Monday, October 4, 2010

1 Tahun , 4 Bulan , 3 Minggu

Salam semua..Hari ni rasa mengantuk sangat..aduhhh...kenapa ye..tadi lunch aku da tido..sedar2 bangun pukul 2..biarlah tak makan dan tak minum..janji boley tido..apala nak jadi dengan aku ni..Actually aku tengah update printed shawls terbaru..tapi lambat gile..so sambil2 aku update tu apalah salahnye aku update personal blog aku ni.. 1 tahun 4 bulan 3 minggu - Itulah usia perkahwinanku..Dah setahun masa berlalu pejam celik pejam celik da setahun aku jadi isteri.Alhamdulillah..Aku bahagia dengan kehidupan ku sekarang.Tipulah kalau cakap tak gaduh ke ape ke..tapi gaduh2 manjala..lepas gaduh2 baik balik..Adat berkahwinla..Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Jom aku flashback balik macam mana aku kenal hubby kesayanganku ni..Actually aku kenal die masa umur 17 tahun tahun 2001.Masa tu first time aku keluar dengan member baik aku syeeda (sebelum ni aku tak pernah keluar tau dgn member2.kalau nak keluar mesti keluar dgn mak aku..Alasan aku kalau nak keluar mesti nak pegi popular beli buku..haha..last2 mak aku mesti kata jom p dgn mak..ala..tak dapatla nak keluar dengan member2..)Aku pun mintak izin dengan mak cakap nak keluar dengan syeeda.Mak bagi sebab syeeda datang ambik dengan motor betul2 depan rumah.Tupun mak pesan balik awal. Sampai je kat Pacific Alor Setar tak sangka aku syeeda jumpa member dia lebih kurang 5 orang jugak yang kesemuanya lelaki..Ohh tidak..untuk pengetahuan semua aku tidak pernah bersekolah campur dengan lelaki..Ya..melainkan tadika..Sekolah rendah aku di SK SULTANAH ASMA..Menengah di SMK SULTANAH BAHIYAH.Kedua2 sekolah tu tak ade lelaki.Dan keluar dengan syeeda ni first time aku jumpa laki..Punyala gabra masa tu.Actually syeeda keluar jumpa member2 dia tu pun ada keje..So masa dekat medan makan masa syeeda jumpa member dia aku pun duk sorang2 seribu bahasa.Aku x kalih langsung belah lelaki2 itu.Dan tiba-tiba..cehwah suspen pulak..Seorang lelaki datang kepadaku..Haii..Aku senyum..budak laki tu cakap lagi..Ada member nak kawan..Aku senyum..dan aku tengok seorang jejaka yang kt tepi meja tu sengih2 kat aku..Oh...hensem jugak..hahha..Aku cakap kawanla..Dan bila habis je perjumpaan tu time nak balik tu dia bagi no fun..Aku nak bagi time tu aku pun tak da henset.. Balik je rumah ohh tak boleh tido..dan bermula detik itu lelaki tersebut pun rajin mengirim surat kat aku..tapi..da tapi..surat tu bukan di pos dekat rumah aku tapi di pos ke rumah syeeda..sebabnya aku takut mak n abah aku buka dan baca..Kami berutus surat dan telefon sampaila aku habis SPM. Akhirnya kami terputus hubungan bila aku masuk Politekni..Ala bukan jauhpun poli tu..aku dapat POLIMAS je..tapi kami jarang berutus surt seperti selalu..Bila masuk belajar ni biasala..mesti ada jugak keinginan hati nak ada bf kt situ..So masa sem 1 aku pun dapatla bf di sana..Dan aku dah tak tahu apa cite budak laki tu..Aku bahagia di Poli sebab ada bf masa tu..Sampaila tahun 2005 aku sambung diploma dekat POLITEKNIK PD...Aku masih kapel dengan BF aku..kirenya da lebih 5 tahunla kami kapel.. Tahun 2006 keluar poli dan grade semua kami pun dapat keje.Bf aku keje di penang dan aku di kedah..Masa tu aku da malas nak kapel..Entahla maybe salah aku sebab cepat bosan..ish2..tapi sekarang da tak bosan tau..hik3..sambung cite..sampaila aku dan bf aku break..mcm mana boleh break ni..biarlah rahsia..nyanyi lagu siti nurhaliza ya.. 5 tahun kapel akhirnya kami berpisah..oh sungguh sadis masa tu..Bayangkan aku sanggup nak jumpa bf aku tu dari kedah aku naik bas..aku nak sambung balik hubungan tu tapi die da tak nak..Sejam je aku jumpa dia kat butterwoth then aku balik sambil airmata jatuh dipipi..aku betul2 kecewa..ohhh...beginikah hebatnya penangan bila putus cinta?? Dan aku cakap dalam hati aku da tak nak bercinta dan berkapel..Tup2 time aku keja kat belia dan sukan aku ada kapel dengan sorang mamat ni..Aku punyalah setia bagai..sanggup beli apa saja dekat dia..tup2 dia kecewakan aku..eee..inilah makhluk halus yang paling aku benci..jahat sejhatnya..Harap ja mengaji tinggi sampai negara arab tapi penipu...Dan sejak itu aku dah tak percaya pada laki..Aku anggap laki semua penipu dan cuma nak ambik kesempatan kat aku.Aku benci dan benci.. Aku menangis sepanjang minggu..sepanjang bulan..aku berfikir sapela yang nak kawan dan kawen dengan aku..Aku da tak nak bercinta..Sampai satu hari aku cakap dekat mak aku..Kalau ada sapa yang masuk mak terima jela..Ayu malas nak kawan.. Aku solat dan berdoa hari2..hingga suatu malam tu aku betul2 nangis..teresak2 meminta pertolongan tuhan..Malam tu aku mimpi seseorang datang bagi bunga dekat aku..sungguh sweet dan aku kenal lelaki itu..aku sungguh bahagia dalam mimpi tu.. Bila esok menjelma..pagi2 lagi aku da kol member aku tanya ada tak no lelaki itu..aduhh dia cakap da tak de..aku pun cari dan cari tapi tak juga jumpa..akhirnya aku menyerah kalah dan kata biarla maybe x de jodoh aku nak jumpa dengan dia.. Satu malam aku balik dari keje..then dapat satu sms..tutut..hai kenal x??aku balas..sape ni??takkan x kenal ni....ha??aku sungguh terkejut..Ya Allah..AKu tak sangka kau yang msg aku..Selama ni aku mencari dirimu..tiba2 kau yang msg mencari aku..Oh Tuhan Terima kasih kerana kau memakbulkan doaku..Dan malam tu aku tak tido sebab msg dengan dia..Dalam hati aku berkata..ajakla aku jumpa..ajakla aku jumpa..tup2 dpt msg..hari sabtu ni mau x kita jumpa..ha...tunggu lagi...kalau nak tahu..masa aku mula msg dengan dia aku menangis..sebab aku tak sangka orang yang aku cari selama ni msg aku.... Hari sabtu aku tunggu penuh debar sebab dia nak datang ambik aku dekat rumah..Dia nak mintak izin keluar dekat mak n abah aku..Ohh tak sangka aku dia sudah berani..Dan kami pun keluar...Sepanjang dalam kereta tu aku diam seribu bahasa..Hanya tuhan yang tahu betapa berdebarnya aku.. Dan minggu berikutnya dia nak jemput aku pergi jumpa mak dia..dia datang rumah dan ambik aku..Sungguh takku sangka mak dia berkenan dekat aku..Akhirnya selepas 7 tahun menghilang 2 minggu berjumpa kembali tanggal 10.10.2009 kami pun bertunang.Oh begitu cepatkan..sungguh tak sangka lelaki yang aku maksudkan adalah lelaki first yang aku keluar dengan member aku masa umur aku 17 tahun...dan tanggal 6.6.2009 kami pun disatukan. Begitulah cerita perkenalan aku dengan suami kesayanganku.. Ramai yang cakap kenal baru sekejap da kawen tak menjamin kebahagiaan..Tapi bagi aku tidak sama sekali..Aku rasa lagi seronok bila jadi macam ni..Jodoh pertemuan ditangan tuhan..Siapa sangka lelaki yang aku mimpi dn cari selama ini dah menjadi milik aku.Aku sangat sayangkan dia..Walaupun perkenalan kami cuma sekejap tapi kini aku bahagia disampingnya.Bercinta selepas kahwin lagi seronok dari bercinta bagai nak rak sebelum kawen..Korang pernah tak jadi situasi seperti aku..Story2la sikit..

3 comments:

Anonymous said...

sweet lee story akak....(^_^) smoga bahagia slalu....amiiiinnn

Shawl's@ayucinta said...

tq dear..

miss minn said...

yee...memang sweet...

kak, boleh x nak pinjam story...sy tgh cari idea nak menulis ni...:)

boleh eh kak?