Monday, October 4, 2010

RUMAHTANGGA RITA RUDAINI DAH RETAK?

Selepas lebih dua tahun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar dengan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak yang dibina atas dasar cinta mula goyah. Bukan soal orang ketiga atau kecurangan menjadi punca, tetapi sebaliknya Rita mendakwa ia banyak disebabkan mulut dan campur tangan individu tertentu terutama keluarga mentua.

"Tidak cukup mengaibkan dan memalukan saya selama ini, apa lagi mereka inginkan? Selama ini, saya tidak pernah membalas kenyataan dikeluarkan. Saya mendiamkan diri kerana ingin menjaga maruah dan air muka suami, tetapi saya tidak mampu bersabar lagi,” Kata Rita.
Difahamkan Aidil sudah lama tidak pulang menjenguk Rita dan anaknya, Airit Rayyan Rizkin. Malah ketika Aidilfitri baru-baru ini pun, mereka meraikannya bersama keluarga masing-masing tidak seperti tahun sebelumnya. Sumber yang rapat dengan Rita berkata, akibatnya pelakon itu semakin tertekan dan bingung kerana tidak tahu punca kesalahannya. Bagaimanapun, Rita enggan mengulas perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Cerita saya kurang ajar, halang suami pulang ke rumah keluarga dan suka mengongkong suami memang keterlaluan. Dulu, suami pernah dihalau keluarga, tetapi diterima semula selepas dua minggu dipulaukan. Sejak itu, suami tidak pernah berenggang dengan keluarga, malah Aidilfitri tahun ini turut disambut bersama keluarganya. Saya tidak pernah kecil hati dan menghalang suami pulang ke rumah keluarganya, malah setiap hari pasti suami menjenguk ibu bapanya
"Jujurnya, kami tidak pernah berbaik. Namun, saya tidak menyimpan dendam dan berharap masih ada jalan perdamaian, nampaknya keadaan semakin berkecamuk. Walaupun keluarga saya pernah dimaki, mereka masih berharap saya berbaik dengan keluarga mentua. Mereka tidak mahu perbalahan kami berpanjangan walaupun keluarga mentua sering mengeluarkan kenyataan keterlaluan di akhbar. Bagaimanapun, tidak sampai dua hari, anak saya, Airit Rayyan dilarikan suami untuk bertemu keluarganya ketika saya bekerja,” tambahnya. -Bharian

1 comment:

فاوزيا ........ said...

truly I felt sad ...
why cant the mother-law try to understand and be in the other person shoes....

I dont blame rita .. she's a woman just like the mother-law ...we are a woman ...

normally malaysian mother-law are so supersitious ... they think they got power being so called MOTHER-LAW ..

being a mother-law myself ... I try not to interupt my daughter's life ... even though her choice is not so favourable to my eye ...
I undertand their love and their life ...

I pray n beg to all mother-law be rational ...