Tuesday, September 14, 2010

SAYA TIDAK TIPU...

Salam semua..semalam dan hari ni aku rasa sedih sangat.Kenapa aku harus diperburukkan?apa salahku pada kalian semua.Aku rasa aku da buat yang terbaik untuk anda semua.aku da bagi harga yang tersangat murah.aku da pos dgn secepat yg boleh walaupun kadang2 lambat sampai.aku sedaya upaya buat bersama hubby tanpa mengambil kisah letih aku balik dari keje.Apa salah aku?? Aku mengaku wahai sekalian semua..aku mengaku yang aku tidak sempurna blogshop lain.aku hanya blog biase yg mencari rezeki sedaya yang mampu..Aku tidak akan sesekali menipu korang2 semua..Cuma kadang2 tu ada barnag yang sampai lambat,tak sampai langsung,x de baki,silap barang dan sebagainye.Tapi aku rasa bukan aku sorang je mengalami nasib yang sama.Cuma mungkin aku yg tidak bernasib baik.Nama aku disebut di dalam Fan Page KAMI BENCI ON9 SHOP YG TIPU DAN MAKAN DUIT HARAM di Facebook.Apalah salah aku sehingga aku dimalukan sebegitu rupa.Aku bukannya takut dengan post itu cuma aku rasa macam tak adil la aku dikatakan seperti itu di tempat yang semua orang boleh baca.Facebook ni satu dunia boleh tengok.Kesianla dekat aku..Blog aku x popular macam orang lain..yang masuk seminit beratus2 orang.blog aku dalam sejam kDg2 hanya 3,4 org je tengok.Bagila peluang dekat aku.Kalau da post mcm tu pasti orang da tak percaya kat aku lagi..Kenapa perlu post benda2 yg mcm ni dkt link tersebut.Sebelum nk buat sesuatu cek dulu..sms,emel atau fun terus dekt aku apa yang tak puas hati..Aku boleh refund balik ataupun pulangkan baki balik.. Aku dapat tau post ni pun baru semalam.Sedangkan post ni da dekat 2 minggu.Patutla sjk akhir2 ni mcm x jalan je bisnes aku.Rupa2nya ada udang disebalik batu kenapa bisnes aku x jalan.Kalau tak dlm sehari adala dlm 10 or 20 parcel yg aku kena packing.Tp sebelum raya aritu aku nak dapat 1 oder pun susah.Aku pun pelik.. Aku rindu masa aku duk KL..Aku rindu customer2 aku yang dulu..aku rindu segalanya..Aku tak sangka semua ini jadi padaku..Kini aku da give up dalam bisnes on9..Adakah aku akan stop?Entahlaa..tunggu dan tengok je la..Aku pun da tak tahu nak kata macam mana lagi.. Untuk pengetahuan semua..Aku jual tidakla mahal mana..Aku ambik untung rm2,3 ringgit je..Tapi kenapa nak kata aku tipu..??Aku sanggup jual murah sebab aku tak sampai hati nak jual mahal dekat customer2..Cukupla dengan untung yang sedikit itu..janji customer aku dapat dan pakai apa yang diinginkan.. Pasal pos tak sampai dan lambat terima barang tu disini aku nak bagitahu sekarang ni aku tak tahu kenapa pos laju dan express lambat.Bukan aku sorang yang alami nasib ni..Blogshop lain pun sama.Jadi bila barang x sampai dlm masa 4 hari mulalah marah2 dan cakap aku x pos dan tipu..Masalahnya aku da pos.Lagi satu dalam tahun ni jugak aku nak buat pos yang ambik dekat rumah tu.Senang cikit.Tak payah pergi pos opis..Da jumpa org atas dorang ckp aku takboleh buat sebab aku x de kedai.Dorang takut jadi mcam sorg penjual tu yang berhutang dengan pihak pos dan lari tak bayar bayaran pos tu.So terpaksalah aku pergi pejabat pos.Tapi kadang2 kalau nak p pejabat pos stiap hari pun x mampu jugak.Aku dan suami aku keja..So aku ambik keputusan nak pos 2 hari sekali..senang..da kumpul banyak2 pos..tapi x la berminggu.hanya sehari dan 2 hari je lewat after bank in..Tapi tak pernah lagi aku tak pos barang orang.Cuma lambat dan cepat je.Selagi tak pos aku akan rasa x lengkap bisnes ni.Aku jadi takut..So bile da pos aku rasa lega sangat.Hope korang semua faham.. Pasal yang x dapat baki tu aku pun kadang2 x perasan yang aku da letak baki ke x dalam sampul korang..So kpd yang tak dpt baki bagitau ek..ayu mintak maaf dengan kesulitan ini. Kepada pembeli jugak aku pun da berdiam diri selama ni..aku malas nk kepoh2..tapi bile aku diam orang semakin pijak kepala aku..aku malas nak gaduh..Aku pernah dapat maki hamun dari customer..aku diamm..aku pernah dpt sms ckp barng x sampai..aku bank in balik duit tu.Sedangkan aku tahu barang tu da sampai dan ble cek pun da sampai..tapi disebabkan aku baik hati sangat aku bgi balik duit tu..Ada barang sampai tp ckp x sampai sms2 aku ckp da lama oder barang x sampai..aku cek trck nmber die da delivery..aku msg ckp da delivery trus x msg aku..ade tu yang ckp da bank in aku pos barang..bile da pos esok tu ckp sori baru bank in..eh smlm sms da bank in..Aku pun x cek terus pos..Salah aku jugak..okla at least bank in jugak.Ada tu yang x bank in langsung barang dapat..Ada tu yang oder bukn main bnyk tapi last minute cancele oder.kita pun spare la kat die x jual kat orang lain.last2 x jadi..Ade tu barang dapat sms/emel cakap koyakla apela..tp sebelum aku pos aku cek x de pun yang koyak rabak..Adoiii...tapi x pe demi customer aku x kisah..aku diamkan diri ku ni yang memang pendiam..Tup2..dibelakangku ini yang terjadi.. Okla..aku pun da malas nak fikir masalah ni..Tapi aku rasa dimalukan sedemikian rupa.Sebab tu la aku menegakkan kebenaran bahawa aku tidak menipu dan Shawls@AYUCINTA tidak menipu.kepada yang belumm dapat barang dan sebagainya sms je kat aku.jangan kata belakang.aku ada hati dan perasaan..aku ada suami dan keluarga.berfikirla dulu sebelum membuat keputusan.. p/s: tengh fikir nak teruskan ke tak bis 0n9 ni..pening2.. ni blogshop aku..http://shawlsayucinta.blogspot.com Aku mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai kata aku banyak melakukan kesalahan kepada customer2 sekalian..Maafkan aku...

3 comments:

chentaMAYA said...

kak. sabar ye!

ayucinta said...

chenta : akk da sbr dik..

~Ayu BnSyg~ said...

Teruskan saje dear. Rezeki masing2 la. Ni semua dugaan. Ayu pun penjual shawl mcm awak gak. www.bnsyg.blogspot.com Dugaan kte sama je cuma so far x pnah lg la jd kes yg mcm ni. Sabr ye.