Friday, August 13, 2010

RESEPI ACAR BUAH.Nyum..nyum..

Salam semua..sedapnye resepi ACAR BUAH ni..kalau bulan puasa x de makanan ape makan acar ni pun jadila..expecially kalau bangun sahir..korang pernah makan x??cube dulu..memang sedap...nak tahu x macam mana nak buat die..jom kite tengok resepi di bawah ni..
RESEPI ACAR BUAH
BAHAN-BAHAN :
500 gm buah campur (kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma dan lobak asin.Dipotong kecil)
Sedikit cili api
belimbing kecut (belimbing yang telah dijerukkan dan dijemur sampai kecut)
jerul limau
BAHAN DIKISAR :
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10cm halia
100gm cili kering 3 s/b rempah kari ikan (goreng tanpa minyak)
500gm minyak
500gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan (goreng tanpa minyak)
CARA MENYEDIAKAN :
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2.Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3.Masukkan semua buah cumpur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4.Sejukkan baru dimasukkan kedalam bekas kering.
5.Bila nak hidangkan barulah tabur bijan yang digoreng tadi.
Haa..macam mane??nak cuba x??cubalah..mesti sedapp..
~SELAMAT MENCUBA~

No comments: