2010

SAYA BLOGGER KEDAH.BANGGA JADI ANAK KEDAH.

Salam semua..hari ni aku dengan sukahatinya nak join BLOG PILIHAN MALAYSIA - KATEGORI SAHABAT MENGIKUT NEGERI.Aku tertarik bukan semata-mata nak tunjukkan blog aku ni tapi aku tertarik sebab aku berbangga nak kenalkan Negeri Kedah kepada korang2 yang tak tinggal di kedah.Aku berbangga jadi Anak Kedah.Kalau korang nak join pun boleh.Jom klik SINI.Nama Anda : Ajratul Khairah bt Mohd Daud Status Anda : Isteri kepada Encik Suami..

Cara Hubungi : FACEBOOK (ayucinta8492@yahoo.com).FANPAGE FACEBOOK SEARCH Shawls@AYUCINTA. BLOGSHOP : ShawlsAYUCINTA

Daerah/Jajahan : Kota Setar Kedah.

Tempat tinggal : Kuala Kedah dan Alor Setar.

Apa yang menarik ditempat anda : Ni paling best aku nak cerita.Admin boleh ayu story panjang2 tak.Ayu nak kenalkan negeri Kedah pada anda semua.Nak jadi Duta Kecil Kedah boleh?

Gambar map di atas adalah sebahagian tempat2 menarik di Negeri Kedah.Dari Kulim di Kedah Selatan hinggalah ke Pulau Langkawi.So korang bolehla tengok2 map di atas tu.Tapi yang tu sebahagian je dan ada banyak lagi tempat yang menarik di Negeri Kedah.Jom kita tengok.
Tempat yang pertama kalau ke kedah pergila melawat Masjid Zahir.Boleh dikatakan Masjid Zahir adalah masjid paling lama dibina di Negeri Kedah.Bila malam je sangat cantik disinari limpahan lampu yang menjadikan masjid tersebut bercahaya. Paris..Haa jangan tak tahu kat kedah ni pun ada Paris.Ingat kena p Paris kat perancis tu je ke..Kat kedah pun ada tau.Tak payah p jauh2.Sebenarnye Paris ni terletak berhadapan dengan Masjid zahir dan Balai Seni Negeri Kedah.Tempat ni selalunya orang kawen rajinla datang sebab nak buat outdoor disini.Kalau nak bergambar kenangan pun boleh..Tak kena duit pun.FREE OF CHARGE. Penat jalan2 di Paris kita pergi pulak Taman Jubli Emas.Kalau nak tahu taman ni merupakan salah satu tempat yang menarik di kedah.Baru je buka.tahu lepas kalau tak silap.Dekat taman ni selalunya ada karnival atau expo sebab kawasan yang lapang.Dekat sini jugak boleh belajar kereta tau sebab memang luas jalan dia.So tak takut sangat kalau baru2 nak belajar sebab aku pun belajar kat sini je dulu.Juga boleh jogging2..Selain tu dekat sini juga ade main paintball dan main skatebord atau bmx.So kepada korang yang ade hobi macam tu bolehla pergi ke Taman Jubli Emas ye.
Istana Anak Bukit
Dulu Istana ni biasa je.Tapi bila da direnovate balik Istana AB ni jadi sangat cantik dan menarik.Pintu gerbangnya pun da menunjukkan betapa cantiknya Istana AB ni.Dekat sini juga dorang selalu buat Outdoor shooting untuk orang kawen.Lalu je mesti ada yang tangkap lentok ambik gambaq orang kawen.Mai la.Gambar di atas pemandangan diwaktu siang.
Istana Anak Bukit diwaktu malam. Tree Top Walk.Tempat ni actually aku tak pernah pergi pun.Tapi ramai yang kata best sebab terdapat jambatan yang panjang.Takut cek.Sape yang tak gayat macam aku bolehla p na..
Jeti Kuala Kedah.Sape pernah p Pulau Langkawi pernahla naik feri kat sinikan.Dekat area ni jugak ade perkampungan nelayan.Aku kawen pun berlatarbelakangkan sampan2 sebab rumah mertua aku dekat sini. Sebenarnye Kuala Kedah pun banyak tempat yang menarik tau.Seperti gambar di atas ialah Kota Kuala Kedah.Banyak barang sejarah boleh dilihat disana.Selain Kota Kuala Kedah juga terdapat Kota Marina.Tempat2 tersebut boleh korang tangkap gambar dan juga shoot orang kawen.Khas untuk photography diluar sana.Selain tu ada Pantai Leman yang korang boleh lepak2 disitu. Muzium Padi Negeri Kedah.Sape penah p..Best jugak kat sini tau.Korang boleh tengok beras2 dari gred A sampai tak de gred.hehe..Selain tu korang boleh jugak tengok kehidupan petani bila naik ke pentas berputar.macam real je..

Salah satu bahagian yang terdapat didalam Muzium Padi Kedah.Muzium ni terletak di Gunung Keriang Alor Setar.Masuk untuk dewasa RM5 dan kanak2 RM3 sahaja.Murahkan.

Menara Alor Setar.Walaupun tak tinggi macam KLCC tapi ok jugak sebab selain KL,Kedah je ada Menara Telekom ni.hehehe..Kalau naik atas ni kan kalau cuaca elok boleh nampak Pulau Langkawi.Naik atas tu best sangat angin kuat.kalau pakai skirt atau kain hati2 tau..:)

Mai cek oi mai cek mai kita ke Pekan Rabu.Kenapa Pekan Rabu?Pekan khamis ke,jumaat ke x de ke?Ha ni la keistimewaan Pekan Rabu.Walaupun Pekan Rabu tapi hari2 buka tau.Dekat sini korang boleh beli macam2 jenis kuih tradisional,ada kedai makan,kedai jual baju,kedai jual barang orang nak kawen dan macam2 lagila.Harganya pun amat berpatutan.

Sebenarnye banyak lagi tempat menarik yang terdapat di kedah ni.Pulau Langkawi,Pantai Merdeka,Gunung Jerai dan banyak lagi.Makanan disini pun murah2 belaka.So pakatla mai ramai2 na..kalau mai kedah habaq kat ayu boleh ayu bawak p jalan2...:)

No comments: