Monday, August 9, 2010

PPD PENDANG & TIP TEMUDUGA DENGAN KERAJAAN.

-Pic masa interview..hehhee..-
Salam..SALAM RAMADHAN semua..
hari ni rasa bersemangat pulak nak update pasal opis ku ni..aku rasa korang semua da tahu kan tempat aku bekerja.ha x tau lagi..oh ye aku keje dekat Pejabat Pelajaran Daerah Pendang.Aku sebenarnye masih baru di sini..eh baru ke..baru le..baru nak masuk 4 bulan..tapi aku rasa da macam 4 tahu..haha..kenapa??sebab semua staff dalam opis ni ramah2 belaka.so perasaan maluku hilang begitu saja macam dynamo..hehehe..
aku disini bukan sebagai seorang guru aka cikgu..muka aku muka cikgu ke??jgn nak perasan ye pn ayu..sebenarnye aku hanyalah tukang sapu sampah disini..eh..
betulla..apa pulak tipu..
Alhamdulillahla aku dapat balik ke kedah ni dan bekerja di PPD ni.suka sangat..dulu masa duk KL dan berjauhan dengan hubby asyik sebut nak tukar je kan..sekarang ni da tukar..alhamdulillah..masa kat kl dulu aku kerja dengan JKR..awal dulu kontrak lepas tu aku dapat serap tetap.masa kat sana dulu aku as a technician an architecture..ewahh mat salleh..hahaha..then bile tukar je ke PPD aku pun tukar kerjaya..dari juruteknik aku turun ke tukang sapu..ohh gajuki juga turun dengan mendadaknye..emm..biarlah janji aku bahagia dan tak payah ulang alik tiap2 minggu dari kl ke kedah..every week ok aku berulang..penat hanya tuhan saja yang tahu..dan yang paling penting aku dapat kawan2 yang best..lain sangat masa aku duk kl..kawan2 yang dapat menggembirakan hati aku..memang lainla..betul x tipu..
emm..aku kira bernasib baikla..after je aku abes study kat poli aku terus bekerja dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar..Kat sana pun best sebab ada kak ina..aku keje selama 2 tahun disana sebelum aku mendapat JKR..dan aku dapat JKR kontrak selama 8 bulan sebelum aku diserap ke jawatan tetap.Sebelum tu aku dapat lagi interview dengan Kem Perumahan jawatan Pembantu Teknik Senibina aka sekarang ni Pen Pegawai Senibina.Aku pergi je tapi lepas je dpt no giliran nak interview aku balik..sebenarnye aku takot..hehehe..lepas tu dalam aku keje tetap tu aku dapat lagi keje tetap dengan pelajaran.alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan.kini aku harap aku dapat kuatkan semangat ku untuk sambung study walaupun teramatlah malas..
dan dalam aku duk keje ni pun aku ada apply Penolong Pegawai SeniBINA dekat Insaniah..ha tu baru betul2 jawatan aku..hehee..tapi x pela..selagi tertulis rezeki aku di PPD ni aku akan sehabis mungkin bekerja dengan lebih baik..insyaallah..
pesanan ku untuk adik2..kakak2..abang2..kerjala ape sekalipun walaupun tak sama taraf dengan ijazah kita kerana semua itu adalah rezeki yang ALLAH telah tetapkan..Mungkin ada hikmah disebalik semuanya..siapa tahu..jangan terlalu memilih kerja kerana kelak nanti anda yang merana..ewaaahhh..
ehh..di kesempatan ni ayu nak bagi tip untuk interview..nak tak??mana tau kan dengan tip2 yang telah ayu buat selama ayu kerja dengan goverment ni dapat menolong anda..jom2..
1.Ambil berat adab dan tatatertib temuduga.
Firstly anda perlulah kemas masa nak p temuduga tu.Janganlah pergi pakai tshirt dan seluar jeans bagi yang lelaki.kalau boleh lelaki ni kenalah kemas dan mempunyai personaliti yang menarik.
Untuk lelaki, tali leher serta kasut, baju dan seluar yang berpadanan manakala untuk wanita, pemakaian eksekutif yang bersesuaian. Jangan segan silu untuk memakai kot atau blazer, kerana ia bukan sesuatu yang anda akan lakukan setiap hari. Pastikan anda datang awal ke sesi temuduga, lengkap dengan segala dokumen yang diperlukan.
(Contoh pakaian seperti gambar di atas..hahaha)
2.Tahu tugas dan peranan anda.
Yang ni penting tau.anda kenalah rajin sikit dalam bab ni.ha anda kenalah semak semula jawatan yang dipohon dan senaraikan tugas dan peranan yang dipikul.Selain tu bacalah juga yang x da kena mengena pun.pernah dulu masa interview Kem Belia dan Sukan aku ditanya siapa menteri besar kedah,ada berapa DUN dalam kawasan parlimen alor star..ha sape nak jawab..nasib baiklah aku orang kedah.aku tahulah jawapan bagi menteri besar kedah tu.tapi yang dun tu macam mana..haa..tip penting ni..masa kawan2 anda keluar selepas interview masa tu tanyala dorang "eh depa tanya apa??"tu penting..sebab masa yang dun tu selepas ja mamat tu keluar aku pn tanya depa tanya apa..dia cakap tanya dalam parlimen langkawi ada berapa DUN..ha kat situla aku baru tau Aloq Stuck ADA 3 DUN..haha..jawapan 5 minit sebelum dipanggil tu.. COntoh soalan lain : Jika ditanya, “Pada pandangan anda, apakah tugas tugas jawatan seorang Pegawai Penyelia seperti yang anda pohon sekarang?”, perkara terakhir yang anda inginkan berlaku adalah gagal menjawab soalan di atas dan hanya kelu tidak terkata di hadapan penemuduga. Dapatkan maklumat dari beberapa sumber seperti laman web, buku panduan, rakan rakan serta ahli keluarga yang bekerjaa dengan kerajaan.
COPP2..masa aku kena interview dgn SPP keje aku sekarang ni aku ditanya berikan RUKUN IMAN..nasib baik da ada dalam kepala..So bacala ye walaupun kadang2 ada soalan yang x ada dalam jawatan.
3. Buat kajian mengenai struktur & organisasi pentadbiran kerajaan
Ha..yang ni pun penting tau..Dulu aku time nak interview ja mesti print n print senarai nama menteri.lepas tu hafal la satu2 walaupun aku tahu dorang tu nak tanya satu ja. Buat sedikit kajian mengenai beberapa jabatan atau kementerian terutamanya tugas tugas yang dipikul oleh jabatan yang berlainan. Buat perbandingan dengan pentadbiran negeri (dan sebagainya) untuk memahami perbezaan dari segi struktur dan fungsi. Ini terutamanya penting untuk mereka yang bakal menghadiri temuduga PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).
4. Ambil tahu isu semasa dan terkini Seorang kakitangan kerajaan perlu sentiasa peka dengan perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang berlaku di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, penemuduga mungkin bertanyakan pendapat anda tentang dasar dasar luar Amerika yang diamalkan oleh Presiden barunya Barrack Obama. Manakala, dari konteks dalam negeri, anda mungkin diminta menghuraikan pandangan anda tentang konsep Satu Malaysia yang diperkenal oleh Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak.
5. Usaha jawab walaupun tidak tahu jawapan tepat
YESSS!!Kepada anda semua jawabla selagi boleh bersuara ye.. Bukan sesuatu yang memalukan jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan temuduga. Tetapi, jangan sekadar menjawab “maaf, saya tidak tahu”. Sebaliknya, cuba terangkan sejauh mana yang anda tahu dan tunjuk usaha kepada penemuduga bahawa anda sanggup bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau maklumat. Sebenarnya, selain daripada menguji pengetahuan, penemuduga ingin mengetahui sejauh mana usaha atau inisiatif anda mencuba. Mereka juga ingin bersemuka dengan calon pekerja yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan mereka yang boleh membuat analisa kepada sesuatu persoalan dan isu.
Yesss...di atas 5 perkara yang perlu anda ambil tahu ye nak interview..so selamat mencuba dan good luck ye...
Pejabat Pelajaran Daerah Pendang
Besttttttt...
.......................

2 comments:

zafairMAS_shakleeSITE said...

Assalam.. hai, alhamdulillah.. murah sungguh rezeki awk.. memana ade saje offer dari gov.. :)

Nurani SHAKLEE said...

thanks untuk tips ini.

saya ada interview kastam.

1st time nak merasa iv gov..hehe