Friday, July 31, 2009

Nak Petua Hilangkan Bulu Ketiak Tak??

Salam Semua... Halluuuu... Wahhh..mesti yang kate aku kurang sopan ek bagi tajuk kat atas.. Tapi aku bukan saje2 bagi..saje nk postkan petua orang tua2.. Mana tau kite semua leh ikut..kan..kan..kan.. janganla kutuk2 aku ek..:) PetuA... Menghilang Bulu Ketiak Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan tiga butir kapur barus. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur dengan sendirinya.
Bulu Ketiak - Sapukan kapur sirih di ketiak yang berbulu dan biarkan sehingga kering. Bulu ketiak akan menjadi mudah untuk dicabut walau dengan menggunakan tangan sahaja dan juga melambatkan proses pertumbuhannya. Ketiak Hitam - Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan serta gosokkan pada ketiak selepas mandi. Amalkan selama tujuh hari, ketiak tidak berbau dan kehitaman akan pudar. Masalah Haid - Amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit kapur sirih. Pusingan haid akan teratur. Perut Buncit - Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan keperut setiap hari sehingga perut menjadi kempis. Selsema - Sapukan kapur sirih sebesar ibu jari tangan di atas limau nipis yang telah dibelah dua dan titiskan sedikit minyak kayu putih lalu dipanggangkan seketika. Perahkan adunan tersebut dengan menggunakan penyaring sebelum diminum. Dakwat - Sekiranya baju anda terkena dakwat pen, ambil sedikit kapur sirih, sedikit garam halus serta cuka, lecekkan ke atasnya, beruskan perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih, buat beberapa kali hingga kesan dakwat tersebut hilang, ia menjadikan proses pembersihan lebih mudah. Zahir Batin - Kunyit, kapur sirih, opium sebesar kacang hijau, pati santan kelapa, masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati dan minum tiga pagi. Memperbanyakkan air mani dan menguatkan alat kelamin lelaki. - Tiga buku kunyit, dihiris menjadi lima bahagian. Sebuku kunyit yang tidak dihiris dibubuhkan kapur sirih dan bacakan doa seperti berikut;||dengan tidak bernafas, dimakan selama tiga hari berturut-turut. Selama memakan ubat tersebut jangan bersetubuh dengan lelaki. Menyempitkan alat kelamin wanita dan menjadi lebih nikmat. Bengkak Gusi - Campurkan gambir dan ibu kunyit hidup serta didihkan. Air rebusan yang telah suam boleh buat berkumur. Lakukan tiga kali sehari, bengkak akan pulih dengan segera. Barah Rahim - Gaulkan sebati gambir, getah keladi gatal, air asahan akar pokok melur susun dan akar pokok melur biasa, buih gumpalan pokok pengaga besi dan pengaga biasa dan air asahan kemenyan putih. Lumurkan campuran tersebut ke rahim memalui lubang faraj. Kembung dan Senak Perut - Pinang muda ditumbuk halus dicampurkan dengan hati abu, arang dari puntung kayu dan cucur atap dan bedakkan pada perut. Kurus Badan - Buah pinang dihiris tipis dan jemur hingga kering. Tumbuk lumat menjadi serbuk. Rendamkan semalaman setengah sudu teh kedalam air panas dan minum keesokan harinya dan petang bersama hampasnya. Selama dua minggu badan akan menjadi kurus dan langsing. Minda - Amalan mengunyah secebis pinang juga boleh menguatkan daya fikir dan kosentrasi minda seseorang. Penyakit Kuning - Ambil tujuh biji buah pinang masak yang telah luruh dari pohannya dan kupas kulit. Kacipkan isinya nipis-nipis dan jemurkan hingga kering. Gorangkan kacipan tersebut dengan minyak masak hingga kehitaman dan tumbuk hingga halus seperti serbuk kopi. Ambil satu sudu teh dan campurkan ke dalam air pansa, minum dua kali sehari hingga sembuh. Gigi Lubang - Giling halus bunga cengkih, balutkan dengan kapas dan sumbatkan ke dalam gigi yang lubang atau titiskan minyak bunga cengkih sahaja, kesakitan akan reda. Masalah Haid - Rebuskan sepuluh kuntum bunga cengkih, lima biji limau purut dan sepotong nanas batu. Amalkan minum air rebusan ini, suku gelas sebanyak dua kali sehari. Kedatangan haid akan teratur, hentikan setelah darah haid berhenti. - Rebuskan 3 liter air, tiga biji limau purut, 11 kuntum bunga cengkih dan tawas sebesar jari telunjuk hingga mendidih. Minum airnya setelah dingin ketika tiba masa haid. - Giling lumat sebuku ibu kunyit, ketumbar, buah pala, jintan hitam, bunga cengkih, kiambang dan daun seri gading. Rebuskan ramuan tersebut sampai mendidih. Tapiskan air rebusan tersebut sebelum meminumnya. Amalkan dua atau tiga kali seminggu. Muntah-muntah - Rebuskan segelas air dengan beberapa kuntum bunga cengkih dan minum airnya ketika suam tanpa gula. Sakit Gigi - Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih.

19 comments:

DrSam said...

terimakasih berkongsi petua yang semakin hilang ditelang zaman. Adik lelaki saya pernah mengamalkan petua menghilangkan bulu ketiak tu, memang mujarab. Saya tak pernah pula cuba :)

ayucinta said...

Tanx DrSam..

arezura said...

kompem ke x jadi ape2?
mennn...ketiak x jd itam ke??
mane tau tetibe nk ilangkan bulu ketak tetibe ketiak jd itam n lagi bnyk bulu..ayu dh try lum?
berkesan x???

HuDa a.k.a PisTia said...

ilang? terus x tumbuh lg ker.. huhu

cik momel said...

hehe..a ah laa..nak cube laa..petua lama nih :)

ayucinta said...

insyaallah..kalo kerap buat semuanya akan elok...cubala,..

mummyinstyle said...

memang berkesan ker? MS nak try nih... ketiak x jd hitam kan? Pastu nak tanya ... biasanya berapa kali buat baru mendatangkan kesan ek?

ashiya said...

rupe kapur baruh camane?xpernah dgr pown..kt mne nk beli?minyak kelapa...minayak msk ker?bleh pkai minyak saji x?

Anonymous said...

yng tuk kuruskn bdan tu , pinang muda ke atw yg dah masak ?

arm.cruz said...

bnyk kn air mani n kuatkn alat klamin laki?
wow!

ape doa nye kak?
ta te pn at situ...
:D

zuma said...

Tumpang lalu..

Depilatory heater : wax @ home sambil mengamalkan petua2 lama..

http://sellandsold.blogspot.com/2011/11/hot-item-depilatory-heater.html

HANYA KAU DAN AKU said...

ehh , minyak kelapa ape ni erk ? minyak masak ke :D ?

ayu said...

petua lama mmg bgus diamalkan... tpi klu u all ssh nak dapatkan bahan bahan tue seme... boleh try cara moden.. boleh usha web nie, mmg utk kecantikan, produk lain pun ada...selamat mencuba.... www.anzbeautyshoppe.com

Anonymous said...

betul betul berkesan ke ?

amalin said...

thank selamani saye malu sgt angan kawan2 sekolah saye sbb asal saye paki baju t-shirt mesti nmmpk ketiak and saye pown cari kat internet saye dah dpt petua ni ...artis pown ngok juga nape nak habis kan duet semata mata nak kilat kan ketiark die....tq very much ayu sinta

amalin said...

thank selamani saye malu sgt angan kawan2 sekolah saye sbb asal saye paki baju t-shirt mesti nmmpk ketiak and saye pown cari kat internet saye dah dpt petua ni ...artis pown ngok juga nape nak habis kan duet semata mata nak kilat kan ketiark die....tq very much ayu sinta

hilangkan bau ketiak said...

owh bulu ketiak yang tak bersalah menjadi mangsa...

Anonymous said...

guna minyak apa ? please balas ?

Cream Pemutih Ketiak dan Selangkangan said...

terima kasih informasi ini sangat bermanfaat sekali untuk menghilangkan bulu ketiak.