Wednesday, September 1, 2010

PETUA UNTUK BADAN.

Salam allzz..hari ni aku ade terbaca satu petua khas untuk badan.Banyak jugakla petua die.Tapi aku ambik yang penting2 je ek..bolehla kalo nak amalkannye.. 1.KETIAK BERBAU Campurkan sedikit lada putih yang ditumbuk bersama kapur barus,minyak tanah dan sedikit air kapur serta perahan limau nipis.Bancuh sehingga sebati.Sapukan pada seluruh ketiak dan biarkan seketika baru dicuci dengan air bersih. 2.HILANGKAN SAKIT KURAP Penyakit kurap bukan sahaja memalukan malah membuatkan seseorang itu tidak berasa selesa.Keadaannya yang gatal boleh menyebabkan penyakit ini berjangkit.Cara mengatasinya ialah ambil beberapa helai daun lada kemudian gosokkan pada tempat yang terkena penyakit itu.Amalkan setiap hari. 3.MASALAH BAU BADAN Tawas dapat membantu mengelakkan bau badan yang keterlaluan.Selepas mandu,ambil seketul tawas.Sapukan air ke tangan dan sapukan tawas ke permukaan tangan.Selepas itu sapukan tangan ke badan.Elakkan menyapu tawas terus ke badan kerana permukaan tawas tidak licin.Ini mungkin mengakibatkan luka-luka kecil. 4.MENGATASI SENGAL TULANG Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya,sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutama pada sebelah pagi. 5.MERAWAT KULIT BERKEDUT Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari.Amalkan sehingga berkesan. 6.HILANGKAN PARUT Ramas sedikit asam jawa dengan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan air asam jawa pada tempat berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. 7.HILANGKAN DAKI LEHER Ambil tiga sudu besar tepung gandum, tiga sudu besar oath yang dikisar halus dan setengah cawan tairu. Gunakan tairu masam kerana ia merupakan agen pencerahan kuli semulajadi. Campurkan bahan-bahan ini menjadi bancuhan yang pekat. Sapukan pada leher seperti masker dan biarkan selama 15 minit. Kemudian gosok leher menggunakan kain yang agak kasar dan bilas dengan air suam sehingga bersih. Lakukan dua minggu sekali secara konsisten. 8.KULIT PISANG SEBAGAI LOSYEN Cuci kulit pisang masak dan potong kepada kepingan kecil. Masukkan ke dalam setengah cawan susu segar dan kisarsehingga sebati. Simpan ramuan ini ke dalam botol dan sejukkannya. Gunakan sebagai losyen untuk menyegarkan kulit kering atau bertompok. Inilah serba sedikit petua untuk anda dan saya amalkan..:)
~SELAMAT MENCUBA~

No comments: