Monday, August 30, 2010

MENU HARI INI : DAGING MASAK KICAP.

Salam semua..Menu ni menu semalam..tapi ayu tak sempat nak update..aishhh sejak 2 menjak ni amatla bz..tak tahulah kenapa..kadang2 tu cuti pun rasa macam tak cuti je.terkejar sana terkejar sini..haa hari ni cuti merdeka barulah boleh update sebab tak keluar mana mana..hubby keje..ok semalam ayu masak daging masak kicap.alah biasa2 je..ingat nak masak ayam tapi dah selalu sangat ayam..so ayu pun masakla daging masak kicap..jom kite tengok bahan2 yang perlu disediakan..
Firstly mestilah sediakan daging.Daging tersebut perlulah direbus terlebih dahulu supaya ia empuk ye adik2 kakak2 sekalian..Air tu agak2la ye. Kemudian sediakan kulit kayu manis,sedikit bunga lawang,sedikit bunga cengkih,bawang merah,bawang putih,halia,sos tiram,kicap dan cili padi.Untuk cili padi tu ikot korang lah ye.kalau nak lagi pedas bolehla masukkan banyak.kalau tak nak pedas tak masukkan pun tak pe.
Bahan2 di atas tadi.
Yang dalam mangkuk tu hasil kisaran bawang merah,bawang putih dan halia.
Dua hasil yang berbeza.
Gambar disebelah kiri tu daging yang tengah di gaul bersama
bunga lawang,kulit kayu manis dan bunga cengkih.
Gambar kanan hasil apabila kicap dan sos tiram.J
angan lupa masukkan cili padi yang telah dihiris tadi ye.
Haaa...da siap..Inilah hasilnya..
ok..jom kite tengok bahan-bahan dan cara membuatnye dengan lebih detail dibawah ye.
Bahan-bahan :
500 gm daging
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit cili padi
3 sudu besar kicap
3 sudu besar sos tiram
Sedikit bunga cengkih,bunga lawang dan kulit kayu manis
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya :
1.Rebus daging.
2.Kisarkan bawang merah,halia dan bawang putih.
3.Tumis bunga lawang,bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
4.Kemudian masukkan halia dan bawang yang dikisar tadi hingga menjadi kemerahan.
5.Masukkan daging bersama air daging dan kacau selama 5 minit atau sehingga mendidih.
6.Masukkan kicap,sos tiram dan cili padi yang dihiris.
7.Masukkan sedikit garam atau serbuk perasa secukupnya.
8.Gaulkan sehingga mendidih atau selama 7 minit.
Sedia dihidangkan.
~SELAMAT MENCUBA~

2 comments:

bardboo said...

wow simple je ni..nak cuba!! tp kene g bl dgg dl..hehe

ayucinta said...

aa..simple je..cubala..:)