Monday, December 20, 2010

KHASIAT DAUN INAI

Daun inai mempunyai banyak khasiat.
Jariku merah..:)
Pernah tengok daun inai tak??tipula kalau tak pernah tengok..Pernah pakai inai tak??tipula kalo tak pernah pakai..cantikkan kalau pakai inai..jari jadi merah-merah.Suka sangat pakai inai..Xpecially masa hari raya.Nampak merah je jari jemariku.Tapi paling best pakai inai masa aku kawen dulula.Cantik je tengok..hik2..perasankan aku.. Cerita pasal inai ni sebenarnye banyak khasiatnye.Dulu masa aku kecik2kan kalao aku demam panaskan arwah nenek aku akan bagi aku mandi daun inai.Best je mandi daun inai.sejuk tau.Kalau korang demam panas ke tryla..Insyaallah dengan izin Allah baikla demam kite. Selain tu kan..mak aku kalau die luka kat jari atau rasa sakit kat tepi2 kuku mak aku mesti tempek inai dekat jari dan kuku dia..Alhamdulillah..kuku mak aku baik dan bertambah bersinar.Nak tau macam mana cara mak aku buat tempek dekat jari dia tu.Senang je..Korang basuh daun inai bagi bersihkan kemudia korang tumbuk daun inai hingga lumat dan tempekla dekat jari2 yang luka tu.Senang je.kalau nak cantik pakaila sepuluh jari. Lagi satu kalau sakit perut korang boleh gunakan daun inai ni jugak.Senang je.Caranya dengan meminum air inai yang direbus campuran daun inai segar dan daun inai kering yang dicincang. Daun inai juga berkhasiat untuk korang2 yang jadi bisul,penyakit kuli dan sengal2 tulang.Kalau anak2 atau adik2 korang yang lelaki tu berkhatan boleh juga guna daun inai.Caranye mudah je..Rebus minyak biji sawi bersama daun inai kemudian sapukan dikepala. Bagi yang mengalami haid yang berlebihan dan juga keputihan boleh juga menggunakan daun inai dengan cara membuat jus inai dan minum.Memangla pahit sikit tapi kalau nak baik dan sihat minum je.. Banyakkan khasiat daun inai.So bolehla cuba.Insyaallah kalau kita berusaha segala apa yang terjadi akan baik.USaha tangga batu..eh2 usaha tangga kejayaan..:) "Selama Mencuba"

No comments: