Sunday, December 19, 2010

PETUA HILANGKAN BULU KETIAK.EPISOD 2.

Sebelum ni aku pernah bagi petua hilangkan bulu ketiak..Emmm macam mana??Cuba tak??Hari ni aku ada satu lagi petua nak hilangkan bulu ketiak.Jom kita cuba.

Ada banyak cara tradisional boleh digunakan untuk menghilangkan bulu ketiak. Antara yang paling mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih dan kunyit hidup.

Caranya :

1.cabut semua bulu ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih.

2.Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah anda itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.

No comments: