Thursday, December 2, 2010

Adakah aku yang bersalah?

Hari ini adalah hari yang sedih dan membuatkan aku panas hati..Aku tak pernah nak story apa-apa keburukan customer disini tapi hari ini aku dah hilang sabar..Sabar aku pun ada hadnye juga..Aku pun manusia biasa.Kerja berlambak2 di opis sampaikan aku tak sempat nak online FB dan blog.. Ceritanya begini..Tak silap aku hari ahad lepas ada seorang hamba allah ni nak oder dekat aku shawls..dalam 6 helai macam tu lah..Ok seperti biasa aku pun sms la segala detail dan die mintak kurang kat aku..dalam rm13+ lebih tu aku sampai dia mintak rm100..tapi aku cakap rm110 la sebab sekali dengan pos..then die cakap ok die mintak nak bank in dalam tepoh 2 ke 3 hari..aku cakap ok..x pe..lepas tu semalam hari Rabu die sms aku cakap da bank in RM110..aku kate ok insyaallah esok yakni hari ni aku akan pos kat die. Dalam pagi macam tu tadi die kol aku tanya da pos ke belum..aku cakap aku kena tanya hubby aku sebab tugas pos mengepos ni hubby aku yang buat..ok x pe..aku kol hubby tanya da pos ke belum tapi hubby aku tak angkat may be dia sibuk..So tak pela..dalam pukul 11 pagi macam tu aku keluar makan dengan member2 opis dan dlm odw balik tu die msg aku.."SAYA NAK TRACKING NO HARI NI JUGA".Aku cakap ok tapi sabarla kena tanya hubby aku dulu..aku cakap kalau bagi pun awak cek die takkan keluar lagi sebab mungkin tak proses lagi..pos laju ambik barang pun pukul 3 macam tu...Lepas tu die reply "JANGAN BAGI ALASAN KALAU DAH POS BAGI JE TRACK NO TU.SAPE KATA X BOLEH CEK SY BOLEH KOL POS OFFICE. Aku rply balik cakap AWAT NI?JANGANLA CARI PASAL OK.SAYA CAKAP ELOK2 DGN AWAK KENAPA TAK BOLEH SABAR?AWK DA MINTA KURANG SAYA BAGI,AWAK CKP NAK BAYAR LEWAT SAYA BAGI..SO SABARLA HUSBAND SAYA BUKAN KERJA SEKALI DENGAN SY.ORG LAIN PUN ODER JUGA TAPI TAK MELATAH MACAM AWAK." Die reply "SAYA TAK BOLEH SABAR KALAU SAYA TAK DPT NO TRACKING SAMPAI PUKUL 2 PTG JD SAYA BAGI MASA SAMPAI PUKUL 2 PTG Je." Sampai macam tu sekali die msg aku..macam aku ni nak tipu die..kalau takut ditipu kenapa nak oder online..kenapa nak oder dengan aku?oder je dekat orang lain.. Lastly aku malas nak bertekak..aku pun sms mintak acc number..aku suruh hubby aku ambik balik barang yang da dipos tu.. Dia pun bagi acc number dan bila dia bagi nama aku macam kenal je nama ni..macam familiar..tapi aku malas nak fikir...:( Aku cakap kat dia kalau nak duit bagitahu je la jangan cakap bukan2 dekat saya..fikir dulu sebelum cakap. Die reply " MACAM NI KE AWAK LAYAN CUSTOMER?" Ya Allah..sape yang layan sape..sape yang mulakan dulu..Aku da cakap sehabis elok macam2 die reply..Untuk pengetahuan semua kalau aku tak reply die akan reply 2 kali..Aku cakap diatas tu pun die cakap macam tu aku layan customer.. Aku reply " OK SABAR YE..SAPELA YANG LAYAN SAPE NI..OKLA TAK MAU GADUH2 YE SYG MANJA.PETANG NI PUKUL 4 LEBIH SIKIT SY BANK IN.SEBAB SY BALIK KEJE PUKUL 3.30 PTG..ODW P ALOR SETAR PUN DA SETENGAH JAM..SO NANTI DA BANK IN SAYA BAGITAU YE.." Aku ingat stop dekat situ rupanya ade lagi yang die reply.. " AWAK NI CAKAP APE NI KEJAP PUKUL3.30 KEJAP PUKUL 4..JGN BAGI SAYA HILANG SABAR.MAYBANK 2U ADAKAN.." Aku da geram da die rply macam tu.Takkan tak faham apa yang aku taip kat atas tu..Aku kol die..tapi die letak..kenapa letak??die reply cakap kol kawan nak cek aku ada maybank 2u ke x..Ya Allah sampai macam tu sekali customer ni buat dekat aku.. Nak menangis..geram semua ada..tapi memandangkan aku di ofis aku sabar dan tahan je la...Tak pernah sepanjang aku beurusniaga dengan customer macam ni..sampai nak cek aku ada maybank 2u ke x..Aku da bagi kerjasama sebaik yang boleh..Apa Salah aku?apa dosa aku?Bukan aku tak pos..aku pos..cume kdg2 tu ptg baru pos..customer semua kena faham..Dahla last week aku ditipu customer..aku da pos barang tapi customer x bank in duit..aku berlembut cakap ok aku pos barang dulu..tup2 da masuk sebulan sekupang pun tak de.. Aku da give up..give up dan give up..sebelum ni aku da give up tapi hubby aku bagi sokongan dan dorongan teruskan bisnes ni..tapi hari ini aku da tak boleh bertahan lagi..kesabaran aku juga ada hadnya.. Kepada semua customer yang pernah beli dekat aku..aku nak mintak maaf kalau selama ni aku ada menyusahkan korang..aku mintak maaf kalau aku hantar barang lambat dan sebagainya. Aku nak ucapkan terima kasih kepada korang semua yang menyokong aku .Mungkin aku rasa biarlah ini yang terakhir.Aku sayang nak tinggalkan semua ini tapi sampai bila aku nak hadapinya.Mungkin ini semua ujian Tuhan buat aku.Aku menerima dengan redha dan pasrah dan aku tidak berdaya lagi untuk menghadapinya.Aku hanya insan yang lemah disisiNYA.Maafkan aku andainya aku banyak melakukan kesalahan. Disaat aku menulis dan menaip ini hanya air mata yang mampu kuungkapkan..Aku sebak dan sedih memikirkan nasibku..Aku bukanla datang dari keluarga yang senang..Dari kecil aku pernah hidup susah sehinggala aku bekerja dan membahagiakan family aku.Dan bila aku berkahwin komitmen yang banyak dan perlu jalani bersama hubbyku membuatkan aku mengambil keputusan untuk buat bisnes ni walaupun aku dah tidak berdaya nak tempuhinya.Tapi hari ini aku betul2 kecewa dan give up.. Biarla semua ini tinggal kenangan. Mungkin aku tidak layak untuk berdiri dan setanding dengan SUGARSCARF,RADIUSITE,RSC dan lain lain.Kepada semua blogshop dan juga yang ingin menjinakkan diri anda dengan bisnes online ni kuatkan diri anda dengan kesabaran yang tinggi.Jangan jadi seperti aku tau.Yang mudah putus asa.. Inilah luahan hati aku yang aku simpan dan pendam dalam hati seorang diri.Kini semua sudah terungkai dan terurai..Aku bukan inginkan simpati daripada sesiapa tapi aku ingin luahkan segalanya yang tersirat dihatiku. Assalamualaikum..

11 comments:

Cik Gallus Gallus said...

Sabar je la..

che_wa said...

sabar kak ayu. mungkin ini dugaan Allah untuk kak ayu ;)

NOOR FATIN said...

akak.. ni dugaan.. jangan sedih2 k..

tudung akak jual cantik2.. anggap tu semua dugaan. biasalah kalau kita ada bsnes org mesti akan dengki...

tabah k..

Cute Mommy said...

jgn la mcm tu ling...saba jek..bukan dia sorg jek customer awak..ramai lagik customer yg paham awak..jgn sbb dia sorg awak nak berhenti dr apa yg awak da penat usaha..tabah erk..

suriyani said...

sabar aje la ayu...ramai lagi customer lain....bukan dia sorang....

piNky LuCiA said...

apa sal yang sengal sangat si pembeli tu. pegi beli kat lain jela. nak beli buat cara nak beli.

sabar jela ayu. ter'emo' plak i. hehe

ayucinta said...

tanx semua yg bagi support kat ayu..
Insyaallah..ayu akan berfikir sejenak..
buat ms ni ayu mmg da give up..insyaallah ayu akan berdoa dan semoga Allah memberi petunjuk pada ayu..

Anonymous said...

emm sabar je k...geram gak baca luahan hati ayu.ksian kat ayu kan..

Anonymous said...

sokong komen dr cute Mommy..jgn sbb mgkuk ayun tu sorang, ayu nak give up n tinggal sume yg ayu dah usahakan selama ni..nanti menyesal tau.dah melangkah jadi teruskan x perlu patah balik.JGN PANDANG BELAKANG!!!!

ayucinta said...

TANX ANONY bg support...
sape awk ye??

Anonymous said...

sape saya..?? biarlah rahsia.tp apepun sy akan tetap sokong segala usaha ayu k..ingat tau jgn give up!!! saya nak ayu ingat 1 jer, mana komen yg baik dan leh diterima pakai boleh la layan tp klu asyik nak condem org jer DIPERSILAKAN BOLEH JALANNNN...;-)