Friday, December 31, 2010

2010 BERLALU PERGI.MAKNANYA IMPIAN KU TIDAK TERCAPAI.SEDIH.2011 MENJELMA.APA IMPIAN YG DIMAKSUDKAN ITU?

Mengikut jam di lappy aku ni tinggal lagi setengah jam sebelum detik 12 malam menjelma.Malam ini tidak seperti malam2 yang lepas.Malam ini alhamdulillah sekali lagi aku dapat menikmati kehidupan dunia yang penuh cabaran ini.Aku dapat menjejakkan kakiku ke tahun 2011.ALHAMDULILLAH.Semakin meningkat tahun semakin meningkat juga umurku.semakin meningkat jugak usia perkahwinanku.Nampaknya tahun 2011 bulan 6 genapla 2 tahun usia perkahwinanku.Sebenarnya tahun 2010 banyak meninggalkan suka dan duka buatku dan suami.Awal tahun 2010 sebenarnya aku tak bernasib baik sebab aku dapat Jawatan tetap di JKR di bahagian yang aku tak suka.bukan tak suka ape tapi aku tak suka aku masuh bahagian jalan.Akukan dari bahagian Arkitek.Kenapa pulak aku dapat jalan.tak pernah aku study buat jalan.duduk bahagian arkitek elok2 hantar aku pegi bahagian jalan.Aku tak suka dan tak suka..dahla aku berjauhan dengan hubby masa tu..Lagi aku tension..nak tukar balik kedah bukan main susah.Banyak songeh pulak..Akhirnya Allah mendengar doa aku.Siang malam aku menangis supaya aku dapat balik kekedah dan hidup bersama hubbyku.Aku bersyukur sangat2.Akhirnya 1 tahun aku diuji untuk berjauhan dengan hubby aku dapat lagi satu kerja tetap dan balik ke Kedah.tapi bukan la JKR.Kali ni aku bekerja di bawah KPM.dan aku ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah.... So tengah2 2010 aku memang bahagia dan suka walaupun ada perasaan sedih..Sedih tu nak tahu kenapa..walaupun da duk dekat hubby aku tapi Allah masih belum bagi aku rezeki untuk mendapatkan zuriat hinggala sekarang.Tahun 2010 juga aku dikejutkan abah aku masuk hospital sebab kenan serangan jantung.Masa tu aku di ofis dan kebetulan hari tu aku tak bawak fun.Dan kebetulan juga aku telefon hubby aku guna fun ofis nak suruh dia ambik awl sikit tup2 hubby aku cakap nak hantar abah aku p hospital sebab abah sesak nafas.Mak aku cakap dengan aku pun sambil nangis.Ya ALLah Kau Selamatkanlah abahku.Letak je telefon aku pun terus terduduk sebab sebelum ni abah aku sihat.dan akhirnya aku tak dapat menyeka air mataku dari jatuh dipipi..Cikgu Nadia menghantar aku pergi hospital.Masa tu aku tengok kesian mak aku.Aku tak menangis..Aku tahan je dalam hati..Balik je hantar mak aku aku menangis sepuas2 hatiku.Mak ayu sayang mak tau..Ayu sedih tengok mak menangis tadi.Mak ayu balik dulu.Jaga adik2 mak. Tahun 2010 juga menyaksikan ibu dan bapa saudaraku meninggal dunia.Allah menjemput 3 orang bermula bapa saudaraku pak chaq,ibu saudaraku mak long dan yang terbaru arwah mamaku.AL FATIHAH untuk mereka. Dan untuk tahun 2011 aku ingin mencapai azam yang tahun lepas yang masih belum terlaksana.First aku harap sangat tahun ni aku dapat baby dan aku ingin majukan bisnes aku.Aku tahu bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.Jadi kesimpulannya aku kenalah berusaha dan terus berusaha untuk mencapai azam aku yang belum tercapai ni.Buat masa ni itu aje impian dan azam aku untuk tahun 2011..Insyaallah.. Last but not least..SELAMAT TAHUN BARU 2011..Jadikan tahun baru ini sebagai tahun yang penuh dengan senyuman dan kejayaan.

No comments: