Friday, January 30, 2009

SemALam YanG iNDah..

sEmaLAm yaNG INdAH baGI Aku..haHAha...SEHAri aKU DaN TUnaNGKU MEngHAbisKAn maSe BersAMA....Tp opS buKAn gi DatinG TaU..TP gI SetllEKAn meNdA2 NAk kAweN..DarI PuKUl 11 kiteORg kUAr sAmpaILA kul 7 mlm...huh..peNAT GILer..yaNG LAMenye DEKat pEjabat Pos r..gi SaNE nk BUka AsB..SekalI YA aLLAh..rAMaI GilER..YELa manE X rAMaI DORG DTG naK Amek Rebet....HUhuHU..So Aku n tuNAngKU Pn truS gi posT OPIS kaT UMAh die..tP sBLUM tu KIte ORG gi AmeK SIjil KAweN..MAlaNGNye X shiAP LAgik..hUHuhU..Da laBH 10 ARI DA..ok2 smBUNg kaT POST OPIS...gi Post OPs kat uMAh diE X dela RAmaI SnGAT..tp kenA BERAtur pANjng Gak r..skali Smpai kaT Turn AKu pMPaun TU CKp nk BUka ASb kUL 2.30..BENganG GilA Aku..da LA beratUR pnJAng..huHuhu..TP SEB BEk la ButiK PENgaNTIn YaNG KAmi nak SEwa TU DEkat dgn POst OPis TU..EMM..KAMi gI R sewa BAju yangkaMI P SURVEY aritu..lega rASENye x dE ORg amek ;agI BAju tu..hik2..da UKUr sUME n buAT baYARan aKU N tuNANgku GI baLIK PORST OPIS..NGAm2 kuL 2.30..MAsUK2..ya AllAh raMAi gile GAk..tp BEraTUR gak r..tp tbe2 die Ckp x LEH HUh mEMang aKU menGAmuk r,..
k da SETTLE SUme AKu gi MAKn...paSTU GI Alor sTAR BAlik..gi cITY PLAza..pAtu tUNANg aKU Ckp dIA nk p sOLAt JAP..AKu pn duk r jalN SORG2 KAt stu..JAln punya jALn jmpa KAZEn AKU..HIk3..
pastu aKU GI R dgN DIA Bli kERTAS la APELA N LASTLY GI bELI Cat..nk cat BIlik aKU.. DA tu NK BaLIK DIE AJk g MAkn..akU CKP x NK R nk BALik da X LARAT..SEBLUM TURUNKeTA TU AKU CKP KAT DIE
Aku : aBG sori Ayu NYUsahkaN ABG..
TunaNGku : x PE..X lamA LAgikaN KITE Nk jaDI SUami ISterI
i lOVE u sYG..
Aku: senYUm BAhaGIA..:)
TUla CITA aKU SemalM..HIK3....
PAde Sume X yaHLA bace..heHehHE..syiok2 je NAip ni..:)
********************************************************************

Wednesday, January 28, 2009

ApE yANg X kENa DenGAN piX ni??*#@$@1

AcTUAllY 2dAY aKU x tAU nk BUat aPE..So Aku UPloAD la PIx NI...
KoRaNG RaseKAn aPE yaNG x KEna DENgaN PiX nI??:) USHAr2 dan TENgOK2lA..PasTU kOMEn2...ngEH3...:)
ni Nak kaTE pMPuaN..LAKi pn BUkaN ..HEHEHE..Ape KOraNG rASE??
Ni MEmber2 Aku..cuN2 BlaKA.. Ni tiME akU StUDY kaT pOLI..Cit pIX aKU PN jaDI maNGSA..
CUbe TEka MAna Satu Aku Yang tiBA2 DA x MCM akU...HahAha..
hAHAha..pAK taM NGAnduNG..:)
ni KapEL PAling BAhaGIA tiME kaT pOLI pd..doRG baRU je LaNGSUngKAn pERkahWInan MinggU PAs..
p/s..nI LA hasIL KerJA bukAN DarI Aku..tp dARI membER aKU..AMek kos ArCHItecture..org suh buat umah depA BUAt mUKA orANG..HaHAha..TP skRG sumE DA sUCCESs denGAN keRjaYA masING2..KecUALI akU..HUHUHU...
_________________________________________________

Sunday, January 25, 2009

eDit Pix AkU..Aku EDit Pix..:)

JAlaN2 nENgoK pIx Aku PAkaI nIQob..:) wAH..dApaT SamBUtaN HAngaT dARi PenGunJUng neNGok FramE PIx aKu..:)p
billBoard kat new YorK..EKEKEkee..
CehWah..nI kaT Ct PlAZa..lalalala...
pandaiNYe sApE yANg lUkiS pOTreT aKU nI..tErUJA aKU..:)
muka aku depa buat jadi strymer..cun ke??lalalala..
perghh..buat poster tu pelekat kat dinding..tp dinding umah aku je tu..:)
eh..tenggek kat poster aku lakz..:)

Saturday, January 24, 2009

AdekKU yANg cHOmey+cUTE= PerASaN..heHEhe..

nI adEK aKU..nAMAnye NuR aLia AtiKA..
ADik YanG PalING aKU CayuNK..
SukE BeGAYa+mEKap+PosiNG+PerASAn..hEHe..
nK jADi ModEL KAtanYe..bAru 8 TaHUn..:)
TenGoklA Die PosINg..sBBnyE Die Ni X tAu MAlu..ekeKE..
(adE Kat SeBElaH Aku Ni die BAce Ape YANg AKu TuliS kAt dIE :)
kaLAh aKU bILa PosINg..adeK Sape..adEK Aku GAk..nGEH..ngeH.. NUr aLia AtikA..

Sunday, January 18, 2009

Doa &amalan untuk memperolehi zuriat~Ustazah Siti Nor Bahiyah

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Illahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
1.Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2.Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3.Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4.Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5.Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya. *Surah al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatanSurah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hatiSurah Yaasin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat. Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa. Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
Amalan pertama. Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua. -Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Thursday, January 15, 2009

TIPS meNJELAng pERkahwINAN

Tips Menjelang Akad Nikah Seeloknya, bakal pengantin melakukan solat hajat malam sebelum upacara akad nikah untuk memastikan kelancaran majlis. Ia juga bagi mengelak kejadian tidak diingini. Amalkan surah Al-Inshirah (Alam-Nashrah) untuk mengurangkan rasa debaran menjelang detik dinikahkan. Surah itu juga yang diamalkan Nabi Musa ketika berdepan firaun. Bakal pengantin lelaki juga boleh mengamalkan surah Toha (ayat 25 - 28) untuk mengurangkan darah gemuruh. Selesai membaca, bolehlah minum segelas air untuk penenang jiwa. Lazim bagi bakal pengantin untuk menghafal beberapa pengetahuan asas dalam agama. Kebiasaannya jurunikah akan bertanyakan rukun Iman dan rukun Islam sebagai pengetahuan asas dalam Islam. Bagi yang berdebar, sebaiknya mereka menghafal semua rukun itu bagi mengelak lebih panik. Sejurus selepas dinikahkan, seeloknya pengantin lelaki menunaikan solat sunat dua rakaat sebagai bersyukur kerana berjaya menempuh alam perkahwinan. Selepas itu, sarunglah cincin kepada isteri tercinta. Pengantin lelaki juga harus bersalam dengan ibu bapa dan ibu bapa mentua, hadirin dan sahabat handai. Bersalaman adalah tanda kesyukuran dan rasa gembira kerana semuanya sudah sempurna.

DIet Cara Rasulullah S.A.W

Diet cara Rasulullah (s.a.w.) Ini adalah adalah diet Rasulullah (s.a.w.). Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanan baginda sehari-hari. Apa kata kita ikut diet ini wahai pembaca, tak payahlah susah-susah makan pil untuk kurus! Insya-Allah kalau pembaca ikut diet Rasulullah ini berbahagialah anda. 1. Jangan makan SUSU + DAGING 2. Jangan makan DAGING + IKAN 3. Jangan makan IKAN + SUSU 4. Jangan makan AYAM + SUSU 5. Jangan makan IKAN + TELUR 6. Jangan makan IKAN + DAUN SALAD 7. Jangan makan SUSU + CUKA 8. Jangan makan BUAH + SUSU contoh koktel, jangan makan buah-buahan selepas makan nasi, sebaliknya makan buah-buahan terlebih dahulu, selepas itu baru makan nasi. 9. Tidur satu jam selepas makan tengah hari. 10. Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam, dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memanglah pelik... tapi, cubalah...ia amat berkesan terutama apabila sudah tua nanti. Wassalam. Please note, although no boardcode and smiley buttons are shown, they are still useable

Saturday, January 10, 2009

SelamaT uNtUk Aku..:))

SalaM..
RaseNYE da LAMa sy x nulis dkt blog ni.. emm..alhamdulillah akhirnya pda tanggal 10hb Januari 2009 aku selamat ditunangkan dengan insan yang aku sayang...:))