Friday, December 31, 2010

2010 BERLALU PERGI.MAKNANYA IMPIAN KU TIDAK TERCAPAI.SEDIH.2011 MENJELMA.APA IMPIAN YG DIMAKSUDKAN ITU?

Mengikut jam di lappy aku ni tinggal lagi setengah jam sebelum detik 12 malam menjelma.Malam ini tidak seperti malam2 yang lepas.Malam ini alhamdulillah sekali lagi aku dapat menikmati kehidupan dunia yang penuh cabaran ini.Aku dapat menjejakkan kakiku ke tahun 2011.ALHAMDULILLAH.Semakin meningkat tahun semakin meningkat juga umurku.semakin meningkat jugak usia perkahwinanku.Nampaknya tahun 2011 bulan 6 genapla 2 tahun usia perkahwinanku.Sebenarnya tahun 2010 banyak meninggalkan suka dan duka buatku dan suami.Awal tahun 2010 sebenarnya aku tak bernasib baik sebab aku dapat Jawatan tetap di JKR di bahagian yang aku tak suka.bukan tak suka ape tapi aku tak suka aku masuh bahagian jalan.Akukan dari bahagian Arkitek.Kenapa pulak aku dapat jalan.tak pernah aku study buat jalan.duduk bahagian arkitek elok2 hantar aku pegi bahagian jalan.Aku tak suka dan tak suka..dahla aku berjauhan dengan hubby masa tu..Lagi aku tension..nak tukar balik kedah bukan main susah.Banyak songeh pulak..Akhirnya Allah mendengar doa aku.Siang malam aku menangis supaya aku dapat balik kekedah dan hidup bersama hubbyku.Aku bersyukur sangat2.Akhirnya 1 tahun aku diuji untuk berjauhan dengan hubby aku dapat lagi satu kerja tetap dan balik ke Kedah.tapi bukan la JKR.Kali ni aku bekerja di bawah KPM.dan aku ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah.... So tengah2 2010 aku memang bahagia dan suka walaupun ada perasaan sedih..Sedih tu nak tahu kenapa..walaupun da duk dekat hubby aku tapi Allah masih belum bagi aku rezeki untuk mendapatkan zuriat hinggala sekarang.Tahun 2010 juga aku dikejutkan abah aku masuk hospital sebab kenan serangan jantung.Masa tu aku di ofis dan kebetulan hari tu aku tak bawak fun.Dan kebetulan juga aku telefon hubby aku guna fun ofis nak suruh dia ambik awl sikit tup2 hubby aku cakap nak hantar abah aku p hospital sebab abah sesak nafas.Mak aku cakap dengan aku pun sambil nangis.Ya ALLah Kau Selamatkanlah abahku.Letak je telefon aku pun terus terduduk sebab sebelum ni abah aku sihat.dan akhirnya aku tak dapat menyeka air mataku dari jatuh dipipi..Cikgu Nadia menghantar aku pergi hospital.Masa tu aku tengok kesian mak aku.Aku tak menangis..Aku tahan je dalam hati..Balik je hantar mak aku aku menangis sepuas2 hatiku.Mak ayu sayang mak tau..Ayu sedih tengok mak menangis tadi.Mak ayu balik dulu.Jaga adik2 mak. Tahun 2010 juga menyaksikan ibu dan bapa saudaraku meninggal dunia.Allah menjemput 3 orang bermula bapa saudaraku pak chaq,ibu saudaraku mak long dan yang terbaru arwah mamaku.AL FATIHAH untuk mereka. Dan untuk tahun 2011 aku ingin mencapai azam yang tahun lepas yang masih belum terlaksana.First aku harap sangat tahun ni aku dapat baby dan aku ingin majukan bisnes aku.Aku tahu bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.Jadi kesimpulannya aku kenalah berusaha dan terus berusaha untuk mencapai azam aku yang belum tercapai ni.Buat masa ni itu aje impian dan azam aku untuk tahun 2011..Insyaallah.. Last but not least..SELAMAT TAHUN BARU 2011..Jadikan tahun baru ini sebagai tahun yang penuh dengan senyuman dan kejayaan.

Thursday, December 30, 2010

TOLONG INGATKAN AKU

Jangan disusun kata-kata penamat Jangan disebut baris ayat keramat Biar lenyap diserap sunyi Biar senyap yang tak menyepi Tolong ingatkan aku Kisah kau tersedar Dengan saku penyeluk masa Mari patahkan papan markah lama Mari padamkan buku tiga lima Biar luka sembuh sendiri Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku Kisah kau tersedar Dengan saku penyeluk masa Kau dampingi aku Setiap detik jantungku berdetak Setiap nota jiwaku berlagu-lagu Bila marah merasuk minda Kecewa menyelubungi jiwa Aku lupa Tolong ingatkan aku Kisah ku tersedar Dengan kasih memeluk rasa Ku teringatkanmu Setiap detik jantungku berdetak Setiap nota jiwaku berlagu-lagu Tolong ingatkan aku kisah kita Tolong ingatkan aku Kisah ku tersedar Dengan kasih memeluk rasa Tolong ingatkan aku Kisah kita

Lirik Lagu Tolong Ingatka

I LIKE GILER DIS SONG!

PEMBAKAR SEMANGAT KHAIRUL FAHMI(PENJAGA GOL MALAYSIA)

Malaysia da menang.Tapi tahukah anda siapakah pembakar semangat si khairul fahmi atau apex penjaga gol kite.??tak lain dan tak bukan tentulah buah hatinya ELIA.Sejak kemenangan semalam bukan saja khairul fahmi yang popular..buah hatinya pun menerima tempiasnya.jangan kecewa kawan2 kalau dapat tahu apex da berpunya.Player malaysia yang lainkan ramai lagi yang bujang.kih3..ELIA pun terkejut dengan populariti yang dia dapat termasuk la bila FAFAU menyiarkan blognya di HOT FM pagi tadi...waaa cayalah..Kepada ELIA semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.Itu doa akak dekat kalian berdua.Banyak lagi story ELIA dengan Buah hatinya Khairul Fahmi Che Mat ni..teruskan klik ELIA ye.ELIA FAHMI

Wednesday, December 29, 2010

INNER SANGGUL.SAPE RAMBUT PENDEK DA BOLEH PAKAI SHAWLS DGN CANTIK.

Malam ni ayu update INNER SANGGUL tau.So kpd korang semua bolehla cuci2 mata di SINI.Inner Sanggul ni sesuai untuk semua orang.Tak kirala rambut panjang ke pendek ke tak de rambut ke..ops..semua boleh pakai inner sanggul ni.ada banyak lagi warna hanya di ShawlsAYUCINTA. Contoh inner sanggul dipakai dengan shawls.cantikkan. JOM KLIK SINI UNTUK ODER INNER DAN PELBAGAI JENIS SHAWLS DAN HIJAB.

SAYA BLOGGER KEDAH.BANGGA JADI ANAK KEDAH.

Salam semua..hari ni aku dengan sukahatinya nak join BLOG PILIHAN MALAYSIA - KATEGORI SAHABAT MENGIKUT NEGERI.Aku tertarik bukan semata-mata nak tunjukkan blog aku ni tapi aku tertarik sebab aku berbangga nak kenalkan Negeri Kedah kepada korang2 yang tak tinggal di kedah.Aku berbangga jadi Anak Kedah.Kalau korang nak join pun boleh.Jom klik SINI.Nama Anda : Ajratul Khairah bt Mohd Daud Status Anda : Isteri kepada Encik Suami..

Cara Hubungi : FACEBOOK (ayucinta8492@yahoo.com).FANPAGE FACEBOOK SEARCH Shawls@AYUCINTA. BLOGSHOP : ShawlsAYUCINTA

Daerah/Jajahan : Kota Setar Kedah.

Tempat tinggal : Kuala Kedah dan Alor Setar.

Apa yang menarik ditempat anda : Ni paling best aku nak cerita.Admin boleh ayu story panjang2 tak.Ayu nak kenalkan negeri Kedah pada anda semua.Nak jadi Duta Kecil Kedah boleh?

Gambar map di atas adalah sebahagian tempat2 menarik di Negeri Kedah.Dari Kulim di Kedah Selatan hinggalah ke Pulau Langkawi.So korang bolehla tengok2 map di atas tu.Tapi yang tu sebahagian je dan ada banyak lagi tempat yang menarik di Negeri Kedah.Jom kita tengok.
Tempat yang pertama kalau ke kedah pergila melawat Masjid Zahir.Boleh dikatakan Masjid Zahir adalah masjid paling lama dibina di Negeri Kedah.Bila malam je sangat cantik disinari limpahan lampu yang menjadikan masjid tersebut bercahaya. Paris..Haa jangan tak tahu kat kedah ni pun ada Paris.Ingat kena p Paris kat perancis tu je ke..Kat kedah pun ada tau.Tak payah p jauh2.Sebenarnye Paris ni terletak berhadapan dengan Masjid zahir dan Balai Seni Negeri Kedah.Tempat ni selalunya orang kawen rajinla datang sebab nak buat outdoor disini.Kalau nak bergambar kenangan pun boleh..Tak kena duit pun.FREE OF CHARGE. Penat jalan2 di Paris kita pergi pulak Taman Jubli Emas.Kalau nak tahu taman ni merupakan salah satu tempat yang menarik di kedah.Baru je buka.tahu lepas kalau tak silap.Dekat taman ni selalunya ada karnival atau expo sebab kawasan yang lapang.Dekat sini jugak boleh belajar kereta tau sebab memang luas jalan dia.So tak takut sangat kalau baru2 nak belajar sebab aku pun belajar kat sini je dulu.Juga boleh jogging2..Selain tu dekat sini juga ade main paintball dan main skatebord atau bmx.So kepada korang yang ade hobi macam tu bolehla pergi ke Taman Jubli Emas ye.
Istana Anak Bukit
Dulu Istana ni biasa je.Tapi bila da direnovate balik Istana AB ni jadi sangat cantik dan menarik.Pintu gerbangnya pun da menunjukkan betapa cantiknya Istana AB ni.Dekat sini juga dorang selalu buat Outdoor shooting untuk orang kawen.Lalu je mesti ada yang tangkap lentok ambik gambaq orang kawen.Mai la.Gambar di atas pemandangan diwaktu siang.
Istana Anak Bukit diwaktu malam. Tree Top Walk.Tempat ni actually aku tak pernah pergi pun.Tapi ramai yang kata best sebab terdapat jambatan yang panjang.Takut cek.Sape yang tak gayat macam aku bolehla p na..
Jeti Kuala Kedah.Sape pernah p Pulau Langkawi pernahla naik feri kat sinikan.Dekat area ni jugak ade perkampungan nelayan.Aku kawen pun berlatarbelakangkan sampan2 sebab rumah mertua aku dekat sini. Sebenarnye Kuala Kedah pun banyak tempat yang menarik tau.Seperti gambar di atas ialah Kota Kuala Kedah.Banyak barang sejarah boleh dilihat disana.Selain Kota Kuala Kedah juga terdapat Kota Marina.Tempat2 tersebut boleh korang tangkap gambar dan juga shoot orang kawen.Khas untuk photography diluar sana.Selain tu ada Pantai Leman yang korang boleh lepak2 disitu. Muzium Padi Negeri Kedah.Sape penah p..Best jugak kat sini tau.Korang boleh tengok beras2 dari gred A sampai tak de gred.hehe..Selain tu korang boleh jugak tengok kehidupan petani bila naik ke pentas berputar.macam real je..

Salah satu bahagian yang terdapat didalam Muzium Padi Kedah.Muzium ni terletak di Gunung Keriang Alor Setar.Masuk untuk dewasa RM5 dan kanak2 RM3 sahaja.Murahkan.

Menara Alor Setar.Walaupun tak tinggi macam KLCC tapi ok jugak sebab selain KL,Kedah je ada Menara Telekom ni.hehehe..Kalau naik atas ni kan kalau cuaca elok boleh nampak Pulau Langkawi.Naik atas tu best sangat angin kuat.kalau pakai skirt atau kain hati2 tau..:)

Mai cek oi mai cek mai kita ke Pekan Rabu.Kenapa Pekan Rabu?Pekan khamis ke,jumaat ke x de ke?Ha ni la keistimewaan Pekan Rabu.Walaupun Pekan Rabu tapi hari2 buka tau.Dekat sini korang boleh beli macam2 jenis kuih tradisional,ada kedai makan,kedai jual baju,kedai jual barang orang nak kawen dan macam2 lagila.Harganya pun amat berpatutan.

Sebenarnye banyak lagi tempat menarik yang terdapat di kedah ni.Pulau Langkawi,Pantai Merdeka,Gunung Jerai dan banyak lagi.Makanan disini pun murah2 belaka.So pakatla mai ramai2 na..kalau mai kedah habaq kat ayu boleh ayu bawak p jalan2...:)

Monday, December 27, 2010

RIBBON SHAWLS macam HANA TAJIMA.

Cantikkan shawls yang dipakai oleh Hana Tajima ni.kalau korang nak shawls macam ni bolehla klik SINI ek.

Mari Belajar Memakai Shawls/Hijab.Jadi Arab Gitu.

Assalamualaikum.. Macam2 fesyen bertudung sekarang ni kan??Ada yang ok dan ada yang tak ok.Cuma satu je pesanku kepada kalian semua.Jangan jadi mangsa fesyen ye.Terlebih bergaya pun memakan diri sendiri jugak.Dari elok orang nak puji kata cantik terus orang kutuk kata hodoh.Ops aku tak kata kat sape cuma nasihat aku je.So berhati2la untuk berfesyen.Aku tahu sekarang ni ramai yang dah mengikuti peredaran cara berfesyen memakai shawls ni.betul x?dari yang kecik sampai yang besar masing2 bergaya dengan fesyen memakai shawls ni.Kadang2 aku pun terikut2 jugak cara fashionista ni pakai shawls.Almaklumla jual shawls takkan tak pakai shawlskan.betul tak??Tapi tak berapa nak jadi.So research punya research aku pun jumpala cara2 memakai shawls di bawah ni.Menarik jugak.Sape2 yang teringin jadi orang arab bolehla mencuba cara2 dibawah ni.Jom tengok..
Cara 1) sesuai untuk ke pejabat.Nampak macam susah tapi kalau tak cuba tak tahu. Ni cara2 memakai shawls/hijab seperti diatas. Klik gambar untuk tumbesaran mata yang sihat
2) Warna kuning.Sape2 yang berani pakai macam warna di atas bolehla mencuba.Gaya ni lebih santai dan sesuai untuk jalan2 ditepi pantai,hehehe...pergi window shopping ke.
Klik gambar untuk tumbesaran mata anda.
3) Oren macam buah limau.kan.kan.kan.
Nampak senang je.Macam aku pernah ajar je.hik3..
Klik gambar jugak kalau nak besar punya.
4)Pink comel.Ishh dalam mane2 gambar pun mesti ada warna pink.
Geram aku tengok warna pink ni..eeee..
Jomla tengok cara2 dia pakai shawls pink ni.
Mudah tapi macam susah jugak.Macam mana tu?
Alalala..comelkan warna ni.Cara dia pakai shawls ni pun comelkan.
Tapi kena ada sanggulke?Eh..tak de sanggul pun tak pe.
Pusing2 je.
Dandan..Senang je kan..
Cantikla hijau ni.Macam buah epal.Tak pun macam iklan Sunsilk.
Senang jugakkan.Cuba tau.Yang cara ni pun cantik jugak.
Nak tengok lebih jelas cara2nya sila klik gambar ye.:)
Cantik dan menawan.Kalau korang pakai macam ni mesti ada yang tertawan.
Betull...
Yang ni pun cantik.Alahai sejuk je mata memandang.
Kenapala aku tak cantik macam minah ni?
Confuse sikit tengok cara pakai shawls ni.Tapi korang cubala ye.Cantik.
Cantik2 model di atas menggayakan shawls/hijabkan?So kepada korang semua selamat mencuba ye.Dan yang nak beli shawls cantik2 ni bolehla ke ShawlsAYUCINTA ye.Dan kepada yang nak dapat free shawls sila ke entry GIVEAWAY ni.