Saturday, August 21, 2010

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI AYUCINTA.

Salam..wahh tajuk di atas macam best je..siap ada nama aku lagi..padahal da 11 hari puasa baru pertama kali ni aku masak..ekekke..ops!!bukan aku malas ok cuma aku segan cikit je..eh2..x la..sbb aku bz dengan keje..balik je keje da lewat ptg so aku n hubby ambik keputusan beli je lauk tunjuk kat bazar tu.lagipun sekarang bazar da banyak dan pilihan jenis lauk pun banyak..kalau x de orang nak beli nanti x habis pulak lauk dorang.betul x??so aku beli..hehehe..
harini hari jumaat seperti biasa kedah dan sewaktu dengannya cuti..so aku ambik keputusan nak masak.lagipun harini aku berbuka kat umah mertua.jadi apa salahnya aku bawak resepi aku ni ke rumah mertua..nak masak rumah mertua malu..hik3..fikir punya fikir nak masak apa akhirnya aku ambik keputusan nak buat ayam masak lemak cili api.entah sedap entah tidak.kalau bulan x puasa boleh jugak rasa merasa.so aku bedal je la..pagi2 lagi aku dengan hubby keluar pergi cari ayam.aku pergi beli kat TESCO MERGONG..ramai gila harini.parking atas bawah penuh..so bila da beli semua perkakas aku pun pulang..macam karangan le pulak..
okla..dipendekkan cite aku pun mula memasak..sebelum tu jom tengok bahan2nye...
BAHAN-BAHAN : -Ayam setengah ekor -Santan RM1.00 -Serai 2 batang - DIKETUK saja ok. -Asam keping -Garam -Ubi Kentang -Cili Api - dikisar -Kunyit Hidup - dikisar CARA MEMBUATNYA : -Masukkan ayam,garam,cili api & kunyit hidup (yang dikisar) dan serai. -Masak sebentar sebentar sehingga mendidih. -Masukkan ubi kentang dan gaul. -Setelah itu masukkan santan,air dan asam keping. -Gaul selalu supaya santan tidak pecah minyak. -Apabila mendidih dan ayam pun dah masak tutupla api. Haaa senang dan mudahkan..Inilah resepi AYAM MASAK LEMAK CILI API AYUCINTA.
Ayam : Bahan yang paling penting.ekekeke...
Kalau x nak ayam nak gantikan dengan daging pun boleh.
Abaikan periuk tu ye.:)
Perah kelapa.ha air tangan ni yang sedapkan..fresh gitu.eh tu tangan sape tu..rahsiaaa... Ubi kentang dipotong mengikut citarasa anda.
Serai diketuk ye.
Cabai melaka.ops cili padi dan kunyit hidup di kisar.
Jennggg..da siap..ala..x sempat nak tangkap gambar yang dihidang.gambar tengah masak pun jadila ye..:)
Sekian terima kasih.
Jumpa lagi..)

No comments: