Friday, December 17, 2010

1 YEAR,6 MONTH,1 WEEKS,4 DAYS.APE TU?

Jam menunjukkan pukul 11.42 malam.. Citer favorite aku pun da habis.ha citer ape tu??of course la American Next Top Model..I like Alisson..:) malam ni seperti biasa hari jumaat aku keseorangan dirumah..hubby aku??tak payah tanyala..pegi main badmintonla..aduhh bile die tak de ni pun rasa rindu membuak2..haha..kadang2 tu dekat office tengah2 buat keje pun boleh rindu tau.sms la hubbyku.."abang ayu rindula.."boleh pulak hubby ku balas."ish duk jumpa hari2 pun rindu..hehehe"..itulah die hubbyku..dua kali berjumpa terus bertunang dan berkahwin.tak sempat nak bercinta.Itulah penangan orang bercinta selepas kawen kot..So kepada adik2 diluar sana ingat nasihat nenek ni ye..bercinta selepas kawen akan lebih bahagia.Insyaallah.Tapi tak salah bercinta sebelum kawen tapi janganla lebih2 ye..tak elok..ish2 membebel pulak aku ni. Nampaknya dah 1 tahun,6 bulan,1 minggu dan 4 hari aku hidup bersama hubbyku.Sepanjang tempoh ini pelbagai pahit manis yang aku tempuh.Bermula dari akad hinggala sekarang aku da lalui pelbagai dugaan.Bermula dari aku terpaksa berjauhan dengan hubby disebabkan kerja hinggala aku kembali ke pangkuannya setelah setahun aku diuji untuk tinggal berjauhan.Masa tu hanya Tuhan saja yang tahu betapa peritnya aku menanggung keadaan ini.Bayangkan setiap minggu hari jumaat aku berulang alik dari Kedah ke Kl dan Kl ke Kedah.Aku tak kisah penat semua tu.Tapi bila je tiba hari ahad nak balik kl hanya air mata berteman sepi didalam bas.Nasib baik aku bertolak malam.So bila aku lambai tangan dekat hubby aku sambil menangis orang tak nampakla.Time tu perasaan sedih tak dapat dibendung dan sms menjadi nadi penghubung tika aku dalam bas."I love u sayang..So much"..I love u too abg so much."Di saat membaca sms itu hanya air mata bercucuran. Setiap hari aku berdoa supaya aku dapat ditukarkan keKedah.Pelbagai alasan yang aku buat namun permohonan aku ditolak.Suara2 jahat menyatakan aku baru je keje da mintak tukar.Dalam hati ni macam2 yang aku cakap.."takpela laki hang duk dengan hang..aku ni.."Dan yang paling sedih time buka puasa.Walaupun aku menyewa dengan kawanku tapi kawanku ni jarang berada dirumah.So aku berbuka seorang diri setiap hari.Time makan tu aku teringatkan hubby dan familyku dikampung.Kan best kalau aku dapat berbuka dengan hubby.huk3.. Akhirnya doa aku dimakbulkan Tuhan Yang Esa.Aku dapat 1 lagi kerja tetap dan kerja tersebut di bawah Jabatan Negeri Kedah dan confirm aku dapat keje di Kedah.Ya ALlah engkau mendengar segala doaku.Aku bersyukur tidak terhingga.Dan setelah setahun aku berjauhan dengan hubby akhirnya aku dan hubby hidup bahagia bersama. Dan hari ini aku sentiasa berdoa semoga kita memperolehi baby kerana itulah impian dan harapan ku ketika ini.Aku mengharap sangat impian aku dan hubby menjadi kenyataan.Insyaallah. "Sayang terima kasih diatas kasih sayang yang engkau berikan padaku.Aku bersyukur kerana memiliki dirimu.Kau begitu baik terhadapku.Kau akan memarahi diriku kalau aku tidak menunaikan perintahNYA dan melambat PerintahNYA.Tidak pernah aku melihat kau tidak melaksanakan perintahNYA.bersyukur aku memliki dirimu sayang.Walaupun kita tidak kaya dengan nikmat dunia tapi aku harap kita menikmati semuanya Di SANA nanti.Insyaallah. Sayang..kaulah kebahagianku..kaula kasih sayangku..Moga suatu hari nanti doa kita berdua dimakbulkan Allah S.W.T untuk memperoleh zuriat pengikat kasih sayang kita berdua.Insyaallah. I love U sayang..Andainya kau membaca post ni aku ingin kau tahu aku teramat menyanyangi dirimu dan semoga hubungan kita kekal hingga ke akhir hayat.AMIN.."

1 comment:

sue said...

sama cam saya..sy pun bjauhan ngn suami setahun..ALLAH je yg tau pasaan bile bpisah kan..mmg sedih sgt2...