Friday, July 31, 2009

Nak Petua Hilangkan Bulu Ketiak Tak??

Salam Semua... Halluuuu... Wahhh..mesti yang kate aku kurang sopan ek bagi tajuk kat atas.. Tapi aku bukan saje2 bagi..saje nk postkan petua orang tua2.. Mana tau kite semua leh ikut..kan..kan..kan.. janganla kutuk2 aku ek..:) PetuA... Menghilang Bulu Ketiak Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan tiga butir kapur barus. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur dengan sendirinya.
Bulu Ketiak - Sapukan kapur sirih di ketiak yang berbulu dan biarkan sehingga kering. Bulu ketiak akan menjadi mudah untuk dicabut walau dengan menggunakan tangan sahaja dan juga melambatkan proses pertumbuhannya. Ketiak Hitam - Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan serta gosokkan pada ketiak selepas mandi. Amalkan selama tujuh hari, ketiak tidak berbau dan kehitaman akan pudar. Masalah Haid - Amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit kapur sirih. Pusingan haid akan teratur. Perut Buncit - Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan keperut setiap hari sehingga perut menjadi kempis. Selsema - Sapukan kapur sirih sebesar ibu jari tangan di atas limau nipis yang telah dibelah dua dan titiskan sedikit minyak kayu putih lalu dipanggangkan seketika. Perahkan adunan tersebut dengan menggunakan penyaring sebelum diminum. Dakwat - Sekiranya baju anda terkena dakwat pen, ambil sedikit kapur sirih, sedikit garam halus serta cuka, lecekkan ke atasnya, beruskan perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih, buat beberapa kali hingga kesan dakwat tersebut hilang, ia menjadikan proses pembersihan lebih mudah. Zahir Batin - Kunyit, kapur sirih, opium sebesar kacang hijau, pati santan kelapa, masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati dan minum tiga pagi. Memperbanyakkan air mani dan menguatkan alat kelamin lelaki. - Tiga buku kunyit, dihiris menjadi lima bahagian. Sebuku kunyit yang tidak dihiris dibubuhkan kapur sirih dan bacakan doa seperti berikut;||dengan tidak bernafas, dimakan selama tiga hari berturut-turut. Selama memakan ubat tersebut jangan bersetubuh dengan lelaki. Menyempitkan alat kelamin wanita dan menjadi lebih nikmat. Bengkak Gusi - Campurkan gambir dan ibu kunyit hidup serta didihkan. Air rebusan yang telah suam boleh buat berkumur. Lakukan tiga kali sehari, bengkak akan pulih dengan segera. Barah Rahim - Gaulkan sebati gambir, getah keladi gatal, air asahan akar pokok melur susun dan akar pokok melur biasa, buih gumpalan pokok pengaga besi dan pengaga biasa dan air asahan kemenyan putih. Lumurkan campuran tersebut ke rahim memalui lubang faraj. Kembung dan Senak Perut - Pinang muda ditumbuk halus dicampurkan dengan hati abu, arang dari puntung kayu dan cucur atap dan bedakkan pada perut. Kurus Badan - Buah pinang dihiris tipis dan jemur hingga kering. Tumbuk lumat menjadi serbuk. Rendamkan semalaman setengah sudu teh kedalam air panas dan minum keesokan harinya dan petang bersama hampasnya. Selama dua minggu badan akan menjadi kurus dan langsing. Minda - Amalan mengunyah secebis pinang juga boleh menguatkan daya fikir dan kosentrasi minda seseorang. Penyakit Kuning - Ambil tujuh biji buah pinang masak yang telah luruh dari pohannya dan kupas kulit. Kacipkan isinya nipis-nipis dan jemurkan hingga kering. Gorangkan kacipan tersebut dengan minyak masak hingga kehitaman dan tumbuk hingga halus seperti serbuk kopi. Ambil satu sudu teh dan campurkan ke dalam air pansa, minum dua kali sehari hingga sembuh. Gigi Lubang - Giling halus bunga cengkih, balutkan dengan kapas dan sumbatkan ke dalam gigi yang lubang atau titiskan minyak bunga cengkih sahaja, kesakitan akan reda. Masalah Haid - Rebuskan sepuluh kuntum bunga cengkih, lima biji limau purut dan sepotong nanas batu. Amalkan minum air rebusan ini, suku gelas sebanyak dua kali sehari. Kedatangan haid akan teratur, hentikan setelah darah haid berhenti. - Rebuskan 3 liter air, tiga biji limau purut, 11 kuntum bunga cengkih dan tawas sebesar jari telunjuk hingga mendidih. Minum airnya setelah dingin ketika tiba masa haid. - Giling lumat sebuku ibu kunyit, ketumbar, buah pala, jintan hitam, bunga cengkih, kiambang dan daun seri gading. Rebuskan ramuan tersebut sampai mendidih. Tapiskan air rebusan tersebut sebelum meminumnya. Amalkan dua atau tiga kali seminggu. Muntah-muntah - Rebuskan segelas air dengan beberapa kuntum bunga cengkih dan minum airnya ketika suam tanpa gula. Sakit Gigi - Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih.

Thursday, July 30, 2009

Rase Macam Nak Baby..:)

Salam semua.. halluuu..... Wah tajuk kat atas..hehehe..sebenarnye sejak dua menjak ni aku teringin sangat nak baby..x sbr rasenye kalo ade baby sendiri..aku gitau hubby aku..emm dia kate sabarla sayang..kalo ade rezeki adela..manela tahu aku bunting pelamin nanti..yela..aku kan baru akad nikah..naik pelaminnye belom..insyaallah bulan 9 ni..23hb 9..mane tahukan sanding bertiga..wahhh bestnye...:) memandangkan aku begitu berminat nak dapatkan baby so aku banyakla membeli majalah yang berkaitan dengan wanita ni..macam mane nak dapatkan baby..almaklumlah aku dan hubby aku ni masih lagi dalam pembelajaran..belom lagi dapat pointer 4.00..hehehe.. so aku banyakkan dengan membaca dan bertanya. emmm...sejak aku masuk sampaila sekarang aku masih belom dapat keje yang sepatutnye aku lakukan..(Juruteknik Senibina)..mybe x berape ade projek kot..so aku lebih banyak minit surat dan buka fail..tapi okla..leh belajar jadi P/T..:)dan sekarang aku dah pindah tempat duduk..sekarang ni tempat yang aku duduk best sikit sbb tempatnye privacy berbanding dengan tempat dulu yang very d open..so aku suke tempat ni..kalo aku tido ke,mengulat ke sape x nampak..hehehe..ishhh..x baik..pade sume jangan ikot cara aku ni ek.. TEMPAT BARU AKU..:) semalam aku ditugaskan oleh bos Pn Haslina untuk pergi kursus di ILHAM RESORT,Port Dixson..KURSUS JURUTEKNIK SENIBINA- MODEL MAKING..aku ganti tempat Kinnari..memandangkan aku belum cukup 7 hari lagi kursus so aku pergila..kursus tu bermula nex wik 4/8/2009 hingga 7/8/2009..emm leh gak jalan2..lame da x pegi PD..dulu time study kat Poli PD sampai naik bosan..tapi sekarang rindu plak tempat tu...so nex wik aku pergi dengan staff JKR yang lain..mybe akan pergi menaiki bas yang disediakan.. so memandangkan aku nak pergi kusus dis week..aku ingat nak je balik kedah esok(JUMAAT)..tapi hubby aku kate x payah...dia kesian kat aku..letih semalam (RABU) sampai kl pun x abes lagik..emmm..tengokla macam mane..tapi aku rindu kat hubby aku..aku gak rindu kat adik aku alia..emmm...bilala aku dapat posting balik kedah ni..adussss..aku da x berdaya nak berulang tiap2 minggu...letih...7 jam dalam bas every week... MY LOVELY HUBBY wahhh tetiba je aku rajin menaip ni..dala aku mengulat..hehehe..myspace pun x leh on9kna block...mcm manela penjualan shawls aku tu...adushhh...okla...c u agin...

Thursday, July 23, 2009

Pelik Tapi Benar..

SALAM SEMUA.. HALLUUUU.. KAT SINI SAJE AKU NK LETAK PIX NI SBB AKU TERUJA DAN TERASA SANGAT KEBESARAN ALLAH SWT.. RENUNGAN Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada AllahLah kita akan dikembalikan.

Wednesday, July 22, 2009

Ganti tempat P.A..AKU??

Salam sume.. Halluuuuuu.. Wahhh..ganti tempat P.A??PERSONAL ASSISTANT..:) Actually minggu ni kat ofis aku kena ganti tempat P.A..Sebabnye P.A bos pegi kursus kat port dixson smpai kamis ni..last week ari jumaat time aku kat kampung..(ambik CR) Zura kol die cakap suruh aku ganti tempat die..terkejut gak aku..yela mane aku pernah jadi PA..x reti..tepi zura kate just minit surat je yg datang..lepas tu bagi kat bos..so tugas ni aku da biase buat time aku keje kat Belia dan Sukan..so x dela susah sangat..hehehe..lagi best minit surat dari aku kena duk buat drawing..ngeh..ngeh..ngeh..tapi takut gak aku kat bos..emmm...esok da ari kamis..sehari lagi aku jadi P.A..pasni ni nex wik aku jadi technician balik..:) emm..minggu ni hubby aku datang kl..die nak datang dengan mak die..beshnye..rindu same my hubby bucuk ku tu..x sabar rasenye nak jumpa..:)

Monday, July 20, 2009

Hanya Sekejap Bersama Hubbyku..

Salam sume.. Hallluuu.. kejap je aku rasa bercuti di kampung..tup2 aku da kna balik kl..huhuhu..sedey je.. setiap kali balik naik bus nk betolak ke kl air mataku pasti kuar..aku sebak.. 2 hari balik kedah rase macam 2 jam je.. bulan depan da nak masuk bulan puasa..aku teringin nak same2 dengan hubbyku pergi pasar ramadhan...mintak2la aku dapat posting be4 puasa ni..:( untuk pengetahuan sume..unit aku iaitu Cawangan Arkitek dan siapkan surat postingku..This week dorang akan hantar dekat Kementerian..emmm..mintak2la dorg dpt mempertimbangkan semua alasan yang aku bagi.. ABANG I MIZ U SO MUCH...

Tuesday, July 14, 2009

Buat Yang Bergelar Wanita & Isteri..Jadikan Tauladan..

Kisah Benar : Wasiat Buat Isteri Tersayang Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah. Buatsemua, pada yang dah berkahwin, baru nak kawin ataupun akan kawinnanti, kisah nie biarlah tersemat di dalam jiwa. Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah , telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu. Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang). Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil. Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun. Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah : 1. 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan>20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah. 2. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah. 3. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%. 4. Wang tunainya di bank persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. 5. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. 6. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima, manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya. Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu. "Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga. Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat. Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)." Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam. She should be thankful...she got the forgiveness from her husband. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Wallahua'lam

Wednesday, July 8, 2009

Confirm Kenduriku Raya ke4..

Salam sume.. Halluuuuuu.. Yes..Yes.. Dah confirm...Majlis Kenduriku Raya ke4..iaitu 24.9.2009.. aku kan nikah gantung..hehehhe... so pade sesape yang duk kat alor star atau pun sape2la jemputla datang ye.. memeriahkan majlis.. majlis ti aku buat simple dan sederhana je.. sebab ape buat raya ke4?? kenape x buat lepas akad nikah je?? wahhh mesti soalan tu yang bermain dalam fikiran korangkan... sebenarnya memang nak buat majlis 6.6 haritu..tapi disebabkan aku baru masuk keje so aku dapat cuti sehari je..tupun 5.6 aku cuti..x sempat rasenye nak siapkan hantaran ape..lagipun aku kat kl..huhuhu..so selepas berbincang dan dapat kata sepakat kiteorang confirm buat raya ke4.. lagipun time raye sume sedara balik kg...sebab tu la aku buat raya ke4..baju sume da settle..tinggal nk gubah hantaran je..lalalala...:)

Wednesday, July 1, 2009

Aku Kat Kursus Archicadd

Salam sume.. hhallluuuu.. Saje aku nk post entry ni.. korang pernah x dengar ARCHICADD?? Korang suke x lukis bangunan dan buat 3D bangunan..?? Ari Isnin dan Selasa aritu aku pegi Kursus Archicadd dekat HQ JKR..Kat unit Aku Cawangan Arkitek aku dipilih untuk ikuti kursus ni..pada awalnye aku malas jugak tapi bile da ikuti kurus tu bes sangat..walaupun 2 hari je tapi aku banyak belajar..dari buat plan bangunan sampaila ke 3d sampaila buat working drawing..bestt..sumenye senang belaka..hanya dengan satu plan mcm2 aku leh buat.. detail,section...wahh pade mereka yang konfius tu aku sebenarnya cite bab SENIBINA...so sape yg ambik senibina ke atau sewaktu dengannya fahamla kot..hik3...tapi x pela..kite kongsi2 yer..kat bawah ni hasil kerja aku selama 2 hari aku pegi kursus archicadd tu..OK X??

CeritA Hantu Dekat Hotel Sg Petani Terjadi Kat AkU...

Salam sume... Halluuuu... wah tajuk kat atas ni...tapi ni bukan rekaan tau..ni btul terjadi kat atas aku dan hubby aku..last week aku dgn hubby aku pegi Sg Petani..kami tidola kat sebuah hotel kat SP tu yang mane hotel tu sangatla popular di seluruh malaysia... kami duk kat tingkat 1..Lepas je check in kite org kuar jln2..sebelum maghrib aku dgn hubby aku pn balik..lepas solat sume dan pas tengok tv kami pn tido..tibe2 je meremang bulu roma aku...aku ckp kat hubby aku..aku cakap takot kat die..mata aku pejam..die pn peluk aku..(ish ayu yg tu pn nk ckp..hik2..)tibe2 je aku dengar org sendawa betul2 kat tepi aku..aku ape lagi..lagila takut..tapi aku x ckp kat hubby aku..last2 die yg tibe2 tanye..SAYANG SENDAWA KE??tekejut aku..aku ingat aku sorg je dengar..hubby aku pun dengar gak..pas tu esok tu hubby aku cite..pas die dengar sendawa tu die dengar pintu bilik aku macam nk dibuka..kruk..kruk..huhuhu..time tu aku da tido..selamat aku da tido...sok tu time nk cek out aku ckp kat hubby aku x mo da tdo kat hotel ni..huhuhuhu..Pengalaman Serammmmm......