Monday, August 23, 2010

PELBAGAI TIP PENJAGAAN RAMBUT.

Salam..weee ayu betul2 x dak keje ni..godek punya godek tenet ni ayu jumpa petua untuk pelbagai jenis rambut..iaitu tip penjagaan pelbagai jenis rambut.jomla kita usha2 tengok.mana tahu kan boleh ambik panduan2 ni...jomla..

MASALAH UBAN Ambil sebiji kelapa tua diparut dan ambil santan pekatnya.Didihkan hingga keluar minyak.Tuangkan minyak itu ke dalam botol dan rendam bersama halba.Gunakan minyak ini setiap hari.Uban anda akan berkurangan dan rambut anda akan hitam semula. LURUSKAN RAMBUT KERINTING Rambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik.Untuk cuba meluruskan rambut cubalah petua ini.Parut sebiji kelapa tua,ambil santan perahan pertama menggunakn segelas air suam.Campurkan santan dengan perahan air limau nipis,kemudian simpan dalam peti sejuk.Gunakan santan ini sebagai krim rambut.Sapukan ke rambut dengan cermat kemudian cuci bersih.Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya. HAPUSKAN KUTU Ambil sebiji buah nona,dibasuh dan ditumbuk hingga halus.Campurkan dengan sedikit air.Kemudian sapu ramuan ini dikepala.Tutup dengan tuala suan dan biarkan selama 15-20 minit dan bilas. YOGURT LEMBUTKAN RAMBUT Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan.Bancuh dengan air suam lebih kurang 60 celcius.Kacau dan perahkan air limau nipis.Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6 jam.Apabila pekat bolehlah dilumurkan pada rambut anda.Biarkan selama sejam dan bilas.Amalkan selalu.Insyaallah rambut akan semakin lembut dan mudah lurus. KEGUGURAN RAMBUT Kisar biji halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut.Selepas itu biarkan selama setengah jam baru dibilas dengan air bersih.Amalkan seminggu sekali.Pasti rambut anda akan menjadi bersinar serta tiada masalah keguguran. MERAWAT RAMBUT BERBUAH DAN BERCABANG Petua 1 : Ramas daun pinang.Kemudian,campurkan sedikit garam kasar dalam air.Sapukan pada rambut.Biarkan 30 minit.Bilas dengan air bersih.Lakukan 2 minggu sekali.

Petua 2 : Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda.Tunggu sehingga sejam baru di basuh dan dibilas. MELEMBUTKAN RAMBUT Petua 1 : Ambil secekak kangkung dan bersihkan.Masukkan dalam bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir.Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika.Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.

Petua 2 : Kisar 5 biji limau nipis bersama dengan kulitnya hingga halus.Tapis dan sapukan airnya di kepala ketika mandi dan perapkan seketika.Kemudian,cuci bersih.Petua ini membuat rmbut anda lembut beralun malah menghilangkan kelemumur. MELURUSKAN RAMBUT Petua 1 : Perah sebiji kelap dan ambil patinya sahaja.Campurkan dengan air limau nipis.Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim.Gunakan krim ini untuk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya.Tutup kepala dengan tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dengan bersih.Lakukan 3 kali seminggu.Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

PETUA 2 : Basuh rambut anda dengan air nanas yang manis.Peram air nanas itu semalaman.Selepas itu lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit.Kemudian basuh dengan syampu sehingga bersih. MENGHILANGKAN KELEMUMUR Perahkan air limau purut/nipis di atas kulit kepala.Lumurkan rata dan biarkan beberapa jam.Untuk hasil yang lebih baik,biarkan rambut anda diperapkan dengan tuala.Basuh degan air suam.Selain itu, petua ini berguna untuk mengurangkan pening kepala.

No comments: