Tuesday, August 31, 2010

MENU HARI INI : IKAN MASAK 3 RASA

Salam..weee...nyum3..macam mane berbuka tadi??korang makan ape??cehceh..mesti makan sedap2 kan..Haaa..hari ni ayu masak IKAN MASAK 3 RASA...Itupun sebab mak nak datang berbuka kat rumah.Ingat tu tak nak masak da sebab letih dan dahaga sangat.hehehe..Disebabkan ikan ni jugakla tangan aku jadi hitam..huhuhu..minyak ikan ni meletop terkena tangan n leher aku..adoiii...pedih sangat..tapi still boleh update lagi menu untuk hari ini..ok jom kite tengok ek..

Sediakan hirisan carrot.selain carrot korang boleh tambah bahan lagi tau.Contohnye macam bunga kubis atau jagung.

Hiris cili padi,serai,bawang merah,bawang putih dan halia.

Cili kering dikisar

Sediakan ikan.Ini yang paling penting.hehehe..

Ikan digoreng dengan minyak banyak sedikit ye supaya tidak melekat.

Ikan yang telah siap digoreng
Sekarang jom kite tengok cara memasak dengan lebih detail ye.
Bahan-bahan :
BAHAN A
1 ekor ikan siakap
Garam
Kunyit
Minyak Masak
BAHAN B
2 Biji bawang merah
1 Ulas bawang putih
1 ketul halia
3 batang serai
(Semua bahan di atas perlu dihiris halus dan digoreng hingga garing)
BAHAN C :
4 Sudu cili kering
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Gula,Garam dan daun limau purut
BAHAN D :
Carrot
Jagung
Bunga Kubis
Cara membuatnye :
Goreng ikan yang telah digaul dengan garam dan kunyit tadi (BAHAN A)
BAHAN B yang telah digoreng tadi dicampur dengan BAHAN C.
Kemudian masukkan sedikit air supaya tidak terlalu likat.
Kemudian setelah bahan di atas naik bau masukkan BAHAN D dan gaul lebih kurang 7 minit.
Kemudian angkat dan tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

Jeng..jeng..jeng..da siap..

~SELAMAT MENCUBA~

Monday, August 30, 2010

MENU HARI INI : DAGING MASAK KICAP.

Salam semua..Menu ni menu semalam..tapi ayu tak sempat nak update..aishhh sejak 2 menjak ni amatla bz..tak tahulah kenapa..kadang2 tu cuti pun rasa macam tak cuti je.terkejar sana terkejar sini..haa hari ni cuti merdeka barulah boleh update sebab tak keluar mana mana..hubby keje..ok semalam ayu masak daging masak kicap.alah biasa2 je..ingat nak masak ayam tapi dah selalu sangat ayam..so ayu pun masakla daging masak kicap..jom kite tengok bahan2 yang perlu disediakan..
Firstly mestilah sediakan daging.Daging tersebut perlulah direbus terlebih dahulu supaya ia empuk ye adik2 kakak2 sekalian..Air tu agak2la ye. Kemudian sediakan kulit kayu manis,sedikit bunga lawang,sedikit bunga cengkih,bawang merah,bawang putih,halia,sos tiram,kicap dan cili padi.Untuk cili padi tu ikot korang lah ye.kalau nak lagi pedas bolehla masukkan banyak.kalau tak nak pedas tak masukkan pun tak pe.
Bahan2 di atas tadi.
Yang dalam mangkuk tu hasil kisaran bawang merah,bawang putih dan halia.
Dua hasil yang berbeza.
Gambar disebelah kiri tu daging yang tengah di gaul bersama
bunga lawang,kulit kayu manis dan bunga cengkih.
Gambar kanan hasil apabila kicap dan sos tiram.J
angan lupa masukkan cili padi yang telah dihiris tadi ye.
Haaa...da siap..Inilah hasilnya..
ok..jom kite tengok bahan-bahan dan cara membuatnye dengan lebih detail dibawah ye.
Bahan-bahan :
500 gm daging
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit cili padi
3 sudu besar kicap
3 sudu besar sos tiram
Sedikit bunga cengkih,bunga lawang dan kulit kayu manis
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya :
1.Rebus daging.
2.Kisarkan bawang merah,halia dan bawang putih.
3.Tumis bunga lawang,bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
4.Kemudian masukkan halia dan bawang yang dikisar tadi hingga menjadi kemerahan.
5.Masukkan daging bersama air daging dan kacau selama 5 minit atau sehingga mendidih.
6.Masukkan kicap,sos tiram dan cili padi yang dihiris.
7.Masukkan sedikit garam atau serbuk perasa secukupnya.
8.Gaulkan sehingga mendidih atau selama 7 minit.
Sedia dihidangkan.
~SELAMAT MENCUBA~

Saturday, August 28, 2010

RUMAHKU..SYURGAKU..

Salam semua..jom nyanyi lagu raya nak tak??mood raya da tibe ni..sana sini kedengaran lagu raya..aku pun tak terkecuali nak pasang lagu raya kat office..hari ni dah 18 hari kite berpuasa.nampaknya aku tak tinggal lagi ni..insyaallah aku dapat berpuasa habis tahun ni sebab aku tak ade tanda2 bendera merah bulan ni..tak tahula kenapa...
Berbalik kepada tajuk..ha gambar di bawah ni adelah gambaran atau model rumah aku yang bakal siap tidak lama lagi.sekarang ni rumah ni dalam pembinaannya dan 60% da siap.da keliling di pasang tembok...kalau nak tahu rumah aku ni dekat dengan rumah sewa aku sekarang so boleh dikatakan setiap hari aku dan hubby lalu tengok2 rumah ni..hehhee..besttt...rumah aku ni dijangka siap bulan 10 tahun ni.tapi maybe aku dan hubby boleh duduk dalam tengah tahun depan.tak sabar rasenye nak duduk rumah sendiri hasil titik peluh kami berdua..alhamdulillah dengan rezeki dan nikmat yang diberikan olehnya.
Haaa...dalam masa rumah tengah nak siap ni aku duk berangan suda..hik3..tema rumah aku dan konsep rumah aku nanti..rumah sendiri nanti barulah bestkan nak hias ke ape ke..nak letak itu letak ini..beli itu beli ini..barulah semangat sikit..nak tahu konsep ape..tunggguuuu...nanti bile semua da selesai aku akan update..aku nak decorate sendiri rumah aku.tak payah panggil eric..hehehe..
Sekarang ni tinggal dekat rumah sewa sangatlah terhad..Inipun tuan rumah nak ambik balik rumah die lepas raya nanti sebab anak die nak duduk sini lepas diaorang kawen..adoiii kat mana la aku dengan hubby nak tinggal ni.dah la barang pun banyak ni..nak berangkat berangkut lagi..adoiii..sabar je la..Inilah masalah bile kite sewa rumah kan..bila rumah sendiri tak payah susah2 nak pindah..so hubby kenala cari rumah secepat mungkin..
Rumahku Syurgaku..Kini impian aku dan hubby bakal tercapai..Thank You Allah..
Walaupun rumah ni kecil aje tapi aku bersyukur dengan apa yang diberi olehNYA..
emm da berangan da nak letak ape kat kawasan berumput tu..

Yang kat atas tu belah kiri tu la bakal rumah aku.tengah buat.

Yang kat bawah belah kanan tu rumah contoh yang da siap.Tapi tak boleh nak masuk tengok lagi.

S.E.D.I.H

Salam allzz...hari ni ayu dae update hijab yang sangat cantik dan tudung syiria abu dhabi tau..sangat cun melecun..
macam mana puasa hari ni.da dua hari aku rasa letih sangat..aku x lapar tapi aku amat dahaga hanya tuhan yang tahu..sebelum2 ni ok je tapi semalam dengan hari ni aku tak tahu kenapa haus sangat.nak kata keluar rumah hari ni tak pun..emm..maybe aku kurang air dalam badan kot..huk3..dala pagi tadi aku nanges2 dekat hubby..tiba2 je pagi tadi aku rasa sedih sangat.
Actually aku da cek upt aku..dan seperti biasa keputusannya amatlah mengecewakan -ve..aku nangis2 kat hubby..aku sedih dan kecewa sangat.kenapala Tuhan masih belum bagi aku rezeki untuk aku mempunyai seorang anak ...seronok aku tengok member2 yang kawen sama dengan aku yang da ada anak dan tengah pregnant..sapa yang tak sedihkan..hari2 aku berdoa supaya Tuhan makbulkan permintaan aku ini..emm..tak apalah aku redha dengan segala dugaann yang diberikan olehNYA..semua tu ada hikmah disebaliknya.aku janji aku takkan sesekali lupa untuk berdoa padaNYA.."Ya Allah..berikanlah aku zuriat dan rezeki.."aminn...
Oklah berbalik pada Hijab dan Tudung SYiria Abu Dhabi yang aku update..korang boleh tengok di blogshop ayu ye..
http://shawlsayucinta.blogspot.com
HIJAB SULAM + MANIK TUDUNG SYIRIA ABU DHABI

Thursday, August 26, 2010

WOMEN IN BLACK.

Salam allz..macam mana dengan persiapan raya korang??aku mcm x raya je..ada selai je baju kurung..x de mood pulak nak raya tahun ni..entahla..kalau boleh aku nak puasa je 2 bulan..apela ko ni ayu x nak raya konon..tapi buka lagu raya sari pagi sampai balik.hahha..ni pun tengah layan lagu raya..boley gitu??
Tahun ni first time nak beraya sebagai suami isteri..ops kata kawen tahun lepas..memangla tahun lepas..tapi masa malam raya kite org da x duduk sebumbung..haaa janganla pk bukan2..actually masa raya kite orang x kenduri lagi..akad nikah je baru.so mak die cakap x elok pulak duduk sekali sebab nanti kenduri x berseri..hehhee..utk makluman kenduri aku hari raya keempat tahun lepas..jadi pagi raya after solat aidilfitri barula die datang ambik aku bawak pergi umah die..so tahun ni la tahun pertama kite org nak sambut sekali.tak sabar rasanya..malam pergi umah mak aku n umah mak die.then balik tidur umah kite orang.x delah nak gaduh2 sebab umah kami berdua dekat je..sukeee..
so sekarang ni walaupun duduk rumah sewa tapi aku semangat sikit nak mengemas rumah..aku dah ajak hubby aku dah..die cakap on je..banyak yang nak kena kemas ni..stor..bilik tudung aku yang macam tongkang pecah..bilik n ruang tamu da ok..haiissshhh kalaula rumah aku sendiri kan best..sabar ayu sabar..tak lama je lagi..insyaallah nex year beraya kat umah sendiri..besttt..
oklah..story aku kat atas ni tak ada kena mengena langsung dengan tajuk di atas..hehhee...Actually semalam masa mai opis tak sangka pulak aku pakai baju sama colour dengan cikgu nadia..hitamm..aku pakai jubah n cikgu nadia pakai blouse..sangat hitam kami semalam..tudung pun warnanye hampir sama..cube tengok pic dibawah ini..hehehe..

Women in black..bukan black metal ok..bulat nye mukaku..huk3..

aku n farah wahida.

MENU HARI INI : AYAM MASAK MADU & SUP SAYUR

Salam..hari ni ayu terlebih rajin..hik3...balik je opis terus masak..da x tukar baju da..terus masuk dapur n potong apa yang patut..resepi ayam madu ni aku ambik dekat kakak opis..so semalam aku dengan hubby pergila beli barang di TESCO..emm alhamdulillah hubby aku suka..katanye sedap..bukan hubby aku je makan tapi kawan aku n hubbynye pun datang..sebelum berbuka semalam aku ckp kat dorang makan tu tutup hidung..sebab ape..hehhehe..sebab takut x sedap..selain ayam madu aku masak sup sayur n goreng telur..jomla kita tengok resepi ayam madu ayu ni..hehehe...
AYAM MASAK MADU
Sori gambar guna hanfun je..
Bahan-bahan
Setengah ekor ayam
3 sudu besar Serbuk cili
2 Susu Besar Sos tomato
Sehelai Daun pandan
Sedikit Daun Kari
2 butir Bunga Lawang
2 tangkai Kulit Kayu Manis
2 sudu besar Madu
Halia
Bawang putih
Bawang besar dipotong bulat
Garam secukup rasa
Cara membuatnya
Ayam digoreng terlebih dahulu.
Serbuk cili dan sos tomato digaul sekali.
Halia dan bawang putih dikisar.
Tumiskan daun pandan,kari,kulit kayu manis,bunga lawang dan bawang besar hingga kemerahan.
Masukkan halia dan bawang putih yang dikisar tadi.Gaul sebentar.
Kemudian masukkan sos tomato dan serbuk cili yang dicampur tadi.Gaul sebentar.
Masukkan madu dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tadi.
SIAPPP...
Senang je kann..:)
Sup sayur..nyummm2...
Bile da habis makan je hubby cakap pandai sayang masak..hehhee..tq abg..i love u..nanti ayu masakkan ikan 3 rasa pulak ye..wahhh kenapala sejak akhir2 ni aku suka sangat masak.kalau tak jangan harap le balik opis nak masak..hehehe...makan luar je..baguskan..tapi x pe hubby faham.lagipun tempat keje jauh..so bile balik je mmg x larat..
okla nak fikir hari ni nak masak ape pulak..ops!!hari ni hubby ajak berbuka dekat opis die..emm nak pergi ke tak ye..malu la..:)

Monday, August 23, 2010

PELBAGAI TIP PENJAGAAN RAMBUT.

Salam..weee ayu betul2 x dak keje ni..godek punya godek tenet ni ayu jumpa petua untuk pelbagai jenis rambut..iaitu tip penjagaan pelbagai jenis rambut.jomla kita usha2 tengok.mana tahu kan boleh ambik panduan2 ni...jomla..

MASALAH UBAN Ambil sebiji kelapa tua diparut dan ambil santan pekatnya.Didihkan hingga keluar minyak.Tuangkan minyak itu ke dalam botol dan rendam bersama halba.Gunakan minyak ini setiap hari.Uban anda akan berkurangan dan rambut anda akan hitam semula. LURUSKAN RAMBUT KERINTING Rambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik.Untuk cuba meluruskan rambut cubalah petua ini.Parut sebiji kelapa tua,ambil santan perahan pertama menggunakn segelas air suam.Campurkan santan dengan perahan air limau nipis,kemudian simpan dalam peti sejuk.Gunakan santan ini sebagai krim rambut.Sapukan ke rambut dengan cermat kemudian cuci bersih.Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya. HAPUSKAN KUTU Ambil sebiji buah nona,dibasuh dan ditumbuk hingga halus.Campurkan dengan sedikit air.Kemudian sapu ramuan ini dikepala.Tutup dengan tuala suan dan biarkan selama 15-20 minit dan bilas. YOGURT LEMBUTKAN RAMBUT Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan.Bancuh dengan air suam lebih kurang 60 celcius.Kacau dan perahkan air limau nipis.Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6 jam.Apabila pekat bolehlah dilumurkan pada rambut anda.Biarkan selama sejam dan bilas.Amalkan selalu.Insyaallah rambut akan semakin lembut dan mudah lurus. KEGUGURAN RAMBUT Kisar biji halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut.Selepas itu biarkan selama setengah jam baru dibilas dengan air bersih.Amalkan seminggu sekali.Pasti rambut anda akan menjadi bersinar serta tiada masalah keguguran. MERAWAT RAMBUT BERBUAH DAN BERCABANG Petua 1 : Ramas daun pinang.Kemudian,campurkan sedikit garam kasar dalam air.Sapukan pada rambut.Biarkan 30 minit.Bilas dengan air bersih.Lakukan 2 minggu sekali.

Petua 2 : Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda.Tunggu sehingga sejam baru di basuh dan dibilas. MELEMBUTKAN RAMBUT Petua 1 : Ambil secekak kangkung dan bersihkan.Masukkan dalam bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir.Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika.Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.

Petua 2 : Kisar 5 biji limau nipis bersama dengan kulitnya hingga halus.Tapis dan sapukan airnya di kepala ketika mandi dan perapkan seketika.Kemudian,cuci bersih.Petua ini membuat rmbut anda lembut beralun malah menghilangkan kelemumur. MELURUSKAN RAMBUT Petua 1 : Perah sebiji kelap dan ambil patinya sahaja.Campurkan dengan air limau nipis.Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim.Gunakan krim ini untuk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya.Tutup kepala dengan tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dengan bersih.Lakukan 3 kali seminggu.Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

PETUA 2 : Basuh rambut anda dengan air nanas yang manis.Peram air nanas itu semalaman.Selepas itu lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit.Kemudian basuh dengan syampu sehingga bersih. MENGHILANGKAN KELEMUMUR Perahkan air limau purut/nipis di atas kulit kepala.Lumurkan rata dan biarkan beberapa jam.Untuk hasil yang lebih baik,biarkan rambut anda diperapkan dengan tuala.Basuh degan air suam.Selain itu, petua ini berguna untuk mengurangkan pening kepala.

Saturday, August 21, 2010

TIPS MENCUCI TUDUNG.

Salam semua..sekarang ni banyak tip yang ayu bagi ek..hehe..bukannye untuk menunjuk2 atau ape..x de maksud langsung.macam tip yang arini ayu nak bagi pasal mencuci tudung.yela sekarang ni boleh dikatakan majoriti kita bertudung dengan pelbagai jenis tudung.jadi apa salahnya kalau ayu nak share dengan korang TIP MENCUCI TUDUNG ni..

a.Tudung dari bahan polyster

1.Rendamm berasingan dengan air bersih yang telah dicampurkan dengan detergen secukupnya selama 15 minit.Cuci dengan tangan kemudian bilas dan perah.

2.Jangan berlebih menggunakan pelembut kain agar tidak cepat berbulu.

3.Keringkan di bawah matahari agar bau tidak melekat jika berkeadaan lembap.

4.Segera dicuci atau rendam jika terkena kotoran.

5.Setelah kering,seterika cara terbaik agar hiasan tidak rosak .kemudian gantung atau lipat.

b.Tudung dari bahan sutera.

1.Rendam berasingan dengan air bersih bercampur syampu air.

2.Tidak perlu cucian tangan,cukup dengan merendamnya selama 20 minit.

3.Celup ke dalam air bersih dan bilas tanpa memerahnya.

4.Segera dicuci apabila terkena kotoran.

5.Keringkan dengan mengangin tangan tanpa melipatnya (sepit dihujung),seterika dan gantung.

C.Tudung dari bahan kapas.

1.Rendam dengan air bersih dicampurkan dengan detergen selama 15 minit.

2.Kocak-kocakkan didalam air,bilas bersih dan diperah perlahan.

3.Keringkan dibawah matahari (jangan terlalu kering) kemudian seterika dan gantung.

d.Tudung dari bahan tenunan.

1.Rendam dengan air bersih bercampur detergen selama 15 minit.

2.Kocak-kocakkan kemudian bilas dengan air bersih dan perah.

3.Jika terkena kotoran segera cuci kerana kotoran mudah meresap pada kain tenunan.

4.Keringkan di bawah matahari kemudian diseterika (jgn terlalu panas) dan digantung.

e.Tudung dari bahan pashmina

1.Rendam dengan air bersih bercampur sedikit detergen selama 15 minit.

2.Dikocak perlahan,bilas dengan air bersih dan diperah.

3.Keringkan ditempat teduh,seterika cara terbalik dan digantung.

Haaaa...inilah serba sedikit tips mencuci tudung

~SELAMAT MENCUBA~

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI AYUCINTA.

Salam..wahh tajuk di atas macam best je..siap ada nama aku lagi..padahal da 11 hari puasa baru pertama kali ni aku masak..ekekke..ops!!bukan aku malas ok cuma aku segan cikit je..eh2..x la..sbb aku bz dengan keje..balik je keje da lewat ptg so aku n hubby ambik keputusan beli je lauk tunjuk kat bazar tu.lagipun sekarang bazar da banyak dan pilihan jenis lauk pun banyak..kalau x de orang nak beli nanti x habis pulak lauk dorang.betul x??so aku beli..hehehe..
harini hari jumaat seperti biasa kedah dan sewaktu dengannya cuti..so aku ambik keputusan nak masak.lagipun harini aku berbuka kat umah mertua.jadi apa salahnya aku bawak resepi aku ni ke rumah mertua..nak masak rumah mertua malu..hik3..fikir punya fikir nak masak apa akhirnya aku ambik keputusan nak buat ayam masak lemak cili api.entah sedap entah tidak.kalau bulan x puasa boleh jugak rasa merasa.so aku bedal je la..pagi2 lagi aku dengan hubby keluar pergi cari ayam.aku pergi beli kat TESCO MERGONG..ramai gila harini.parking atas bawah penuh..so bila da beli semua perkakas aku pun pulang..macam karangan le pulak..
okla..dipendekkan cite aku pun mula memasak..sebelum tu jom tengok bahan2nye...
BAHAN-BAHAN : -Ayam setengah ekor -Santan RM1.00 -Serai 2 batang - DIKETUK saja ok. -Asam keping -Garam -Ubi Kentang -Cili Api - dikisar -Kunyit Hidup - dikisar CARA MEMBUATNYA : -Masukkan ayam,garam,cili api & kunyit hidup (yang dikisar) dan serai. -Masak sebentar sebentar sehingga mendidih. -Masukkan ubi kentang dan gaul. -Setelah itu masukkan santan,air dan asam keping. -Gaul selalu supaya santan tidak pecah minyak. -Apabila mendidih dan ayam pun dah masak tutupla api. Haaa senang dan mudahkan..Inilah resepi AYAM MASAK LEMAK CILI API AYUCINTA.
Ayam : Bahan yang paling penting.ekekeke...
Kalau x nak ayam nak gantikan dengan daging pun boleh.
Abaikan periuk tu ye.:)
Perah kelapa.ha air tangan ni yang sedapkan..fresh gitu.eh tu tangan sape tu..rahsiaaa... Ubi kentang dipotong mengikut citarasa anda.
Serai diketuk ye.
Cabai melaka.ops cili padi dan kunyit hidup di kisar.
Jennggg..da siap..ala..x sempat nak tangkap gambar yang dihidang.gambar tengah masak pun jadila ye..:)
Sekian terima kasih.
Jumpa lagi..)

Friday, August 20, 2010

Bentuk Muka PENGARUHI GAYA TUDUNG DAN SELENDANG

Salam semua..hari ni ayu nak bagi tip pakai shawls/tudung mengikut bentuk muka.Ayu ambik tip ni dari majalah DARA.COM tau...maybe ada antara korang yang x beli majalah ni.jadi apa salahnye ayu ambik dan kongsi dengan korang semua.
Jom kita tengok jom..Shawls/tudung mana yang sesuai dengan bentuk muka anda.
Bentuk muka di atas adalah bentuk muka oval.
Bentuk muka oval biasanya boleh dikatakan bentuk idaman.Oleh itu,dalam menggunakan tudung,bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat mendekati bentuk muka oval.Sementara itu,bagi mereka yang mempunyai bentuk muka oval pula,mereka bebas memilih gaya bertudung,bahkan dapat mengelakkan daripada menggunakan hairband.Jadi buat penggemar selendang,mereka bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang dan boleh memilih untuk menggunakan anak tudung atau pun tidak.
Contoh aku pakai selendang untuk bentuk muka oval..eh aku ni bukan oval..contoh je..hik3..
Bentuk Muka Petak
Ciri bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama,tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar.Dalam mengenakan tudung,bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dan gunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini, perlulah bijak menggayakan selendang.Stail Selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar.Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan.
Bentuk Muka Panjang
Seperti bentuk muka segi tiga,mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagunya yang panjang.Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang.Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.Penggunaan anak tudung syiria bersama selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka panjang kerana ia dapat membantu kamu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi.Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka oval,semua jenis selendang sesuai digayakan. Contoh Tudung Syiria digayakan olehku walaupun x sesuai bangat.lalalla...
Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga,ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang.Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet.Bagi membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak tudung tersebut.
Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka oval.Bagaimanapun, cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata.Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.
Jeng..jeng...cuba jangan x cuba ye tip di atas tu.
Bentuk Muka Bulat.
Bentuk muka bulat dicirikan dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertimbung di pipi.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum menggunakan anak tudung.Pilihla anak tudung yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah.Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang.Bagi pemilihan selendang,disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan.Selandang pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang mempunyai bentuk muka bulat.Bagaimanapun , disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.
contoh pemaikaian hairband.eh kat mana nak dapatkannye..boleh dapatkan di link bawah ni ek.
Haa...itulah serba sedikit cerita tentang bentuk muka pengaruhi gaya tudung anda.
bagi mereka yang muka bentuk oval,petak,panjang,segitiga dan bulat kini jangan takut lagi ye..korang boleh cuba tip di atas tu..

Ehhh ni bentuk muka ape??haaa ni x de bentuk..agagaga...cuba la teka bentuk muka apa...

Nak dapatkan shawls/tudung yang cantik2 bolehla ke blogshop aku ye..

http://shawlsayucinta.blogspot.com

Friday, August 13, 2010

RESEPI ACAR BUAH.Nyum..nyum..

Salam semua..sedapnye resepi ACAR BUAH ni..kalau bulan puasa x de makanan ape makan acar ni pun jadila..expecially kalau bangun sahir..korang pernah makan x??cube dulu..memang sedap...nak tahu x macam mana nak buat die..jom kite tengok resepi di bawah ni..
RESEPI ACAR BUAH
BAHAN-BAHAN :
500 gm buah campur (kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma dan lobak asin.Dipotong kecil)
Sedikit cili api
belimbing kecut (belimbing yang telah dijerukkan dan dijemur sampai kecut)
jerul limau
BAHAN DIKISAR :
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10cm halia
100gm cili kering 3 s/b rempah kari ikan (goreng tanpa minyak)
500gm minyak
500gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan (goreng tanpa minyak)
CARA MENYEDIAKAN :
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2.Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3.Masukkan semua buah cumpur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4.Sejukkan baru dimasukkan kedalam bekas kering.
5.Bila nak hidangkan barulah tabur bijan yang digoreng tadi.
Haa..macam mane??nak cuba x??cubalah..mesti sedapp..
~SELAMAT MENCUBA~

Thursday, August 12, 2010

TIP KEMPISKAN PERUT..

Salam kawan2ku semua...hai2...macam mane puasa hari kedua ni???hope semuanya berjalan dengan lancar ek..aku ok je cuma letih dan mengantuk sangat kat opis tadi.maybe aku bangun sahur terus mandi n pergi keje..so nak buat keje pun malas..tunggu pukul 1 pun lambat..bunyi je punch card tu lagu isabella tanpa berlengah lagi terus aku masuk surau n ZZZZZZZZZZZzzz..tido le..best bangat sih..sedar2 da pukul 1.45..ohh aku belum solat lagi..terus bangun n solat..barula rasa segar bugar mata ni..hilang terus letih aku ni..bla..bla..bla..okla hari ni aku nak bagi tip kempiskan perut..rasanya post sebelum ni pun aku penah bagi tip ni tapi aku rasa ramai yang x sempat bacakan..so apa kata aku bagi lagi sekali..haa..tip ni bukan tujuan aku nak tunjuk2 tau..aku pun nak amalkan jugak..yela..selepas kawen ni aku rasa perut aku naik x turun2..ishhh itu sudah bahaya tu..nanti kalau sama tinggi dengan hubby aku mana boleh..dahla sekarang berat aku lebih dari dia..x bolehhhh...emmm...jom2 kite amalkan tip dibawah ni..aku copy je dari satu link ni..tapi aku da lupa link ape..nyway..tq..
6 tips kempiskan perut Masalah perut buncit, menggeleber agak kritikal, terutamanya selepas bersalin... amalkan panduan berikut untuk mengempiskan perut anda.. tanpa perlu belanja mahal....

1. Betulkan postur badan anda.Ketika berdiri tegak, selarikan telinga, bahu, punggung, lutut dan tumit. Buka dada dan hela bahu ke belakang, bayangkan bahu anda seperti penyangkut baju. Perut kempis dengan merapatkan pusat dengan tulang belakang. Pastikan berat badan disokong rata oleh tumit dan keseluruhan tapak kaki. 2. Bersenam, tetapi jangan hanya fokus kepada bahagian tertentu (seperti perut). Pakar mengesyorkan Pilates kerana fokusnya meliputi perut, lengan, kaki, belakang, paha dan pinggul. 3. Lihat apa yang anda makan, bagaimana dengan penghadaman. Kurangkan makan dan banyakkan bergerak. Lebih kalori perlu bakar daripada yang diambil. 4. Kasut? Keahlian jim? Tak perlu.Kuatkan perut anda semasa berjalan-jalan, atau semasa berdiri di keramaian... tarik nafas untuk merapatkan pusat dengan tulang belakang. 5. Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam. Perlahan-lahan... tetapi istiqamah. 6. Tetapkan matlamat yang munasabahGenetik juga mainkan peranan. Jika ibu bapa anda berbadan besar, hampir mustahil untuk anda mendapat badan seperti supermodel. Tapi setidak-tidaknya anda tidak tergolong dalam golongan 3G.

Lihat perutku...
Semoga di bulan yang mulia ni dapatla aku kempiskan perutku ini..hik3..

Wednesday, August 11, 2010

SEHARI SEBELUM RAMADHAN.

Salam..
Salam Ramadhan..Hari ni 1 Ramadhan da..bestnye puasa..masih x rasa ape2 lagi..hehehe..hari ni cuti tau..sape yang duk kat kedah bestla..tp x best jugak hari ni je cuti..esok keje..ari jumaat n sabtu pulak cuti..sambungla teruskan..:)kui..kui..kui..
Ok2..berbalik pada tajuk..sebenarnya 2 hari sebelum puasa haritu opis aku adakan sedikit jamuan.hari isnin cikgu osman n kak ana yang buat..cikgu osman buat nasi ayam..tapi bukan cikgu osman yang buat tau..yang buat nasi ayam tu mak aznita...member kat opis ni jugak..sedap tau..hik3..kak ana pulak bawak satey..ni lagi best..bercucuk juga aku makan..sedappp...then semalam..sehari sebelum puasa..cikgu nadia pulak buat kenduri..cikgu nadia bawak laksam..gambar kat bawah ni gambar kenduri semalam..besstttt..
amboi cikgu nadia penuh selera..cikgu nadia ni la yang bawak laksam..
yang pakai pink lagi sorang tu kak maz..
yang depan tu cikgu zaid..
opss..yang cedok kuah tu kak fiza..hehehe..
sori guna hanfun je snap picture..kualiti x clear..fun murah..
yang baju merah n debab tu aku..hahaha...kalau bab makan sangatla berselera.. sempat lagi posing tu..
ha..yang sopan santun ni kak ana..yang bawak satey tu..ekekkee...
amboi kak fiza..semangat..bungkus..jangan x bungkus..
puding yang disponsor oleh Kak Fiza..
Bahan untuk laksam..
Kuah Laksam..
Laksam..
Pernah makan x??kalau mai kedah jangan lupa pekena laksam..

Bihun goreng yang disponsor oleh pihak kantin..

tq..