Wednesday, August 4, 2010

TIPS MENDAPATKAN ZURIAT

Baby comel gile..berapa kg la brt dia tu..hik3.. Comelnyee....
Salam semua..
Anak??sape yg x nak anakkan lepas berkahwin..ada yang baru je kawen x sampai 2 bulan dah disahkan pregnant..bestkan??ade tu da 5,6 tahun kawen tapi masis x de anak..da macam2 yang dicubenye tapi masih x de rezeki..
macam tu jugak dengan diriku ini..dah setahun lebih kawen tapi masih x de petanda aku nak pregnant..tapi aku belum cube ubat2 ape lagi..aku nak pergi hospital tapi org cakap kalau baru setahun kawen dorang tak layan..so aku malas nak pergi lagi..aku pernahla cek rahim aku sebab masa tu period aku ada masalah tapi doc cakap rahim n peranakan aku semuanya elok..bile difikir fikirkan balik maybe bukan rezeki aku lagi utk aku mempunya seorang zuriat..
dan disebabkan itu aku suka research hal yang berkaitan zuriat..cara nak dapat zuriat..doa bagi dapat anak..waktu subur dan sebagainya..
dan inilah hasilnya..aku jumpa satu tip yang aku rasa terbaiklah..aku suka bacanya...nak tau tip ape..jom kite tengok..
Amalan mendapatkan zuriat :
1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap awal pagi - utk sisuami.
2. Buat senaman batin tiap2 kali bangun tidur waktu pagi-utk lelaki.
3.Amalkan bersedekah setiap hari jumaat,bila ke masjid insyaallah jika diamalkan berhasil.
4. Doa Nabi Zakaria.
5. Surah Al Waqiah selepas subuh.
6. Lepas Maghrib amalkan Al Mulk (Kekuasaan Allah).
7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.
Diet Pemakanan :
1. Badam (almond) 5 biji tiap hari.
2. Buah delima.
3. Buah Zaitun.
4. Buah Kurma.
5. Jauhkan / pantang makan benda2 yang masam,nanas,minuman bergas..pendek kata benda yang berasid, jgn mkn seafood, boleh ambil spirulina setiap hari, makan sayur dan buah buahan.Suami perlu banyak makan berasid macam daging,ayam etc.
6. Jangan minum air kelapa.
Cara Senaman Batin :
1. Duduk bersila badan tegak.
2. Selepas itu luruskan kaki kanan kedepan.
3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pegang lutut kiri..tarik nafas dalam2 (perlahan2)
4. Setelah nafas penuh didada.bawa tangan kiri tadi kesebelah sehingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas, tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
5.Ulangi perkara di atas dengan kaki kiri pula.
6. Buat 3 kali / 7 kali setiap kali lepas sembahyang subuh.jika betul caranya peluh akan keluar walaupun baru buat 3 kali. (3 kali kiri..3 kali kanan).
Masa Berjimak
Sabda Rasulullah s.a.w. "WAHAI ALI! PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S".
1.Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah.Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.
2. Jangan berjimak antara azan & iqamah.Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
3.Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua2 berwuduk.Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
4.Jangan berjimak pada pertengahan nisfu syaaban.Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
5.Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari).Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.
6.Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tangannya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.
7.Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng.Jika Allah mengurniakan anak,nanti anak itu menjadi seorang munafik,pelampau yang melewati batas.
8.Jangan berjimak dengan isterimu pada malam hendak keluar bermusafir.Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.
9.Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam.JIka Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.
10.Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang ahli sihir,sunglap dan mengkehndaki dunia daripada akhirat.
Cara Berjimak Yang Dituntut.
1.Berjimak pada malam isnin.Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian
Allah s.w.t.
2.Pada malam selasa.Jika ALlah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah.dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin.Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang,bersih lidahnya daripada mengumpat berdusta dan mengadu domba.
3.Pada malam khamis.Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana atau orang alim dikalangan orang alim.
4.Sewaktu matahari ditengah langit.Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta ALlah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
5.Pada malam Jumaat,Jika ALlah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato berwibawa dan petah.
6.Hari Jumaat selepas asar.Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal,masyor dan alim.
7.Malam Jumaat selepas isyak yang akhir.Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
8.Bacalah doa berlindung dari syaitan.Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.
Inilah antara tip2 untuk mendapatkan zuriat..Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan..Semoga dengan tip ini bolehla kita sama2 amalkannya..Insyaallah..

2 comments:

puan farah said...

farah yg kawen bru 2bln xpregnant lg pun org dh kecoh..bru 2bln..sape taknak ank kan..ank tu pngikat ksh syg..

ayucinta said...

BETUL TU FARAH...sape yg x nak anakkan..sape yg buang anak tu orang yang sangat bodo..