Sunday, October 3, 2010

SITI NURHALIZA BUAT RAWATAN PENYUBURAN

Penyanyi nombor 1 negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengaku melakukan kaedah rawatan penyuburan secara akupuntur bagi mendapatkan anak.Siti Nurhaliza berkata, kaedah rawatan tersebut dilakukan secara kebetulan ketika dia dan suaminya Datuk K bercuti di London sebelum menunaikan umrah di Mekah pada ogos lalu. "Saya akui buat rawatan penyuburan tetapi secara akupuntur dan meminum beberapa herba untuk penyuburan tetapi bukan menjalani rawatan persenyawaan tabung uji atau IVF atau melalui pemanian berhadas (IUI) seperti didakwa.Ia hanyalah kebetulan dan bukanlah dirancang kerana kami ke sana adalah sebagai meraikan ulang tahun perkahwinan keempat kami."ujarnya ketika ditemui semasa pelancaran lipstik terbaru Simplysity,Khamis.-MSTAR-

No comments: