Thursday, November 25, 2010

HAPPY BIRTHDAY AYU!

HAPPY BIRTHDAY!! Wahh dekat sape aku wish besday ni??jeng2..ha actually 25.11.2010 hari tu adelah besday aku yang ke 18..eh 26..da tua rupanya ye..tupun tak sedar diri lagi..ekeke...tak pe tua2 pun nampak muda..hahha..orang pun tak percaya yang umur aku da 26 tahun..lagi 4 tahun 30 tau..jangan jealous.. Actually tepat pukul 12.00 tengah malam aritu aku pun tunggu2 jugak kot2la hubby aku buat surprise kat aku..bagi kek ke..bunga ke..coklat ke..emm..x de pun..dahla tu tinggalkan aku sorang diri dekat rumah..die pergi main badminton..tup2 msg berbunyi..HAPPY BIRTHDAY SAYANG..SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI..I LOVE U SO MUCH..wahh terharu jugak aku..ingat jugak hubby dekat aku..tak pela..sms pun smsla..janji hubby ingat.. Then pukul 12 lebih dia balik..aku pun dapatkannya dan ucapkan terima kasih diatas ucapan tersebut..hubby aku pun kiss pipi aku..oh aku rasa disat itu sungguh bahagia.."Abang..ayu tek pernah mintak kemewahan dari abang..ayu cuma nk kebahagiaan dan kasih sayang dari abang.." Aku harap aku akan hidup selamanya dengan abang dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah untuk kita berdua..Itulah harapan aku di malam besday aku..Aku harap next year aku akan dapat baby.. 25 November 2010 - Pagi tu aku ada bengkel di SK AYER PUTEH PENDANG..Adoiii mengantuknya pagi ni..sejak dua tiga menjak ni aku tak dapat tidur..adakah aku dapat penyakit INSOMNIA??emm..janganla..aku tak nak..uwaaa..so bile pergi bengkel je aku mengantuk sngat..dalah duk barisan depan sekali..Ada sorang penceramah tu siap bg ceramah baca dekat slide power point je..x de lawak langsung..lagila boring dan mengantuk..then tepat pukul 4 je bengkel pun habis..aku balik dengan member aku dan hubby ambik kat bus stand.. Sampai depan rumah hubby suruh masuk dulu sebab dia nak p opis dia balik..aku pun nyong2 masuk n bila aku buka pintu heran kenapala kerusi makan ni duk depan rumah..aku tak perasan ade sesuatu diatas kerusi tersebut..dan aku kalih sekali lagi..wahhh..aku tersenyum sendirian..ada bunga dan sekeping kad..aduhh..terus aku sms hubby ucap terima kasih..amboi..suprise ye abg buat kat ayu..tq tau abg..tak pernah aku dapat suprise macam ni..first time seumur hidup la kot..hik3..hubby aku cakap die x mo buat malam besday sbb dia tau aku mesti syak..so dia buat siang hari..memang aku terkejut..romantik juga hubby aku ni..ekeke... kepada yang wish dekat aku di handfun,facebook terima kasih diucapkan..banyak sangat wish yang aku dapat..besttt..dan kepada yang doakan aku dapat baby dan bisnes aku success tq tau..hope doa korang semua menjadi 1 kenyataan..
Atas kerusi ni la hubby aku letak bunga. Mula tu aku tak perasan bile kali kedua tengok baru aku perasan.
Allah Selamatkan Kamu.. Allah Selamatkan Kamu.. Allah Selamatkan Ayu.. Allah Selamatkan Kamu.. SWEET 26!

Sunday, November 14, 2010

CINTA RAHSIA BEKAS PERMAISURI AGONG SITI AISHAH DENGAN UNCLE SEEKERS.

Jom tengok gambar2 dibawah.Memandangkan aku demam so aku malas nak story panjang-panjang..kalau korang nak baca jugak bolehla ke Beautifulnara.COM ek...

Monday, November 8, 2010

M.A.R.A.H & CERITA B.A.N.J.I.R

Janganlah marah..sebenarnya bila aku posting je kat blog ni ada je yang tak puas hati kat aku..ada je komen yang tak suka..tak suka..dan tak suka..ape salahku kawan2ku..kenapa anda semua tak marah blogger2 lain yang buat entry lebih dasyat dan dasyat..kenapa aku..??aku bukan nak cari publisiti aku hanya nak share apa yang aku dapat..itu saja..tapi kalau da ramai yang tak suka tak apelah..lepas ni aku story pasal aku dan aku je..nanti jangan ada yang kata aku syok sendiri pulak duk story pasal aku..biarla ni kan blog aku..aku yang tulis..emm..macam2 la kan manusia ni..ada yang dengki..yang suka..yang benci..yang sayang..whateverla.. Alhamdulillah..banjir da makin surut.Semalam aku,hubby,wawa dan hubbynye taufik jalan2 ke bandaraya aloq stuck..semuanya da seperti sediakala..Cuma air masih banyak di kawasan kampung dan kawasan perumahan.Mungkin air longkang kot yang tersumbat.jadi air2 tu tak boleh nak pergi mana2 so masih bertakung di situ.Tapi jalan2 yang ditutup sebab banjir ari tu semuanya dah dibuka.Aku dan yang lain pergi area anak bukit dan jitra..Kesian aku tengok dorang..Ada yang buat khemah tepi jalan dan ada yang ambik kesempatan untuk berniaga..Dan ramai yang bertungkus lumus bersihkan rumah masing2..banyak yang rosak..aku tengok tepi jalan banyak barang yang tidak boleh digunakan lagi..kesian dorang..Rumah pulak penuh dengan lumpur..Aku da penah rasa tau bagaimana penatnya membersih rumah yang dimasuki air.. Masa banjir besar melanda pada tahun 2005 dulu rumah mak aku di alor star pun masuk air tau.Penat gila nak buang air dalam rumah aku tu..lepas tu nk buang lumpur2..nak jemur tikar getah lagi..nak lap semua benda yang da kena lumpur..memang penat..Tapi banjir kali ni Alhamdulillah rumah mak aku dan aku tak masuk air.Cuma rumah mak aku tak de air je sebab dorang tutup loji air di Bukit Pinang.So rumah aku la mereka semua berkumpul. Nasib baik hari cuti..best jugak sekali sekala rumah aku dan hubby ramai orang.Selalu kami berdua je..So bila da ramai macam gini macam2la yang dimasak..Tambah pulak hubby aku bawak balik ikan fresh2..ape lagi..Esok tu acik aku buat laksa..waahhhh da lama rasanya tak makan laksa yang dibuat oleh mak dan mak sedara aku..sungguh sedap tau.. cuti 3 hari pun aku tak pergi mana sebab hubby aku keje..Lagipun banjir dan banyak shopping complex yang tutup.. Okla..japgi aku masukkan gambar ye..Daaa...

Thursday, November 4, 2010

NORA DANISH COMEL & SEKSI

Nora Danish comel tak?ND seksi tak??Rugikan Jejai tinggal ND ni.Fasha tu bukannya cantik pun.Suara pun macam Doraemon..hehehe..Jangan marah na.:)

Wednesday, November 3, 2010

ANAK SAPA LA NI??

Uweekkkk nak termuntah aku tengok gambaq ni..tadi aku sajala google2 gambaq yang cantik2 tup2 aku jumpa gambaq ni..aisshhh..dahla pakai songkok menggambarkan seorang lelaki melayu sejati..tup2 tangkap gambar macam ni..ape kejadahnya ni..kalau orang luar tengokla ape pendapat dorang tentang Melayu..tentang agama islam..bangang betul..aku marah ni..korang marah tak tengok gambar ni..macam bodo je kan..eee...anak sape la ni..buat malu mak bapak je..Itula anak muda zaman sekarang..da tak buat maksiat buat benda ni pulak..
Aku pun sedih la..macam2 masalah yang terjadi sekarang..
OPs...kenapa aku emosi ni..oklah..aku stop dulu ye..mau sambung lipat kain...:)
Bengong+Bangang

JAWATAN KOSONG DI UITM.

Kepada anda yang sedang mencari kerja disini ada jawatan kosong yang keluar ye..di UiTM..Tarikh tutup untuk memohon jawatan tersebut ialah pada 15 November 2010.So masih sempat lagi untuk anda yang nak pohon ok.. 1.Pegawai Perubatan (UD41) 2.Pegawai Pergigian (U41) 3.Pegawai Farmasi (U41) 4.Pegawai Dietetik (U41) 5.Jururawat Pergigian (U40) 6.Juruteknologi Makmal (U36) 7.Jururawat (29) 8.Penolong Pegawai Farmasi (U29) 9.Penolong Pegawai Perubatan (U29) 10.Wartawan / Penulis Skrip (S27) 11.Penolong Pegawai Penyelidik (Q27) 12.Jururawat Masyarakat (U19) 13.Pembantu Pembedahan Pergigian (U17) 14.Pembantu Tadbir (Pramusaji) (N17) 15.Pengawal Keselamatan (KP11) 16.Pemandu Kenderaan (R3) Maklumat lanjut/Borang Permohonan www.uitm.edu.my

FASHA SANDHA DI PARTI HALLOWEEN.

Ishh..apa nak jadila dengan minah ni sorang,..macam ni nak dijadikan idola..huaaarrgghh mintak simpang malaikat 44 tau..Muka je lembut tapi perangai hodoh..ada ke sambut hari halloween..ha kalau korang nak tahu halloween ni adalah sambutan memakai costum yang pelik2 dan takut2 (maksudnya macam pakai pakaian hantu la)..tapi si minah ni takla pakai costum yang takut2..dia berpakaian ala ratu gelek dan disambut bersama insan yang dia sayang dan cinta tu..sapa lagi kalau tak ex husband nora danish..jerai..eh jerai pulak..ingat gunung jerai ke..Jejai..
Apala kejadahnya p sambut parti tu kan??fasha2..lepas satu satu..
gambaq2 ni dari facebook dia sendiri tau..dengan bangganya dia tunjuk kat orang...uweekkk..nak termuntah i..
Okla..jom layan gambaq2 dia..

ARTIS & FACEBOOK

Artis & facebook memang tidak dapat dipisahkan.Ada yang artis ori dan ada juga yang menyamaq..betul tak??kalau yang betul tu okla..tapi yang kelentong tu macam bengong je..kan..kan..awatla nak menyamaq jadi artis...huaaarhh..best sangat ke jadi artis ni..bagi ayu x best langsung..kan..kan..tapi tak tahula korang.. Berbalik pada artis dan facebook ni..sebenarnye ayu pun ada jugak LIKE n Komen2 kat dorang ni..Bohongla kan kalau ayu cakap ayu x penah komen ke ape..tapi bila je artis2 ni hantar kat wall tentang perkembangan ke apa ke ramaila yang komen..beratus2 komen tapi susah sangat nak tengok dorang ni reply ke ape ke kat wall yg dorang post tu..macam kita yang peminat2 ni je beria2..kalau rply pun just buat tanda smile..emm..masa post tu bukan main panjang..tanya itula tanya inila..tup2 bila fans tanya or rply balik tak ade pun jawapan..kesian kat fans kn..tak bestla mcm tu..ade seorang artis ni..hantar kat wall cakap rumah untuk dijual..dia tulis psl details2 rumah tu..tup2 bila fans ramai yang bertanya dia diam je..at least jawabla ape2 pun..tak la kecewa sangat fans ni.. Wahh emosi pulak ayu di pagi yang sejuk ni.Bukan ape cuma nak bagi pendapat je..Nasib baikla ayu ni tak terlalu fanatik dengan artis2 ni..kalau tak mesti kecewa bila apa yang ditanya tak layan..setakat nak kumpulkan komen yang beratus2 tu aje..hahhaa.. Okla..dibawah ni antara facebook artis yang dia orang sendiri handle tau.. Ada banyak lagi sebenarnya tapi ayu tak like pun..Tapi yang kat bawah ni bukan artis2 yang ayu maksudkan di atas tau..:)ngehhh...
FACEBOOK - AWAL ASHAARI- FACEBOOK-FBI-
FACEBOOK-HELIZA HELMI-

Monday, November 1, 2010

Panduan Cara Kira Waktu Subur.

Salam..Wahh hari ni aku sungguh rajin mengupdate blog..haha..tapi aku updat bukan aku nak traffic aku tinggi ke ape..aku update sebab aku nak kongsi dengan korang apa yang aku dapat..Yela dari aku sorang2 je baca ape salahnya aku kongsi2 dengan korang.betul x?? Tadi aku da posting tips untuk mengandungkan..So sekarang ni aku nak konsi dengan korang panduan kira waktu subur.Tak susah pun..Just masukkan tarikh akhir period je kemudian korang calculate then dapatla tarikh waktu subur.Khas dan khusus untuk mereka yang nak anak seperti aku,yang tak berapa tahu kira waktu subur macam aku,yang waktu suburnya tak teratur macam aku bolehla cuba..Cuba calculate tengok..haha..kepada yang nak plan dapat baby pun boleh calculate dekat sini..dekat mana??ha klik SINI ok..

PETUA UNTUK MENGANDUNG

Salam...hari ni disebabkan hujan aku malas nak buat keje..hari ni disebabkan fail hilang aku malas nak buat keje..pelik juga aku..fail pelupusan aset yang ada dekat atas meja sedekad yang lalu..wow lamanya..hilang..semalam baru pegawai aku tanya dan tunjuk fail tu..lepas je habis tido2 time lunch semalam masuk da tak ade..penyamun manala yang ambik aku punya fail ni..bagila balik..semalam tido x lena tau fikirkan tentang fail tersebut.. Dalam aku duk pening2 fikir pasal fail tu aku pun google la petua nak dapatkan anak..dan petua yang aku nak bagi ni macam best je..Almaklumla kalau boleh aku nak sangat ada anak...so aku nak cepatla dapat anak..hehehe..Petua ni aku ambik dari Blog Pakar How To...Jomla kite usha2 kepada korang yang nak anak macam aku.. Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut : Elakkan : 1.Minum coca cola,pepsi dan minuman bergas. 2.Makan junk food 3.Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan cermai 4.Makan makanan fast food seperti KFC,McDonald dan Pizza 5.Makan burger dan hugget 6.Makan jambu batu Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau segar.Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini.Siisteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau dalam bentuk tepung atau susu segar. Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawh: Banyakkan menyebut nama ALLAH (Al-Musowir) Macam mana petua di atas??oo patutla aku susah nak pregnant rupanya aku suka makan asam dan tak suka minum susu..lepas ni kena buat tabiat aku yang suka makan asam ni..tapi asam ni sedapkan???nyum2.. "Abang lepas ni abang kenala minum susu kambing tau..hari tu kan anak sedara abang da bawak balik yang HR punya.Tapi abang pun macam degan ayu jugak.Semangat diawal je last2 biar je susu tu kat atas kabinet tu..hehhee" Okla sayang2 ku semua..jom kite cube ek..yu da semangat ni nak cuba..hehhe..